• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Cyclops mungkin pilihan Apple untuk rekaan iPhone XI

  • OLEH Najib
  • 1:03 pm
  • 01/02/2019
  • Komen
Cyclops mungkin pilihan Apple untuk rekaan iPhone XI
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, satu rekaan prototaip dikatakan menjadi calon untuk rupa iPhone XI. Tetapi kini tersebar satu lagi rekaan lain, yang dikatakan lebih kuat dipilih sebagai calon iPhone XI.

Laman web CompareRaja menyatakan maklumat yang mereka perolehi, bahawa Apple akan memilih rekaan Cyclops, ataupun mata satu untuk iPhone XI. Ia mendapat gelaran Cyclops kerana kedudukan kamera di ubah ke tengah menjadi simetri. Ia adalah kamera tiga lensa, dengan LED Flash berbentuk cincin di lensa tengah.



Bukan ini sahaja, CompareRaja turut berkongsi maklumat lain berkenaan telefon ini. Antaranya terdapat tiga warna iPhone XI iaitu Silver, Gold dan Space Grey. Warna biru mungkin akan turut serta bergantung pada permintaaan pasaran.

Telefon ini akan memiliki paparan yang sama dengan iPhone XS iaitu 5.8-inci dari jenis OLED dengan resolusi Super Retina HD. Tetapi ia mungkin akan memiliki bingkai lebih nipis dan takuk lebih kecil. Ia turut mengekalkan kekalisan air IP68.



Untuk bateri pula, dikatakan ia akan memuatkan 4,000mAh di dalam dan kali ini, Apple mungkin akan bertukar ke sambungan USB-C berbanding port Lightning. Saiz bateri ini kelihatan sangat besar untuk telefon dengan skrin 5.8-inci.

Jika benar, maka Apple berjaya mencipta satu inovasi untuk kapasiti besar bateri dalam saiz telefon lebih kecil. Manakala penggunaan USB-C mungkin menuruti langkah yang diambil di iPad Pro.

Apple juga dikatakan tidak akan memasang rangkaian 5G ke dalam iPhone tahun ini, dan ini tidak mengejutkan. Apple sering menjadi yang terakhir memperkenalkan rangkaian baru dalam telefon pintar, menantikan ia stabil dan pasaran menjadi lebih matang.

[Sumber: CompareRaja]

Tags: appleiPhone XI
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Cyclops mungkin pilihan Apple untuk rekaan iPhone XI

Cyclops mungkin pilihan Apple untuk rekaan iPhone XI

1 February 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER