• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa maksud petunjuk misteri dari Honor Malaysia ini?

  • OLEH Najib
  • 4:55 pm
  • 11/02/2019
  • Komen
Apa maksud petunjuk misteri dari Honor Malaysia ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia menerusi Facebooknya berkongsi satu gambar yang agak misteri. Gambar tersebut disertakan kata-kata bermaksud, adakah anda sudah bersedia untuk melepasi batasan? Ia juga menyatakan tentang sesuatu yang baru akan datang.

Sebenarnya perkara ini bukan susah untuk ditafsirkan. Ia merujuk kepada telefon pintar Honor 8X yang telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober tahun lepas. Ia dapat dilihat dari tanda besar X di tengah gambar, di samping tema Going Beyond Limits yang telah sekian lama digunakan oleh Honor 8X.



Ia juga bukanlah Honor 8X Max kerana 8X Max memiliki takuk kecil titisan air sedangkan gambar ini menunjukkan takuk besar yang sama dimiliki oleh Honor 8X. Persoalannya sekarang, apakah yang akan datang tak lama lagi?

Jawapannya terletak pada warna bingkai di dalam gambar. Ia seakan-akan warna Twilight yang dipopularkan oleh Huawei P20 Pro, iaitu warna gradien ungu ke biru. Honor 8X di Malaysia buat masa ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Hitam, Biru dan Merah. Bermakna, warna gradien ini adalah warna baru yang akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.



Untuk Honor 8X, warna gradien ini dipanggil sebagai warna Phantom Blue. Warna ini telah diumumkan di peringkat antarabangsa awal tahun ini tetapi masih belum dijual. Malaysia mungkin menjadi pasaran pertama menerima Honor 8X Phantom Blue.

Adakah anda berminat dengan warna baru ini? Honor 8X adalah peranti yang sesuai untuk mereka yang perlukan storan besar dengan prestasi kelas pertengahan di bawah RM1,000. Di Malaysia, Honor 8X dijual pada harga RM949 sahaja dan ia memiliki ciri-ciri seperti pemproses Kirin 710, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia menyokong kad mikroSD sehingga 400GB.

Skrin Honor 8X seluas 6.5-inci, HD Penuh dengan takuk di dahi. Kameranya dwi-lensa 12MP+2MP di belakang, dan 16MP di hadapan. Baterinya sebesar 3,750mAh dan dicas melalui port mikroUSB.

Honor Malaysia tidak menyatakan bilakah ia akan mula dijual tetapi mengikut kebiasaan, mereka akan menjual dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas memberi petunjuk tentang sesuatu perkara baru. Harganya juga dijangka tidak akan berubah, kekal pada RM949.

Tags: honorhonor 8X
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Apa maksud petunjuk misteri dari Honor Malaysia ini?

Apa maksud petunjuk misteri dari Honor Malaysia ini?

11 February 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER