• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Headphone (1): Fon kepala ANC pertama mereka, ditala KEF dengan bateri 80 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:56 am
  • 03/07/2025
  • Komen
Nothing Headphone (1): Fon kepala ANC pertama mereka, ditala KEF dengan bateri 80 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Nothing Phone (3), Nothing turut mengumumkan sebuah lagi produk baharu dalam kategori audio, Nothing Headphone (1). Ia adalah fon kepala pertama daripada Nothing, dan menampilkan fungsi penyaring hingar aktif (ANC) serta audio yang ditala bersama pakar audio KEF.

Seperti biasa, tampil dengan rekaan lutsinar

Seperti produk-produk Nothing, Nothing Headphone (1) turut mengekalkan rekaan unik menampilkan kemasan lutsinar padap rekaannya. Ini terutamanya boleh dilihat pada setiap penutup fon kepala, yang seakan diinsipirasi daripada kaset memandangkan terdapat dua bulatan.



Badan fon kepala ini menampilkan gabungan alumiunium dan plastik, dengan berat 329g. Ia tersedia dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Terdapat sebanyak tiga butang fizikal kawalan yang disertakan pada fon kepala, termasuk butang Roller, Paddle dan Button, yang semuanya terletak pada bahagian kanan fon kepala.

Bagi fungsi setiap butang, butang Roller membolehkan anda untuk mengawal media, serta hidup atau matikan ANC. Sebagai contoh, anda boleh laraskan kelantangan audio dengan menyapu butang itu ke kiri atau kanan, tekan butang untuk main atau henti lagu, dan tekan lama untuk mengubah antara mod ANC dan mod ketelusan.



Untuk butang Paddle, ia boleh digunakan untuk anda skip ke lagu seterusnya atau jawab panggilan dengan tekan butang ke kanan, manakala tekan ke kiri pula untuk pergi ke lagu sebelumnya atau tolak panggilan. Tahan lama butang ke kanan akan mempercepatkan lagu dan tahan lama ke kiri akan main semula lagu.

Butang terakhir, iaitu Button pula berfungsi sebagai butang shortcut, contohnya anda boleh bertukar aplikasi dari aplikasi Spotify ke YouTube, apabila dipadankan dengan Phone (3). Bukan setakat itu, ia juga boleh digunakan untuk menyeru pembantu maya ChatGPT dan Essential Space.

Audio ditala bersama KEF, hayat bateri 80 jam

Daripada segi audio, Headphone (1) dimuatkan dengan pemacu audio bersaiz 40mm yang ditala bersama pakar audio KEF. Ia juga hadir dengan fungsi ANC hibrid yang mampu melaras tahap penyaring bunyi secara masa nyata, mod ketelusan, serta spatial audio untuk pengalaman yang lebih imersif.

Fon kepala ini menggunakan sambungan codec seperti AAC, SBC dan LDAC, melalui Bluetooth 5.3. Jika anda lebih gemar menggunakan sambungan berwayar, Headphone (1) turut dilengkapi dengan port USB-C “lossless” serta jek audio 3.5mm. Ia boleh disambung pada telefon pintar menggunakan aplikasi Nothing X, yang menawarkan lebih banyak fungsi seperti penyesuaian EQ, dwisambungan dan mod rendah latensi.

Dilengkapi dengan bateri 1,040mAh, hayat bateri Headphone (1) dikatakan boleh mencecah sehingga 80 jam dalam satu isian penuh dengan ANC dimatikan, dan sehingga 35 jam dengan ANC hidup.

Harga Nothing Phone (1)

Tempahan awal untuk Nothing Headphone (1) akan mula dibuka di pasaran global bermula 4 Julai. Ia dijual pada harga USD299 (~RM1,261). Maklumat harganya di Malaysia masih belum diumumkan, tetapi berkemungkinan ia tidak akan jauh berbeza dari pasaran antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, nantikan maklumat rasmi dari Nothing Malaysia.

Tags: NothingNothing Headphone (1)Nothing Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Nothing Headphone (1): Fon kepala ANC pertama mereka, ditala KEF dengan bateri 80 jam

Nothing Headphone (1): Fon kepala ANC pertama mereka, ditala KEF dengan bateri 80 jam

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER