• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple sahkan acara ‘Awe dropping’ pada 10 September, iPhone 17 bakal diumum

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:13 pm
  • 27/08/2025
  • Komen
Apple sahkan acara ‘Awe dropping’ pada 10 September, iPhone 17 bakal diumum
Share on FacebookShare on Twitter

Apple akhirnya telah mengesahkan tarikh acara besar-besaran mereka untuk tahun ini, yang dijangka menyaksikan pengenalan siri iPhone 17. Acara keynote yang bertemakan “Awe dropping” itu akan berlangsung pada 10 September 2025, jam 1:00 pagi waktu Malaysia.

Tema tahun ini menampilkan logo Apple interaktif yang dipercayai merujuk kepada reka bentuk baharu “Liquid Glass” dalam iOS 26.



Sejak pembukaan Apple Store The Exchange TRX, Malaysia kini tergolong dalam gelombang pertama pelancaran iPhone baharu. Ini bermakna, rakyat Malaysia boleh membeli iPhone 17 pada hari yang sama dengan pengguna di Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Get ready for an awe dropping #AppleEvent on Tuesday, September 9! pic.twitter.com/uAcYp2RLMM

— Tim Cook (@tim_cook) August 26, 2025

Untuk barisan iPhone kali ini, Apple berkemungkinan membawa sedikit perubahan. Model Plus yang biasa hadir sejak beberapa generasi kebelakangan mungkin akan digantikan dengan iPhone 17 Air, yang dikatakan sebagai iPhone paling nipis dan ringan pernah dihasilkan.



Anda juga boleh menjangkakan tiga lagi model iPhone biasa yang akan diperkenal iaitu iPhone 17, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Selain daripada iPhone, Apple turut dijangka memperkenalkan barisan produk lain termasuk Apple Watch Series 11, Watch Ultra 3 dan Watch SE 3.

Berkemungkinan terdapat juga AirPods Pro 3, HomePod dan Apple TV baharu yang akan diperkenalkan. Untuk menonton siaran langsung Apple Keynote, anda boleh ikuti di Apple.com atau saluran rasmi YouTube Apple. Acara ini dijadualkan pada hari Rabu, 10 September 2025, jam 1:00 pagi waktu Malaysia.

iPhone 17 akan tersedia di Malaysia mulai 19 September?

Kalau Apple kekalkan jadual yang sama dengan tahun lepas, tempahan awal untuk iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max di Malaysia dijangka bermula pada Jumaat, 12 September 2025 jam 8 malam. Manakala jualan rasmi pula dijangka bermula Jumaat berikutnya pada 19 September 2025.

Seperti biasa, anda boleh membuat tempahan terus di Apple Store The Exchange TRX (yang dijangka akan dipenuhi dengan barisan panjang pembeli) atau melalui telco yang mengambil bahagian dengan pelan kontrak, serta pengedar sah Apple di seluruh negara.

Tags: Airpods Pro 3appleApple StoreApple Watch Ultra 3iphoneiphone 17iPhone 17 AiriPhone 17 Pro Max
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Apple sahkan acara ‘Awe dropping’ pada 10 September, iPhone 17 bakal diumum

Apple sahkan acara ‘Awe dropping’ pada 10 September, iPhone 17 bakal diumum

27 August 2025
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER