• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 10 VII tiba di Malaysia dengan skrin 120Hz & cip Snapdragon 6 Gen 3

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:02 pm
  • 04/11/2025
  • Komen
Sony Xperia 10 VII tiba di Malaysia dengan skrin 120Hz & cip Snapdragon 6 Gen 3
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar kelas pertengahan terbaru Sony, Xperia 10 VII, kini rasmi dilancarkan di Malaysia. Pertama kali diumumkan pada September lalu, model ini merupakan naik taraf kepada Xperia 10 VI, hadir dengan beberapa peningkatan kecil pada spesifikasi serta rekaan baharu yang kini tampil dengan gaya menyerupai Google Pixel.

Harga Sony Xperia 10 VII di Malaysia

Seperti biasa, terdapat hanya satu varian yang ditawarkan untuk Sony Xperia 10 VII di Malaysia dan berikut adalah harga jualan rasmi:



  • Sony Xperia 10 VII (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,199

Sebagai perbandingan, harganya masih kekal sama seperti generasi sebelumnya. Xperia 10 VII ditawarkan dalam tiga warna, putih, hijau dan hitam. Bagi yang berminat, ia kini boleh didapati melalui stor dalam talian Sony atau Lazada.

Spesifikasi Sony Xperia 10 VII

Sony masih mengekalkan skrin OLED bersaiz 6.1″ untuk model baharu ini, tetapi dengan nisbah baharu lebih lebar 19.5:9 berbanding 21:9 di model sebelumnya. Skrinnya juga kini lebih pantas menyokong kadar segar semula 120Hz serta resolusi 2340×1080 piksel. Melapisi skrin ini adalah kaca Corning Gorilla Glass Victus 2.



Rekaan skrin juga masih mengekalkan bezel tebal di bahagian atas dan bawah, di mana turut menempatkan speaker stereo yang menembak ke depan. Turut disertakan adalah jek audio 3.5mm di atas telefon, dan menariknya Sony dah tambah satu butang “shutter” baharu untuk keperluan menangkap gambar.

Dari segi prestasi, ia dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Jika memerlukan lebih ruang, ia masih menawarkan slot kad microSD yang menyokong kapasiti tambahan sehingga 2TB.

Beralih ke bahagian kamera, Xperia 10 VII dilengkapi sistem dwikamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.8 (sensor 1/1.56”) dengan OIS, serta kamera ultra lebar 13MP f/2.4 (sensor 1/3.0”). Untuk swafoto pula, ia mengekalkan kamera hadapan 8MP f/2.0.

Untuk sambungan, peranti ini menyokong WiFi 6e (802.11ax), Bluetooth 5.4, serta rangkaian 5G. Xperia 10 VII dibekalkan bateri 5,000mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga dua hari, dengan sokongan pengecasan berwayar USB-PD.

Xperia 10 VII turut menyokong fungsi Circle to Search, dan Sony menjanjikan sokongan kemas kini Android selama 4 generasi serta kemas kini keselamatan selama 6 tahun. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Sony Xperia 10 VII.

Tags: SonySony MalaysiaSony Xperia 10 VIIXperia 10 VII
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Sony Xperia 10 VII tiba di Malaysia dengan skrin 120Hz & cip Snapdragon 6 Gen 3

Sony Xperia 10 VII tiba di Malaysia dengan skrin 120Hz & cip Snapdragon 6 Gen 3

4 November 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER