• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo X Fold 5 sah bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:39 pm
  • 22/07/2025
  • Komen
Vivo X Fold 5 sah bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran Samsung Galaxy Z Fold 7 dan Honor Magic V5 baru-baru ini, nampaknya Vivo juga tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan peranti boleh lipat. Vivo Malaysia kini mengesahkan bahawa model lipat terbaharu mereka, Vivo X Fold 5, akan tiba di pasaran Malaysia.

Diumumkan di China hujung bulan lepas, X Fold 5 bakal menjadi telefon boleh lipat pertama daripada Vivo yang ditawarkan di Malaysia, selepas siri X Fold mula diperkenalkan sejak 2022. Setakat ini, Vivo Malaysia masih belum mengumumkan tarikh pelancaran tempatan untuk X Fold 5, namun pelancarannya dijangka berlangsung tidak lama lagi.



Selain China, model ini turut telah dilancarkan di India bersama X200 FE pada pertengahan Julai.

Menurut Vivo Malaysia, Vivo X Fold 5 ialah telefon boleh lipat flagship yang menggabungkan produktiviti, gaya dan kuasa dalam satu peranti. Ia hadir dengan rekaan ultra ringan, dilengkapi engsel gred aeroangkasa untuk lipatan yang lancar dan tahan lama, serta badan yang nipis dan mudah disimpan dalam poket. Peranti ini akan ditawarkan dalam dua pilihan warna, kelabu dan putih.



Selain itu, Vivo turut memaklumkan bahawa peranti boleh lipat ini akan dilengkapi ciri-ciri AI pintar seperti Origin Workbench untuk melancarkan multitugas dengan pelbagai aplikasi serentak, DocMaster bagi memudahkan penyuntingan dokumen, serta Smart Call Assistant yang mampu memberikan transkripsi panggilan dan mesyuarat secara masa nyata

Butiran spesifikasi X Fold 5 tidak didedahkan pula oleh Vivo dalam pengumuman mereka. Tetapi, menjelang pelancarannya, spesifikasi peranti ini telah pun dipaparkan di laman web Vivo Malaysia.

Spesifikasi Vivo X Fold 5

Antaranya, Vivo X Fold 5 memiliki berat 217g, dengan badan nipis 9.2m dalam keadaan dilipat dan 4.3mm apabila lipatan dibuka. Sebagai perbandingan, ia tebal sedikit berbanding Galaxy Z Fold 7 yang berukuran 8.9mm dalam keadaan dilipat, dan 4.2mm apabila lipatan dibuka, serta Honor Magic V5 yang lebih nipis pada 8.8mm dalam keadaan dilipat dan 4.1mm apabila lipatan dibuka.

Selain itu, peranti ini juga hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP58/59, manakala engselnya bertahan sehingga 600,000 kali lipatan.

Dari segi pengimejan, Fold 5 menerima sentuhan penalaan daripada ZEISS dan dilengkapi tiga kamera belakang. Ia terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.57 dengan sensor Sony IMX921 bersaiz 1/1.56” dan sokongan OIS, serta kamera ultra-lebar 50MP f/2.05 yang menyokong autofokus.

Kamera ketiga pula ialah lensa telefoto 50MP f/2.55 menggunakan sensor Sony IMX882 bersaiz 1/1.95”, menawarkan zum optikal 3x dan zum digital sehingga 100x, serta menyokong tangkapan makro.

Kapasiti bateri yang dimuatkan pada X Fold 5 adalah sebesar 6,000mAh jenis Bluevolt, lebih besar berbanding Magic V5 (5,850mAh) dan Oppo Find N5 (5,600mAh). Vivo mendakwa bateri ini menyokong sehingga 80.6 jam masa main muzik, 13.2 jam mesyuarat dalam talian, dan sehingga 8.8 hari jika tidak digunakan.

Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan 80W melalui USB-C dan wayarles 40W.

Maklumat mengenai spesifikasi skrin dan cip masih belum dipaparkan di laman produk rasmi vivo Malaysia. Namun, berdasarkan model yang dilancarkan di China, X Fold 5 hadir dengan skrin dalam LTPO AMOLED bersaiz 8.03 inci, dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 4,500 nits. Untuk skrin luar, ia menggunakan panel LTPO AMOLED 6.53 inci, juga dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksimum mencecah 5,500 nits.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan gandingan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Ia akan menjalankan sistem operasi FuntouchOS 15 berasaskan Android 15 sejurus keluar kotak.

Harga Vivo X Fold 5 di China

Harga X Fold 5 di Malaysia tentunya akan diumumkan pada pelancarannya nanti. Tetapi untuk rujukan anda, di pasaran China, X Fold 5 ditawarkan dalam empat varian, dan berikut adalah harga jualannya di sana:

  • 12GB + 256GB – RMB 6,999 (~RM4,128)
  • 12GB + 512GB – RMB 7,999 (~RM4,717)
  • 16GB + 512GB – RMB 8,499 (~RM5,012)
  • 16GB + 1TB – RMB 9,499 (~RM5,602)

Tags: vivovivo MalaysiaVivo X Fold 5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo X Fold 5 sah bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi

Vivo X Fold 5 sah bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi

22 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER