• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Grab

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

  • OLEH Penaja
  • 12:41 pm
  • 31/07/2025
  • Komen
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Grab]

Kalau anda pengguna tegar Grab, terutama GrabFood dan GrabMart, ini masa terbaik untuk buat setiap pesanan jadi lebih berbaloi. Grab baru saja perkenalkan ciri-ciri baharu dalam sistem GrabRewards mereka dan ya, sekarang ada lagi banyak cara nak kumpul mata, termasuk cara tebus baru yang lagi fleksibel.



Bukan sekadar pesan dan dapat mata macam biasa. Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh kumpul lebih banyak GrabRewards, dan tebusnya terus untuk belanja dengan lebih jimat. Nak tahu rahsianya? Jom kami tunjukkan.

Lebih banyak tindakan, lebih banyak GrabRewards

Sekarang, anda boleh kumpul GrabRewards dengan buat tindakan tertentu dalam Grab, bukan setakat beli macam biasa. Yang bestnya, semua ganjaran ini boleh digabung (stackable). Makin banyak anda buat, makin banyak GrabRewards dikumpul.



Berikut antara tindakan yang boleh anda buat untuk kumpul lebih banyak GrabRewards:

  • Jadi hos untuk pesanan berkumpulan

Bila anda jadi hos untuk pesanan berkumpulan (minimum 3 orang), anda akan dapat 3% GrabRewards untuk pesanan tu. Jimat + dapat mata? Best kan.

  • Pesan sarapan atau minum petang

Grab bagi ganjaran 5% GrabRewards bila anda buat pesanan antara jam 8–10 pagi atau 2–4 petang, dengan belanja minima RM20. Tapi ada had: 150 mata sebulan, maksimum 10 kali boleh tebus.

  • Order dari Grab Signatures

Kalau anda biasa order dari restoran pilihan Grab (Grab Signatures), ini berita baik. Anda akan dapat 5% GrabRewards untuk pesanan RM25 ke atas. Sama juga, dihadkan pada 350 mata sebulan, dan maksimum 10 kali boleh tebus.

  • Beli barang runcit di Jaya Grocer

Bayar di kaunter dengan kad GXBank atau GrabPay Wallet, dan anda akan dapat pulangan 1.5X GrabRewards. Boleh beli barang dapur sambil kumpul mata.

  • Top up GrabPay dari akaun GXBank

Top up GrabPay Wallet menggunakan Akaun GX dan dapat 1 mata GrabReward untuk setiap RM3

  • Guna kad GXBank kat luar negara

Kalau anda melancong ke luar negara dan gunakan kad GXBank untuk bayar servis Grab, anda akan dapat 3X GrabRewards.

Macam mana nak pastikan anda dapat mata maksimum?

Bayangkan ini. Anda jadi hos untuk pesanan berkumpulan, pesan dari Grab Signatures, dan waktu tu jatuh dalam slot promosi minum petang kerana pesanan buat pada pukul 2 petang. Anda boleh peroleh 3% (pesanan berkumpulan) + 5% (Grab Signatures) + 5% (minum petang)  = 23% GrabRewards dalam satu pesanan.

Cara aktifkan ganjaran

Sebelum buat pesanan, pergi ke tab “Offers” dalam aplikasi Grab. Di situ anda boleh pilih tawaran ganjaran tambahan yang anda nak aktifkan. Mata yang anda dapat pun akan dipaparkan dalam pesanan, jadi semuanya jelas.

Pro tip: Pastikan anda sentiasa semak tab “Offers”, sebab promosi boleh berubah dari semasa ke semasa. Dan perlu diingat, tindakan-tindakan ni boleh digabung, jadi jangan lepaskan peluang kumpul maksimum dalam satu pesanan.

Tebus mata sekarang jadi lagi mudah

Sekarang, nak tebus GrabRewards pun lebih fleksibel. Grab dah perkenalkan “burn toggle”, bermakna anda boleh guna mata ganjaran untuk tolak bil masa nak bayar GrabFood atau GrabMart. Tak perlu simpan sampai cukup beribu mata, guna ikut nilai rendah pun boleh.

Contohnya, masa pembayaran, cuma aktifkan “burn toggle”, dan terus tolak jumlah bayaran guna GrabRewards anda.

Dengan pengenalan lebih banyak cara untuk dapatkan GrabRewards dalam platform, Grab kini turut memudahkan sistem penggandaan mata GrabRewards, supaya semua pengguna, sama ada pelanggan GrabUnlimited atau tidak boleh mengumpul mata ganjaran.

Berikut adalah ringkasan sistem mata GrabRewards yang akan berkuat kuasa mulai 22 Ogos:

Pesan macam biasa, ganjaran luar biasa

Tak perlu belanja lebih, tapi boleh dapat lebih. Dengan ciri baharu GrabRewards, anda boleh buat setiap order jadi lebih berbaloi, baik dari segi ganjaran mahupun penjimatan. Jadi, kalau anda masih belum manfaatkan sepenuhnya sistem GrabRewards ini, sekaranglah masa terbaik untuk mula.

Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh cara nak kumpul mata GrabRewards, anda boleh layari laman web Grab.


Tags: GrabGrabRewardsgxbankJaya Grocer
Penaja

Penaja

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER