• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Maxis

Beli, lindung, naik taraf peranti – Maxis mudahkan cara anda miliki peranti baharu

  • OLEH Penaja
  • 7:22 pm
  • 12/09/2025
  • Komen
Beli, lindung, naik taraf peranti – Maxis mudahkan cara anda miliki peranti baharu
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Maxis]

Kalau anda tengah cari telefon pintar baharu, ada banyak cara untuk beli, sama ada terus dari jenama, kedai dalam talian, atau penjual pihak ketiga. Tapi tahu tak, ada cara yang lebih senang, lebih fleksibel, dan paling berbaloi? Jawapannya ialah melalui program ansuran dan bayaran pendahuluan daripada Maxis.



Dengan program ini, Maxis uruskan semuanya untuk anda. Daripada pembelian, perlindungan, hinggalah ke proses naik taraf peranti . Senang cerita, semua dalam satu.

Lebih jimat & fleksibel

Beli peranti dengan Maxis bukan sahaja mudah, tetapi anda juga boleh menikmati lebih penjimatan. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu membuat bayaran ansuran bulanan rendah, atau bayar penuh sekaligus dengan harga lebih murah.



Sebagai contoh, harga pasaran bagi Samsung Galaxy Z Flip 7 (256GB) ialah RM4,999. Sekiranya anda mendaftar dengan Maxis Postpaid 199 untuk tempoh 36 bulan, anda hanya perlu membayar RM75/bulan. Anda boleh jimat sehingga RM2,700 untuk Samsung Galaxy Z Flip 7 (256GB) dan harganya jauh lebih murah daripada harga asal kerana anda hanya membayar sebanyak RM2,899 selama 36 bulan dengan Maxis Postpaid 199.

Katakan anda tidak mahu teruskan kontrak, jangan risau kerana tiada penalti dikenakan. Anda cuma perlu selesaikan baki ansuran telefon, jadi anda bebas sama ada nak naik taraf setiap tahun atau terus guna peranti lama.

Kalau anda naik taraf ke telefon baharu, ada pilihan untuk gunakan Maxis eSIM sebagai ganti SIM fizikal. Ia lebih praktikal kerana tak perlu tukar kad setiap kali, dan boleh digunakan merentas sistem operasi berbeza. Selain itu, memandangkan eSIM disepadukan terus ke dalam peranti dan tidak boleh dikeluarkan secara fizikal, ia juga menjadikannya lebih sukar untuk dicuri atau disalahgunakan. Proses tukar pun mudah sama ada melalui aplikasi Maxis atau dengan singgah ke mana-mana kedai Maxis berhampiran.

Maxis Device Care: Perlindungan tanpa risau

Kebanyakan orang hanya fikirkan harga sebelum membeli peranti. Namun, realitinya, kos pembaikan boleh menjadi satu beban. Kini, anda tidak perlu risau lagi dengan adanya Maxis Device Care yang meliputi:

  • Perlindungan kerosakan tidak disengajakan & skrin retak (1 kali tuntutan setahun).
  • Gantian 1-1 dengan peranti yang diperbaharui.

Jika anda mahukan perlindungan lebih menyeluruh, Maxis Device Care Plus menawarkan:

  • Perlindungan kerosakan tidak disengajakan, skrin retak dan kecurian.
  • Gantian 1-1 dengan peranti baharu.
  • 2 kali tuntutan setahun.

Semua pelanggan akan menikmati 3 bulan langganan percuma dengan setiap pembelian peranti daripada Maxis. Sekiranya anda merupakan pelanggan Maxis Postpaid 139 dan ke atas, anda boleh menaik taraf ke Device Care Plus tanpa sebarang caj tambahan.

Naik taraf mudah dengan tukar beli

Apabila anda mahu tukar telefon, Maxis menyediakan proses tukar beli yang mudah. Bawa telefon lama anda ke mana-mana kedai Maxis untuk dinilai, dan nilai tukar beli akan dikreditkan terus ke akaun anda.

Pakar Maxis akan bantu memindahkan data dan memastikan keselamatan peranti lama anda. Jadi, anda tidak perlu risau jika data lama tertinggal dalam peranti.

Lebih nilai dengan Maxis Postpaid

Selain kemudahan tukar beli peranti, Maxis Postpaid juga hadir dengan pelbagai kelebihan lain, iaitu:

  • Maxis Roaming – Kekal berhubung di lebih 150 negara dengan pas 1, 3, 7, 14 atau 30 hari. Anda boleh jadualkan bila tempoh perayuan bermula melalui aplikasi Maxis
  • Ganjaran & Tawaran Eksklusif – Lebih 250 tawaran menanti di aplikasi Maxis seperti makanan, hiburan, beli-belah dan banyak lagi.
  • sooka Premium – Strim pelbagai rancangan hiburan dan sukan langsung dengan sooka Premium secara percuma (tawaran tempoh terhad).
    – Untuk pelanggan baharu atau sedia ada yang menaik taraf ke Maxis Postpaid 139, 169, atau 199. Pelanggan boleh menikmati sooka Premium pada harga RM25/bln berbanding harga asal RM49.90/bln selepas tempoh tawaran tamat.

Dengan Maxis, anda bukan sahaja dapat telefon pintar baharu, tetapi anda juga mampu menikmati perlindungan menyeluruh, proses naik taraf lebih mudah, dan pelbagai manfaat tambahan. Sekiranya anda merancang untuk tukar telefon, program ini mungkin menjadi pilihan terbaik anda.

Kunjungi mana-mana pusat Maxis berdekatan anda atau layari laman web Maxis untuk dapatkan peranti baharu. Kini lebih mudah, selamat, dan berbaloi.

Tags: eSimmaxisMaxis Zerolutiontelco
Penaja

Penaja

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Beli, lindung, naik taraf peranti – Maxis mudahkan cara anda miliki peranti baharu

Beli, lindung, naik taraf peranti – Maxis mudahkan cara anda miliki peranti baharu

12 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER