• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda kini boleh mohon skim tarif ToU TNB melalui laman web myTNB

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:30 pm
  • 01/08/2025
  • Komen
Anda kini boleh mohon skim tarif ToU TNB melalui laman web myTNB
Share on FacebookShare on Twitter

Anda kini boleh mohon skim Time-of-Use (ToU) TNB untuk kediaman anda secara dalam talian melalui laman web myTNB dan nikmati kadar elektrik lebih rendah di luar waktu puncak.

Sebelum ini, permohonan ToU hanya boleh dibuat secara manual, sama ada dengan mengisi borang dan menghantarnya melalui e-mel atau pergi sendiri ke Kedai Tenaga, bersama dokumen yang diperlukan.



Walaupun permohonan ToU kini sudah dibuka di laman web myTNB, fungsi yang sama belum lagi tersedia di aplikasi mudah alih myTNB. Bagaimanapun, TNB telah beri jaminan bahawa ciri ini akan ditambah tidak lama lagi, memandangkan ia sudah pun berfungsi di portal web.

Cara mohon skim tarif ToU TNB di laman web myTNB

Sebaik sahaja anda log masuk ke portal web myTNB, anda akan dibawa ke papan pemuka. Di sini, cari bahagian yang memaparkan Status Akaun dan Jenis Akaun, kemudian lihat di bahagian bawah yang menyatakan Lihat Maklumat Akaun (View Account Details).



Jika pilihan ToU tersedia untuk akaun anda, anda akan nampak pilihan Tukar ke ToU (Switch To ToU). Tekannya, kemudian anda akan dibawa ke halaman Tukar Tarif Saya (Change My Tariff), yang memaparkan nombor akaun dan alamat anda, serta penerangan ringkas tentang skim ToU ini.

Apabila anda tekan butang Mula Permohonan (Start Application), anda akan dibawa ke skrin untuk mengesahkan maklumat anda, dan di sini anda juga boleh memberikan maklumat tambahan kepada TNB sekirnya perlu.

Seterusnya, tekan butang Simpan dan Teruskan (Save and Proceed). Anda kemudian akan diminta untuk mengesahkan semula butiran premis anda. Sesudah itu, anda boleh memuat naik salinan dokumen pengenalan diri. Bagi pemohon individu, dokumen yang diperlukan adalah seperti MyKad, kad anggota tentera/polis, atau pasport.

Anda juga boleh muat turun borang permohonan untuk rujukan pada masa depan. Tetapi, borang tersebut juga akan dihantar ke alamat emel anda selepas permohonan selesai dihantar. Untuk melengkapkan proses permohonan, tekan butang Hantar (Submit).

Menurut TNB, jika premis anda sudah dilengkapi Smart Meter, permohonan akan diproses dalam masa 5 hari bekerja. Tapi kalau belum ada Smart Meter, proses boleh ambil masa hingga 2 bulan kerana TNB perlu pasang meter pintar terlebih dahulu sebelum skim ToU boleh diaktifkan.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: mytnbTarif ElektrikTime of UseTNBToU
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Anda kini boleh mohon skim tarif ToU TNB melalui laman web myTNB

Anda kini boleh mohon skim tarif ToU TNB melalui laman web myTNB

1 August 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER