• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google aktifkan sokongan AirDrop untuk perkongsian fail antara Android dan iPhone

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:41 pm
  • 21/11/2025
  • Komen
Google aktifkan sokongan AirDrop untuk perkongsian fail antara Android dan iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Android dan iPhone kini boleh menikmati pengalaman perkongsian fail yang lebih mudah. Ini selepas Google mengumumkan bahawa Quick Share kini serasi dengan AirDrop, sekaligus membolehkan penghantaran fail lebih lancar merentasi dua sistem operasi berbeza.

Dengan kemas kini baharu ini, pengguna Android boleh terus hantar gambar atau fail terus ke iPhone melalui Quick Share, manakala pengguna iPhone boleh menggunakan AirDrop untuk menghantar fail ke peranti Android secara natif, tanpa perlu aplikasi pihak ketiga. Ciri ini mula ditawarkan hari ini bermula dengan siri Google Pixel 10.



Menurut Google, ciri ini dibangunkan dengan mengambil kira aspek keselamatan bagi memastikan data pengguna dilindungi dengan perlindungan kukuh, selain turut diuji secara bebas oleh pakar keselamatan. Mereka berkata ini adalah satu lagi usaha untuk membawa keserasian yang lebih baik antara sistem operasi, selepas pengenalan Rich Communication Services (RCS) dan unknown tracker alerts.

Tambahan pula, Google menyatakan mereka bakal menambah baik pengalaman dan akan meluaskan sokongan ke lebih banyak peranti Android pada masa akan datang.



Quick Share ke iPhone buat masa ini hanya sokong “Everyone 10 minutes”

Ciri baharu ini nampaknya diaktifkan sendiri oleh Google tanpa sebarang penglibatan daripada Apple. Berbeza dengan pengumuman kerjasama sebelum ini, Apple langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kebolehan perkongsian fail merentas platform ini.

Google menjelaskan bahawa ciri ini tidak menggunakan sebarang kaedah pintas. Sambungannya adalah terus, secara peer-to-peer. Bila anda menghantar fail, data tidak akan melalui mana-mana pelayan dan tiada log atau perkongsian data tambahan berlaku.

Untuk berkongsi fail menggunakan Quick Share daripada Android ke iPhone, penerima perlu menetapkan AirDrop iPhone mereka kepada “Everyone for 10 minutes”.

Google turut menambah bahawa pelaksanaan awal yang memerlukan mod “Everyone for 10 minutes” ini hanyalah langkah pertama. Mereka terbuka untuk bekerjasama dengan Apple bagi mengaktifkan mod “Contacts Only” pada masa akan datang.

Semasa kami mencuba pindahan fail antara Google Pixel 10 dan iPhone 17, ciri merentas platform ini masih belum berfungsi di Malaysia. Nampaknya ia sedang diperkenalkan secara berfasa memandangkan ia sudah tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat.

[Sumber: Google]

Tags: androidGoogleiphonequick share
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Google aktifkan sokongan AirDrop untuk perkongsian fail antara Android dan iPhone

Google aktifkan sokongan AirDrop untuk perkongsian fail antara Android dan iPhone

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER