• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KLIA uji sistem laluan hijau dan merah bagi percepatkan pelepasan kastam

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:23 pm
  • 26/01/2026
  • Komen
KLIA uji sistem laluan hijau dan merah bagi percepatkan pelepasan kastam
Share on FacebookShare on Twitter

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kini memperkenalkan sistem laluan hijau dan merah untuk mempercepatkan pelepasan kastam selepas bahagian pengambilan bagasi.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata langkah ini bertujuan mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan aliran penumpang ketibaan antarabangsa di lapangan terbang tersebut.



Sistem baharu ni akan dijalankan sebagai percubaan selama sebulan bermula hari ini, 26 Januari hingga 26 Februari 2026. Sistem ini selari dengan pendekatan yang digunakan di beberapa negara lain untuk melancarkan proses pelepasan kastam penumpang.

Melalui sistem ini, penumpang yang tidak membawa sebarang barangan untuk diisytiharkan boleh terus melalui lorong hijau bagi keluar dengan lebih pantas, tanpa perlu menjalani pemeriksaan imbasan X-ray. Sementara itu, penumpang yang membawa barangan kena duti, barang larangan, barang terhad, atau tidak pasti sama ada barang mereka dibenarkan masuk ke negara, boleh pergi ke lorong merah untuk pemeriksaan kastam.



Menurut Menteri, terdapat tiga lorong keluar selepas kawasan tuntutan bagasi, yang terdiri daripada dua lorong hijau dan satu lorong merah bagi mengasingkan aliran penumpang dengan lebih teratur.

Walaupun sistem ini bertujuan melancarkan pergerakan penumpang, Anthony Loke menegaskan bahawa ia tidak akan menjejaskan keselamatan negara. Pegawai penguat kuasa daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) akan terus menjalankan pemeriksaan rawak, selain menggunakan risikan risiko dan data manifes penerbangan bagi mengenal pasti penumpang berisiko tinggi untuk diarahkan ke lorong merah.

Sekiranya pelaksanaan sistem lorong hijau dan merah ini menunjukkan keberkesanan, kerajaan bercadang untuk memperluaskannya ke KLIA Terminal 2, serta ke lapangan terbang antarabangsa lain seperti Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Bagi memudahkan penumpang, papan tanda yang jelas juga telah dipasang bagi membezakan lorong hijau dan lorong merah. Selain itu, paparan LED juga akan ditambah pada fasa seterusnya untuk memberikan panduan yang lebih jelas kepada pengguna.

[Sumber, Sumber gambar]

Tags: Anthony LokekastamKLIAlapangan terbangTerminal 1 KLIA
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

KLIA uji sistem laluan hijau dan merah bagi percepatkan pelepasan kastam

KLIA uji sistem laluan hijau dan merah bagi percepatkan pelepasan kastam

26 January 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN