• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF Watch 3 Pro dilancar di Malaysia pada harga RM419

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:42 pm
  • 08/09/2025
  • Komen
CMF Watch 3 Pro dilancar di Malaysia pada harga RM419
Share on FacebookShare on Twitter

CMF hari ini telah melancarkan jam pintar terbaharu mereka, Watch 3 Pro untuk pasaran Malaysia, selepas lebih sebulan diperkenalkan di peringkat global.

Harga dan ketersediaan

Kepada yang berminat, CMF Watch 3 Pro boleh didapatkan di Malaysia bermula hari ini, 8 September 2025 pada harga RM419. Sebagai perbandingan, Watch Pro 2 yang dilancar pada harga RM339, menjadikan harga model baru ini meningkat sebanyak RM80.



Tiada promosi pelancaran disediakan, dan anda boleh beli Watch 3 Pro secara dalam talian menerusi Nothing.tech, Lazada dan Shopee, atau dapatkannya di pengedar sah Nothing seperti DirectD, TMT, Vivid Concept, TAC Mobile, SS Solution dan Nothing Image store.

Spesifikasi CMF Watch 3 Pro

Skrin bulat pada CMF Watch 3 Pro adalah jenis AMOLED bersaiz 1.43″ beresolusi 466 x 466 dengan kepadatan piksel 326 ppi. Ia adalah 0.11″ lebih besar dari generasi sebelumnya, dan skrinnya juga lebih cerah sehingga 670 nits. Kadar segar semulanya kekal pada 60fps.



CMF juga menyediakan lebih 120 muka jam yang boleh dipilih pengguna, termasuk jenis dinamik dan statik. Bingkai jam diperbuat dari logam, dan terdapat tiga warna tersedia iaitu oren, kelabu terang dan kelabu gelap, dengan kemasan tali jam yang berbeza. Jam ini juga masih diiktiraf kalis air dan debu IP68.

Untuk keperluan bersukan, jam ini dilengkapi dengan 131 mod sukan, dan mampu menawarkan metrik terperinci seperti kalori terbakar, pace larian, masa pemulihan dan zon kadar degupan jantung ketika bersenam. Ia juga berupaya untuk mengesan aktiviti seperti berjalan, berlari, berbasikal, mendayung secara automatik menggunakan GPS dwijalur (dual-band) terbina.

Terdapat juga fungsi Custom running coach yang menyediakan jadual latihan untuk anda capai, serta ringkasan diperibadikan selepas setiap senaman yang dilakukan, di mana data yang dikumpul akan ditukar kepada cadangan latihan seterusnya. Lebih menarik, antaramuka senaman pada jam kini turut dilengkapi kawalan muzik terbina, membolehkan anda tukar lagu dengan hanya menyapu ke skrin seterusnya.

Dari segi fungsi kesihatan, Watch 3 Pro dilengkapi sensor optikal baharu lebih canggih bagi penjejakan yang kesihatan lebih tepat. Ia boleh memantau degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, penjejakan kualiti tidur yang lebih terperinci, tahap tekanan, serta kitaran haid wanita. Turut disertakan ialah latihan pernafasan, dan ciri baharu ‘Active Score’ yang memberikan satu skor ringkas berdasarkan intensiti aktiviti fizikal anda sepanjang minggu.

Hayat bateri yang diiklankan untuk Watch 3 Pro kini lebih panjang, sehingga 13 hari untuk penggunaan biasa, 10 hari untuk penggunaan berat, atau 4.5 hari dengan fungsi Always-on-display (AOD) dihidupkan. Dalam mod jimat tenaga, ia boleh bertahan lebih lama sampai 60 hari, manakala penggunaan dengan GPS berterusan adalah 17.2 jam. Dilengkapi bateri 350mAh, ia boleh dicas penuh dalam masa 99 minit.

Watch 3 Pro turut dilengkapi dengan pembantu maya ChatGPT, fungsi transkripsi suara ke teks apabila disambungkan kepada aplikasi Nothing (dengan rakaman sehingga 30 minit), serta ciri Essential News yang membolehkan anda menerima berita terkini terus dari jam. Dengan fungsi ‘Quick replies’, anda juga kini boleh balas mesej ringkas terus dari jam melalui beberapa preset yang tersedia.

Dalam masa yang sama, jam ini menyokong panggilan, cari telefon, kawalan jauh kamera dan macam-macam lagi. Ia disambungkan melalui Bluetooth 5.3, dan boleh digunakan dengan telefon Android 6 ke atas atau iOS 13 ke atas melalui aplikasi Nothing X, bukannya aplikasi CMF Watch lagi

Tags: CMFcmf by nothingCMF Watch 3 ProNothing
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

CMF Watch 3 Pro dilancar di Malaysia pada harga RM419

CMF Watch 3 Pro dilancar di Malaysia pada harga RM419

8 September 2025
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN