• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Orangutan, menguap, payung terjun, simbol terbaru dalam emoji 12.0

  • OLEH Najib
  • 1:34 pm
  • 07/02/2019
  • Komen
Orangutan, menguap, payung terjun, simbol terbaru dalam emoji 12.0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak 59 emoji baru diluluskan untuk kegunaan pada tahun 2019. Ia berjumlah 75 emoji baru apabila dibezakan jantina, dan berjumlah 230 emoji baru yang berbeza warna kulit. Perkara ini diumumkan oleh Unicode untuk dimuatkan ke dalam Emoji 12.0.

Pembangun aplikasi dan perisian, boleh mendapatkan fail berkaitan, dokumentasi teknikal dan carta kemaskini emoji terbaru ini di dalam laman web Unicode.



Antara fokus utama dalam kemaskini Emoji 12.0 ialah Orang Kelainan Upaya atau OKU. Emoji OKU banyak ditambah ke dalam Emoji 12.0 antaranya seperti kerusi roda manual dan automatik, alat bantu pendengaran, tongkat, lengan robotik, anjing pembantu dan banyak lagi.

Semua emoji manusia ini terbahagi kepada perbezaan jantina dan kulit warna. Bagaimanapun, masih ada dua jantina sahaja dalam emoji, lelaki dan perempuan.



Bagi binatang pula, antara emoji yang baru diperkenalkan adalah burung flamingo, memerang dan orang utan.

Untuk simbol sedia ada, beberapa darinya menerima warna baru. Simbol hati kini ditambah warna putih dan coklat. Manakala simbol petak dan bulat, menerima lebih banyak warna warni.

Emoji baru ini dijangka tiba di sistem operasi telefon pintar seawal September 2019. Ia mungkin kelihatan lebih awal di platform lain.

Maklumat lanjut tentang Emoji 12.0 untuk tahun 2019 ini boleh dirujuk di laman web Unicode.

[Sumber: Emojipedia]

Tags: EmojiEmoji 12
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Orangutan, menguap, payung terjun, simbol terbaru dalam emoji 12.0

Orangutan, menguap, payung terjun, simbol terbaru dalam emoji 12.0

7 February 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN