• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple lancar siri iPhone 17 & iPhone Air nipis, diperkasa cip A19 Pro & kamera depan Center Stage

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:54 pm
  • 10/09/2025
  • Komen
Apple lancar siri iPhone 17 & iPhone Air nipis, diperkasa cip A19 Pro & kamera depan Center Stage
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun baru, iPhone baru! Dalam acara “Awe Dropping” yang baru sahaja disudahkan malam tadi, Apple telah memperkenalkan barisan telefon pintar flagship terbaharu mereka. Ia merangkumi empat model iPhone 17, iPhone 17 Pro, iPhone 17 Pro Max, serta iPhone 17 Air baharu.

Tahun ini, tiada lagi model Plus, sebaliknya digantikan dengan model Air yang tampil lebih nipis. Selain rekaan baharu, Apple juga membawakan pelbagai naik taraf dan rekaan baharu, terutamanya untuk iPhone 17 Pro. Berikut adalah perkara utama yang anda perlu tahu tentang barisan iPhone terbaru ini.



iPhone Air

Kita mulakan dengan model iPhone Ai, iPhone paling nipis yang pernah dihasilkan Apple. Walaupun ringan dan nipis, model baharu ini masih mampu memberikan prestasi setaraf pro. iPhone Air hadir dengan rangka titanium gred 5, ketebalan hanya 5.6mm dan berat sekitar 165g. Ia juga dilengkapi Action Button dan Camera Control untuk akses pantas ke fungsi penting.

Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu biru, emas, putih dan hitam.



Untuk ketahanan, iPhone Air menampilkan kaca Ceramic Shield 2 baharu di bahagian depan, dikatakan 3x lebih tahan calar dan 4x lebih tahan retak berbanding iPhone sebelum ini. Manakala, ia menggunakan kaca Ceramic Shield di belakang. Apple mendakwa iPhone Air juga adalah iPhone paling tahan lasak yang pernah mereka hasilkan.

Skrin yang dimilikinya bersaiz 6.5″ jenis Super Retina XDR menyokong ProMotion 120Hz dan Always-On Display, dengan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits. Walaupun namanya bukan “Pro”, iPhone Air dikuasakan oleh cip A19 Pro, sama seperti iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max. Cuma bezanya, versi A19 Pro untuk iPhone Air mempunyai 5 teras GPU berbanding 6 teras GPU pada model Pro.

iPhone Air juga dilengkapi cip rangkaian wayarles Apple N1 (Wi-Fi 7, Bluetooth 6, Thread) dan modem selular C1X, dua kali lebih pantas dan 30% lebih jimat tenaga berbanding modem C1 pada iPhone 16e.

Berbeza dengan sistem trikamera iPhone 17 Pro, iPhone Air hanya dilengkapi satu kamera utama 48MP Fusion. Ini mungkin kerana ruangnya agak terhad, kerana bonggol di bahagian atas menempatkan bukan sahaja kamera belakang, tetapi juga kamera hadapan, pembesar suara, dan pemproses. Kamera 48MP ini dikatakan Apple setara dengan empat lensa dan menyokong zum optikal 2x, dan boleh merakam pada 4K 60FPS dengan Dolby Vision.

Kamera hadapan pula menggunakan 18MP Center Stage dengan sensor imej segi empat pertama untuk iPhone, menawarkan pandangan lebih luas. Ini membolehkan pengguna untuk selfie landsacpe tanpa perlu pusing telefon. Kamera ini juga mampu merakam 4K HDR, serta dilengkapi fungsi Dual Capture untuk pengguna rakam pada kedua-dua kamera depan dan belakang serentak.

Berkenaan bateri, pple mendakwa iPhone Air mempunyai bateri yang cukup untuk main video sehingga 27 jam atau 22 jam untuk penstriman video. Disebabkan ruang yang terhad, iPhone Air hanya menyokong penggunaan eSIM sahaja. Sejurus keluar kotak ia akan menggunakan iOS 26 dan menyokong pelbagai fungsi pintar menerusi Apple Intelligence.

iPhone 17

Seterusnya, kita ada iPhone 17. Dari segi luaran, tiada perubahan ketara berbanding iPhone 16, masih mengekalkan susunan kamera berbentuk pil dan badan aluminium. Namun di hadapan, ia hadir dengan skrin lebih besar 6.3 inci berbanding 6.1 inci sebelumnya, jenis Super Retina XDR, kini menyokong ProMotion 120Hz, dan kecerahan puncak mencecah 3,000 nits.

Seperti iPhone Air, panel paparannya juga dilapisi kaca Ceramic Shield 2. iPhone 17 tersedia dalam pilihan warna hitam, ungu, biru, hijau dan putih.

Dari segi prestasi, iPhone 17 dipacu oleh cip A19 baharu dengan CPU 6-teras dan GPU 5-teras, 1.5x lebih laju berbanding A15 Bionic (iPhone 13), manakala GPU pula 2x lebih pantas. Walaupun Apple tidak mendedahkan kapasiti bateri, mereka menjanjikan bateri sepanjang hari dengan masa tontonan video sehingga 30 jam. Pengecasan juga pantas, boleh mencapai 50% dalam 20 minit menggunakan blok pengecas Apple 40W.

Beralih ke kamera, iPhone 17 menampilkan sistem 48MP Dual Fusion, terdiri daripada kamera utama 48MP dengan zum optikal 2x, dan kamera ultralebar 48MP yang menyokong tangkapan makro. Ia turut menyokong rakaman video 4K60fps Dolby Vision, termasuk Cinematic Mode dan Action Mode.

Untuk selfie, iPhone 17 turut menggunakan 18MP segi empat baharu dengan Center Stage dan berupaya rakaman video 4K HDR dengan Dual Capture membolehkan rakaman video di depan dan belakang serentak.

Berbeza dengan iPhone Air yang hanya menggunakan eSIM, model iPhone 17 di Malaysia menyokong kad SIM fizikal, manakala model eSIM sahaja ditawarkan di beberapa negara terpilih.

iPhone 17 Pro & Pro Max

Akhir sekali, iPhone 17 Pro dan Pro Max. Model Pro tahun ini menampilkan rekaan baharu yang lebih premium dengan badan aluminum daripada aloi aluminium 7000-series, ringan tetapi tahan lasak, bukan lagi titanium seperti iPhone 16 Pro. Model Pro ini ditawarkan dalam tiga warna, iaitu biru, oren dan kelabu.

Dari segi paparan, iPhone 17 Pro hadir dalam saiz 6.3 inci manakala Pro Max bersaiz 6.9 inci, kedua-duanya menggunakan Super Retina XDR dengan ProMotion 120Hz dan kecerahan maksimum 3,000 nits. Bahagian depan dan belakangnya dilindungi oleh Ceramic Shield 2.

Di dalam, model Pro ini diperkasa cip A19 Pro, paling berkuasa dan efisien pernah digunakan pada iPhone. Cip ini menampilkan CPU 6-teras dan GPU 6-teras dengan Neural Accelerators pada setiap teras GPU-nya, dipadankan dengan cache dan memori yang lebih besar berbanding A18 Pro. GPU ini juga bekerjasama dengan 16-teras Neural Engine untuk menjalankan aplikasi AI, grafik dan permainan berat AAA seperti rknights: Endfield, termasuk sokongan ray tracing.

Sistem pengurusan haba model Pro kini menggunakan vapor chamber yang direka Apple, yang dapat menyalurkan haba dari cip A19 Pro ke badan aluminium unibody, memastikan prestasi berterusan tanpa telefon menjadi panas.

Badan ini juga membolehkan bateri lebih besar dimuatkan untuk hayat bateri lebih panjang. Apple katakan model Pro ini mampu menawarkan masa tontonan video sehingga 39 jam, dan kedua-dua model boleh dicas ke 50% dalam masa 20 minit menggunakan blok pengecas Apple 40W/60W.

Di bahagian pengimejan, iPhone 17 Pro menampilkan sistem kamera terbaik Apple setakat ini. Ia merangkumi tetapan tiga kamer 48MP pada kamera utama, ultralebar dan telefoto. Kamera telefoto ini menggunakan sensor baharu dengan sensor 56% lebih besar berbanding terdahulu, menawarkan imej lebih tajam pada kawasan cerah dan gelap, dan menyokong zum optikal sehingga 8x (200mm), paling jauh di iPhone.

Zum digital pula kini menyokong sehingga 40x, dan sistem kamera menggunakan Photonic Engine memastikan warna lebih semula jadi, noise lebih rendah, dan penghasilan gambar lebih tajam. Seperti iPhone lain yang baru diumumkan, iPhone 17 Pro juga menggunakan kamera hadapan 18MP bersensor segi empat dengan Center Stage.

Untuk rakaman video, iPhone 17 Pro dan Pro Max menyokong rakaman 4K HDR, Dolby Vision, ProRes Log, dan ACES, selain menjadi telefon pintar pertama yang menyokong ProRes RAW, Log 2, dan genlock, iaitu fungsi yang membolehkan rakaman diselarikan dengan tepat merentasi beberapa kamera dan input, memberikan peralihan lancar tanpa perlu selaraskan bingkai demi bingkai secara manual.

Selain itu, model Pro juga menampilkan cip wayarles N1 yang menyokong Wi‑Fi 7, Bluetooth 6 dan Thread, meningkatkan prestasi dan kestabilan sambungan seperti Personal Hotspot dan AirDrop.

Harga iPhone Air, iPhone 17 dan iPhone 17 Pro & Pro Max di Malaysia

Berikut adalah harga jualan iPhone Air dan siri iPhone 17 di Malaysia:

iPhone 17

  • 256GB – RM3,999
  • 512GB – RM4,999

iPhone 17 Pro

  • 256GB – RM5,499
  • 512GB – RM6,499
  • 1TB – RM7,499

iPhone 17 Pro Max

  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999
  • 2TB – RM9,999

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman produk iPhone 17, iPhone Air dan iPhone 17 Pro.

Tags: appleapple malaysiaiphoneiphone 17iPhone 17 ProiPhone 17 Pro MaxiPhone Air
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Apple lancar siri iPhone 17 & iPhone Air nipis, diperkasa cip A19 Pro & kamera depan Center Stage

Apple lancar siri iPhone 17 & iPhone Air nipis, diperkasa cip A19 Pro & kamera depan Center Stage

10 September 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER