• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor sahkan Magic V5 bakal tiba di Malaysia, telefon lipat ternipis hanya 8.8mm bila dilipat

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:55 pm
  • 24/06/2025
  • Komen
Honor sahkan Magic V5 bakal tiba di Malaysia, telefon lipat ternipis hanya 8.8mm bila dilipat
Share on FacebookShare on Twitter

Honor sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon lipat terbaharu mereka, Honor Magic V5 di pasaran China pada 2 Julai. Ia akan menggantikan Magic V3 sebelum ini, dan dikatakan berjaya mencatat rekod sebagai telefon lipat gaya buku ternipis di dunia, dengan ketebalan hanya 8.8mm dalam keadaan dilipat.

Kini, semakin mendekati pelancarannya di China, Honor Malaysia turut mengesahkan bahawa Magic V5 turut akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, walaupun tarikh rasmi masih belum diumumkan. Berkemungkinan, ia akan tiba tidak lama selepas pelancarannya di China.



Menurut Honor, Magic V5 dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan untuk pengalaman multitugas yang lebih lancar dan kecekapan kerja yang dipertingkatkan, memberikan pengalaman seperti menggunakan telefon bar biasa sambil menawarkan semua kelebihan teknologi boleh lipat yang terkini.

Rekaan Magic V5, hanya 8.8mm dalam keadaan dilipat

Maklumat lain berkenaan spesifikasi masih lagi disimpan rapi pada ketika ini. Namun, rupa paras peranti ini telah pun diperlihatkan melalui hantaran rasmi di laman Weibo Honor China.



Sumber: Weibo Honor China

Berdasarkan imej yang dikongsi, Magic V5 tampil dengan kemasan berwarna emas, engsel bertekstur serta modul kamera yang lebih bulat, sedikit berbeza daripada Magic V3 yang menggunakan modul kamera berbentuk oktagon. Gambar tersebut turut memperlihatkan peranti memiliki tubuh yang sangat nipis, walaupun dimensi dalam keadaan lipatan dibuka tidak dinyatakan.

Honor Magic V3
Oppo Find N5

Macam yang dikatakan awal tadi, Magic V5 hanya berukuran 8.8mm dalam keadaan dilipat, menjadikannya lebih nipis dari Magic V3 yang berkururan 9.2mm. Malah, Magic V5 juga dilihat bakal merampas takhta telefon lipat paling nipis setakat ini, Oppo Find N5 yang berukuran hanya 8.93mm dalam keadaan dilipat.

Daftar sebagai Penguji Beta Honor Magic V5

Dalam masa sama, Honor turut mengalu-alukan penggemar teknologi untuk menjadi antara yang terawal untuk mencuba dan menilai Magic V5, program yang sama ditawarkan pada Magic V3 dahulu. Pendaftaran untuk program penguji beta ini dibuka mulai hari ini dan boleh didaftar melalui laman web Honor.

Peserta yang disenarai pendek dan menepati kriteria akan dihubungi oleh pihak Honor. Tambahan pula, mereka yang menyertai program ini turut berpeluang untuk memenangi sebuah Honor Magic V5.

Tags: honorHonor Magic V5honor malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor sahkan Magic V5 bakal tiba di Malaysia, telefon lipat ternipis hanya 8.8mm bila dilipat

Honor sahkan Magic V5 bakal tiba di Malaysia, telefon lipat ternipis hanya 8.8mm bila dilipat

24 June 2025
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN