• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung sahkan varian Ultra Galaxy Z Fold bakal diperkenal

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:43 pm
  • 05/06/2025
  • Komen
Samsung sahkan varian Ultra Galaxy Z Fold bakal diperkenal
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung nampaknya sedang bersiap bersedia untuk memperkenalkan varian Ultra baharu dalam barisan telefon lipat Galaxy Z Fold. Perkara ini diumumkan Samsung melalui satu hantaran rasmi di laman berita mereka, mengesahkan ketibaan model Ultra yang mungkin akan dilancar sebagai sebahagian daripada barisan Galaxy Z Fold 7 pada acara Galaxy Unpacked yang akan datang.

Setakat ini, tidak banyak maklumat didedahkan mengenai peranti ini, namun Samsung menjelaskan bahawa pembikinan varian Ultra ini adalah hasil daripada maklum balas pengguna yang mahukan skrin lebih besar, kamera yang lebih hebat, dan pengalaman penggunaan yang benar-benar “Ultra”. Ia bukan sekadar naik taraf spesifikasi, sebaliknya diolah dalam rekaan yang lebih kompak dan mudah alih.



Selain itu, Samsung turut berkongsi sebuah video teaser yang mengandungi animasi ringkas, dipercayai memaparkan model Ultra tersebut. Ia menunjukkan peranti boleh lipat gaya buku dengan rekaan nipis serta bucu yang lebih melengkung. Walaupun saiz telefon ini tidak dapat dipastikan, berkemungkinan ia akan lebih besar daripada model biasa memandangkan ia adalah model Ultra.

Dalam kenyataan yang sama, Samsung turut menekankan bahawa model Ultra ini bakal menampilkan perkakasan hebat, prestasi tinggi, dan integrasi AI yang dioptimumkan untuk telefon boleh lipat. Apabila lipatan dibuka, peranti ini akan berubah menjadi pusat hiburan yang lebih imersif, ruang kerja yang luas atau mesin multitugas, yang kini dipertingkatkan dengan keupayaan Galaxy AI dibina khusus untuk telefon lipat.



Buat masa ini, belum ada tarikh pelancaran rasmi diumumkan. Namun, ramai menjangkakan Samsung akan memperkenalkan varian Ultra Galaxy Z Fold ini secara rasmi dalam acara Unpacked kedua tahun ini yang dijangka berlangsung pada bulan Julai 2025.

Selain varian Ultra bagi Galaxy Z Fold, terdapat juga khabar angin mengatakan Samsung bakal memperkenalkan telefon boleh lipat tiga yang dikenali sebagai Galaxy G Fold, dijangka dilancar hujung tahun ini. Jika dilancar, ia juga akan menjadi satu-satunya pesaing kepada Huawei Mate XT.

[Sumber: Samsung]

Tags: galaxy z foldGalaxy Z Fold Ultrasamsungsamsung galaxy z foldSamsung Galazy Z Fold Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Samsung sahkan varian Ultra Galaxy Z Fold bakal diperkenal

Samsung sahkan varian Ultra Galaxy Z Fold bakal diperkenal

5 June 2025
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN