• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OneXOX Black dengan Pembaziran Sifar kini ditawarkan dengan 12GB data dan panggilan tanpa had

  • OLEH Najib
  • 8:18 am
  • 22/01/2019
  • Komen
OneXOX Black dengan Pembaziran Sifar kini ditawarkan dengan 12GB data dan panggilan tanpa had
Share on FacebookShare on Twitter

Lagi tawaran menarik sempena Tahun Baru Cina. Kali ini dari XOX Mobile pula. Mereka mengumumkan pelan baru OneXOX Black yang digelar sebagai B39PLUS20. Pelan B39PLUS20 ini menyediakan 12GB data, panggilan tanpa had dan 100 SMS dengan bayaran RM59/bulan.

Secara asasnya, pelan ini berasaskan pelan B39 mereka dengan bayaran tambahan RM20. Tawaran ini dibuka sehingga 28 Februari 2019. Bagi pengguna sedia ada, mereka boleh bertukar ke pelan tawaran ini menerusi laman self-care atau dengan menghantar SMS “GETB39PLUS20” ke 23388.



Pelan OneXOX Black ialah pelan pembaziran sifar. Ini kerana ia membolehkan pengguna membawa ke bulan hadapan, mana-mana panggilan, SMS dan data yang tidak habis digunakan. Selagi mana talian masih aktif. Menerusi FAQ di laman web XOX, ia menyatakan pengguna boleh membawa ke hadapan data internet yang tidak habis, sehingga maksima 100GB.

Jika data kehabisan dan perlukan data tambahan, pengguna boleh membeli data 1GB berharga RM10, 2GB RM18 atau 5GB RM40. Untuk maklumat lanjut, layari laman web OneXOX Black.



Tags: OneXOXOneXOX BlackXOX
Najib

Najib

POPULAR

OneXOX Black dengan Pembaziran Sifar kini ditawarkan dengan 12GB data dan panggilan tanpa had

OneXOX Black dengan Pembaziran Sifar kini ditawarkan dengan 12GB data dan panggilan tanpa had

22 January 2019
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN