• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:57 pm
  • 23/09/2025
  • Komen
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia boleh menikmati harga petrol RON95 lebih murah pada RM1.99 seliter mulai 30 September di bawah inisiatif BUDI Madani RON95 (BUDI95). Harga RM1.99 seliter ini terpakai untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan, tetapi memerlukan MyKad berfungsi dan lesen memandu yang sah.

Kalau tak nak susah-susah keluarkan MyKad setiap kali isi minyak, TNG eWallet juga memperkenalkan ciri BUDI95 dalam aplikasi yang membolehkan anda untuk membeli RON95 dengan hanya mempamerkan kod QR sahaja. Yang menarik, ia boleh digunakan di semua stesen minyak di Malaysia.



Cara guna BUDI95 di TNG eWallet

Berikut adalah cara untuk gunakan ciri BUDI95 di TNG eWallet:

  • Buka TNG eWallet, tekan “BUDI95” atau cari di menu “more”.
  • Tekan “Buy Fuel”
  • Pilih stesen minyak (boleh hidupkan lokasi untuk pengesanan lokasi stesen automatik)
  • Masukkan nombor pam dan jumlah minyak yang nak dibeli.
  • Sahkan pesanan dan buat pembayaran dalam aplikasi.
  • Kod QR akan dipaparkan untuk diimbas di kaunter stesen.
  • Isi petrol RON95 seperti biasa.

Perlu diketahui bahawa kod QR sah selama 10 minit sahaja. Jika mahu isi penuh, masukkan jumlah lebih tinggi. Baki yang tidak digunakan akan dikembalikan ke eWallet secara automatik.



Selain itu, pengguna juga boleh mendapat mata GOrewards untuk setiap transaksi RON95.

Berbeza dengan Setel, kaedah ini masih memerlukan anda ke kaunter, tetapi tetap lebih cepat kerana tidak perlu tunjuk MyKad dan buat pembayaran manual.

Kalau di stesen Petronas, anda boleh guna aplikasi mini Setel yang sudah diintegrasikan ke dalam TNG eWallet sejak Jun, dan ini membolehkan anda aktifkan pam terus tanpa ke kaunter.

Semak kelayakan & baki kuota BUDI95

Alikasi mini BUDI95 dalam TNG eWallet juga akan menunjukkan sama ada anda layak untuk RM1.99 seliter dan baki kuota bahan api bersubsidi. Untuk alternatif, rakyat Malaysia juga boleh semak kelayakan secara online di BudiMadani.gov.my, yang akan tersedia pada 25 September.

Setiap rakyat Malaysia yang layak akan diberikan kuota bulanan 300 liter. Pemandu eHailing dikecualikan dari had 300L dan boleh memohon kuota lebih tinggi. Pelaksanaan penuh BUDI95 akan bermula pada hari Selasa, 30 September 2025, namun:

  • Polis & tentera boleh akses lebih awal pada Sabtu, 27 September.
  • Golongan B40 (penerima STR) boleh akses awal mulai Ahad, 28 September 2025.

Seperti yang dijelaskan oleh Menteri Kewangan II baru-baru ini, rakyat Malaysia boleh membeli RON95 bersubsidi tanpa had harian.

Cara sahkan TNG eWallet dengan eKYC

Untuk menggunakan ciri BUDI95 dalam TNG eWallet bagi menikmati petrol bersubsidi ini, anda perlu melengkapkan proses eKYC terlebih dahulu. Ini ialah proses pengesahan digital untuk memastikan anda warganegara Malaysia, dan ia memerlukan anda mengambil gambar MyKad serta selfie.

Cara lengkapkan eKYC:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet dan ketik pada profil anda di penjuru atas kanan.
  2. Pilih Account Verification, kemudian ketik Verify Account.
  3. Di bahagian ID Type, pilih MyKad.
  4. Imbas bahagian hadapan MyKad anda.
  5. Ambil selfie.
  6. Isi maklumat tambahan yang diperlukan dan tekan Submit.

Menurut TNG eWallet, proses eKYC biasanya disiapkan serta-merta. Namun, jika maklumat tambahan diperlukan, ia mungkin mengambil masa hingga 7 hari bekerja.

Tags: BUDI95eWalletsubsidiSubsidi RON95tng ewallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER