• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Samsung Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7 akan dilancar pada 9 Julai

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:14 pm
  • 24/06/2025
  • Komen
Siri Samsung Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7 akan dilancar pada 9 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, acara Galaxy Unpacked Samsung kedua dijangka akan diadakan pada sekitar bulan Julai. Kini, teka-teki berkenaan tarikhnya telah terjawab memandangkan Samsung telah mengesahkan bahawa acara pelancaran seterusnya itu akan berlangsung pada 9 Julai 2025, bertempat di Brooklyn, New York.

Acara kali ini membawa tema “The Ultra Experience Is Ready To Unfold”, memberi petunjuk bahawa telefon lipat versi Ultra bakal diperkenalkan dan menjadi tumpuan utama. Samsung juga mengatakan peranti Galaxy generasi mereka seterusnya dicipta semula dengan memberi fokus kepada antara muka baharu dikuasakan AI dan disokong perkakasan canggih untuk memaksimumkan potensinya.



Untuk pengguna di Malaysia, acara Galaxy Unpacked 2025 akan berlangsung pada jam 10 malam waktu Malaysia, pada 9 Julai 2025 . Seperti biasa, orang ramai boleh menstrimnya secara langsung melalui laman YouTube rasmi Samsung.

Pekrara yang anda boleh jangka pada Unpacked 2025

Acara Galaxy Unpacked 2025 yang akan datang dijangka menyaksikan pelancaran generasi baharu telefon lipat Samsung, bersama barisan jam pintar terkini. Berkemungkinan Samsung bakal perkenal empat model telefon pintar dan tiga model jam pintar baharu.



Melalui teaser yang memperlihatkan perkataan “Ultra Unfolds”, model telefon lipat Ultra berkemungkinan besar akan dipanggil sebagai Galaxy Z Fold 7 Ultra. Ia juga dijangka akan diumumkan bersama varian standard Galaxy Z Fold 7.

Selain itu, kelihatan Samsung juga menyasarkan Galaxy Z Flip 7 Ultra sebagai telefon lipat gaya buku nipis dalam pasaran, berdasarkan pengumuman Samsung sebelum ini. Sebagai perbandingan, pada ketika ini Oppo Find N5 adalah telefon lipat gaya buku ternipis. Tetapi, takhta itu mungkin dirampas oleh Magic V5 yang baru sahaja diacah oleh Honor baru-baru ini.

Untuk Galaxy Z Flip pula, di samping Galaxy Z Flip 7, terdapat spekulasi bahawa Samsung akan memperkenalkan model lebih mampu milik, iaitu Galaxy Z Flip 7 FE. Galaxy Z Flip 7 juga dikatakan akan hadir dengan paparan luar yang lebih besar dan menyeluruh, merentasi hampir seluruh permukaan dari hujung ke hujung seakan Xiaomi Mix Flip.

Untuk Galay Watch, Samsung dijangka akan mengemaskini barisannya dengan jam pintar Galaxy Watch 8, Watch 8 Classic dan Watch Ultra versi 2025.

Promosi awal siri Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7 Samsung Malaysia

Menjelang acara Unpacked yang bakal berlangsung, Samsung Malaysia telah pun membuka pendaftaran minat terhadap peranti baharu ini. Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk e-baucar bernilai RM50 untuk diskaun pembelian peranti Galaxy, serta peluang memenangi hadiah bernilai hingga RM62,000.

Bukan itu sahaja, tawaran Samsung Reservation+ turut disediakan, membolehkan anda mendapatkan diskaun tambahan sebanyak RM210 dengan membayar RM10. Dinyatakan bahawa baucar ini boleh ditebus semasa sesi tempahan awalnya, yang akan bermula pada pada jam 10 pagi dari 9 Julai hingga 31 Julai 2025.

Sekiranya berminat, anda boleh mendaftar minat melalui laman web Samsung.

Tags: galaxy unpackedGalaxy Unpacked 2025galaxy z flipGalaxy Z Flip 7galaxy z foldGalaxy Z Fold 7samsungSamsung Galaxy Unpacked 2025samsung galaxy watchSamsung Galaxy Watch 8Samsung Galaxy Z Flip 7Samsung Galaxy Z Flip 7 FESamsung Galaxy Z Flip 7 Ultrasamsung galaxy z foldSamsung Galaxy Z Fold 7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Samsung Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7 akan dilancar pada 9 Julai

Siri Samsung Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7 akan dilancar pada 9 Julai

24 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER