• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 10a dilancar, masih guna Tensor G4, harga dari RM2,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:22 pm
  • 19/02/2026
  • Komen
Google Pixel 10a dilancar, masih guna Tensor G4, harga dari RM2,299
Share on FacebookShare on Twitter

Google kini secara rasmi memperkenalkan Pixel 10a, telefon pintar terbaharu dalam siri Pixel A yang menggantikan Pixel 9a yang diumumkan Mac tahun lalu. Bagi mereka yang mengharapkan perubahan besar, mungkin akan sedikit kecewa kerana kemaskini kali ini agak minimum dengan kebanyakan aspek kekal sama seperti pendahulunya, cuma dengan beberapa peningkatan kecil sahaja.

Harga dan ketersediaan Google Pixel 10a

Google Pixel 10a ditawarkan dalam dua varian, dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Pixel 10a 128GB – RM2,299
  • Pixel 10a 256GB – RM2,799

Pixel 10a kini sudah boleh dipratempah dan akan mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula 5 Mac 2026. Ia boleh didapati menerusi Google Store, serta pengedar utama seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Senheng, Urban Republic dan TMT.

Sebagai perbandingan, model baharu ini jauh lebih murah berbanding Pixel 9a yang dijual bermula RM2,699 untuk storan 128GB.



Spesifikasi Google Pixel 10a

Dari segi perkakasan, Pixel 10a hampir tidak berubah langsung berbanding Pixel 9a. Ia dikuasakan cip Tensor G4, bukan Tensor G5 yang digunakan pada model Pixel 10 yang lebih tinggi. Cip tersebut dipadankan dengan RAM 8GB dan pilihan storan dalaman sama ada 128GB atau 256GB, konfigurasi yang sama dengan generasi terdahulu.

Skrin juga kekal tidak berubah. Pixel 10a menggunakan paparan Actua Display bersaiz 6.3 inci jenis pOLED dengan resolusi 1080 x 2424 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Walau bagaimanapun, terdapat satu peningkatan, kecerahan puncak kini meningkat kepada 3,000 nits berbanding 2,700 nits pada model sebelumnya. Skrin juga kini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i, naik taraf daripada Gorilla Glass 3 sebelum ini.

Dari segi reka bentuk luaran, Pixel 10a mengekalkan rekaan yang sama dengan model sebelumnya, sisi rata dengan modul kamera belakang yang kini rata sepenuhnya. Google turut mengatakan bahawa Pixel 10a adalah model siri A yang paling banyak menggunakan bahan kitar semula setakat ini, termasuk penggunaan kobalt, tembaga, emas dan tungsten.

Bingkai aluminium telefon ini menggunakan 100% bahan kitar semula dengan kemasan satin, manakala penutup belakang diperbuat daripada 81% plastik kitar semula. Ia juga masih menyokong penarafan IP68 untuk rintangan terhadap air dan habuk.

Salah satu penambahbaikan ketara adalah sokongan pengecasan pantas 45W, naik daripada 23W pada model terdahulu dan pengecasan wayarles ditingkatkan kepada 10W. Namun begitu, kapasiti bateri kekal sama pada 5,100mAh. Google mendakwa hayat baterinya boleh mencapai lebih 30 jam, atau sehingga 120 jam dengan mod jimat tenaga diaktifkan. Perlu diingat bahawa kepala pengecas tidak disertakan dalam kotak dan perlu dibeli berasingan.

Di bahagian pengimejan, juga tiada perubahan. Pixel 10a masih menggunakan tetapan kamera yang sama iaitu sensor utama 48MP, kamera ultralebar 13MP dan kamera hadapan 13MP. Telefon ini turut menyokong ciri Super Res Zoom sehingga 8x, serta Auto Best Tak dan Camera Coach.

Sejurus keluar kotak, Pixel 10a akan menjalankan sistem operasi Android 16, lengkap dengan jaminan kemas kini OS dan keselamatan selama tujuh tahun.Satu ciri baharu yang turut diperkenalkan ialah Satellite SOS, iaitu buat pertama kali ditawarkan pada model siri Pixel A, membolehkan pengguna berhubung dengan perkhidmatan kecemasan walaupun tiada Wi-Fi atau sambungan selular walaupun ciri ini tidak tersedia di Malaysia.

Selain itu, Pixel 10a turut menyokong Circle to Search, serta ciri panggilan seperti Call Screen dan Hold For Me yang membantu menapis panggilan spam dan mengurus panggilan dengan lebih mudah.

Pixel 10a ditawarkan dalam empat pilihan warna termasuk ungu, merah, hitam dan putih. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Google Pixel 10a.

Tags: Googlegoogle malaysiaGoogle Pixel 10aPixel 10a
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Google Pixel 10a dilancar, masih guna Tensor G4, harga dari RM2,299

Google Pixel 10a dilancar, masih guna Tensor G4, harga dari RM2,299

19 February 2026
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER