• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kummute lancar CB Taxi: Tempah teksi Malaysia–Singapura terus dari aplikasi

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:43 pm
  • 02/10/2025
  • Komen
Kummute lancar CB Taxi: Tempah teksi Malaysia–Singapura terus dari aplikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Kummute, platform yang sebelum ini menawarkan perkhidmatan Kumpool dan Kumride, kini melancarkan CB Taxi. Ia adalah perkhidmatan teksi rentas sempadan (Cross-Border) antara Malaysia dan Singapura yang boleh ditempah terus dari aplikasi.

Sebelum ini, rentas sempadan dengan menaiki teksi berlesen agak leceh kerana pengguna perlu tempah secara manual, sama ada di kaunter fizikal atau terus hubungi pemandu melalui telefon. Dengan CB Taxi dalam aplikasi Kummute, semuanya jadi lebih mudah kerana anda boleh buat tempahan secara digital, tanpa perlu beratur, malah bayaran juga dibuat terus dalam aplikasi.



CB Taxi menggunakan teksi rentas sempadan berlesen sedia ada, termasuk sedan 4 tempat duduk dan MPV 6 tempat duduk. Setakat ini, Malaysia dan Singapura masing-masing mengeluarkan 200 permit rasmi untuk operasi. Menurut Kummute, semua pemandu dalam platform mereka adalah pemandu sah yang berlesen di bawah APAD Malaysia.

Di bawah fasa pertama, CB Taxi digitalisasikan proses tempahan untuk aplikasi, tetapi masih kekalkan lokasi sedia ada yang diguna untuk teksi rentas sempadan. Teksi Malaysia boleh ambil penumpang dari mana-mana lokasi di Malaysia, tapi hanya boleh turunkan di Ban San Street, Singapura. Manakala, Teksi Singapura boleh ambil penumpang dari mana-mana lokasi di Singapura, tapi hanya boleh turunkan di Terminal Larkin, Johor Bahru.



Namun begitu, buat masa ini, tempahan dalam aplikasi hanya tersedia untuk perjalanan dari Malaysia ke Singapura. Perjalanan dari Singapura ke Malaysia akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Untuk fasa kedua, Kummute merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan pintu-ke-pintu yang lebih lancar, dengan integrasi di Larkin dan Ban San Street bagi memudahkan proses pertukaran teksi rentas sempadan tanpa perlu buat dua tempahan berasingan.

Cara tempah CB Taxi di Kummute

Nak cuba CB Taxi? Caranya mudah:

  1. Muat turun aplikasi Kummute dari Google Play Store atau  Apple App Store.
  2. Pilih Book a CB Taxi dan tekan Book New Trip.
  3. Pilih arah perjalanan (SG Taxi atau MY Taxi) dan masukkan alamat pick-up/drop-off.
  4. Anda boleh tempah slot seawal 30 minit hingga 2 hari lebih awal.
  5. Setelah pemandu sahkan tempahan, butiran akan dipaparkan dalam aplikasi.

Pengguna boleh batalkan tempahan, tetapi wang tidak akan dipulangkan jika batal kurang 12 jam sebelum masa tempahan.

Harga tambang CB Taxi antara Malaysia dan Singapura

Harga CB Taxi dikira berdasarkan jarak perjalanan, termasuk caj tempahan RM25 (MY Taxi) atau SGD 8 (SG Taxi). Sebagai rujukan:

Dari Malaysia ke Singapura

  • Terminal Larkin → Ban San Street: RM198.59
  • Lapangan Terbang Senai → Ban San Street: RM217.80
  • JPO (Kulai) → Ban San Street: RM219.40
  • Kuala Lumpur → Ban San Street: RM747
  • Melaka → Ban San Street: RM435.69
  • Perlis → Ban San Street: RM1,505.40

Dari Singapura ke Malaysia (akan datang)

  • Ban San Street → Johor Bahru: SGD 68 (~RM222.23)
  • Changi Airport → Larkin: SGD 128 (~RM418.32)
  • Marina Bay Sands → Larkin: SGD 88 (~RM287.60)

Kaedah pembayaran CB Taxi

Dari segi pembayaran, aplikasi Kummute menyokong bayaran perbankan dalam talian melalui FPX yang meliputi semua bank utama di Malaysia. Selain itu, pengguna juga boleh bayar menggunakan kad kredit/debit, serta eWallet seperti Alipay, GrabPay, ShopeePay, TNG eWallet, WeChat Pay dan Boost.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari CB Taxi di laman web Kummute.

Tags: CB TaxiKummuteKumpoolKumridesingapurateksi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Kummute lancar CB Taxi: Tempah teksi Malaysia–Singapura terus dari aplikasi

Kummute lancar CB Taxi: Tempah teksi Malaysia–Singapura terus dari aplikasi

2 October 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER