• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:12 pm
  • 20/02/2026
  • Komen
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia kini memperkenalkan Xiaomi TV Stick 4K generasi kedua, peranti penstriman kompak yang membolehkan hampir mana-mana TV dengan port HDMI bertukar menjadi Google TV.

Menariknya, walaupun hadir dengan peningkatan prestasi dan sambungan lebih pantas, harga jualannya masih kekal sama seperti model generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2022.



Tidak seperti kotak TV Android lain, peranti ini hadir dalam bentuk stik yang lebih mudah dibawa ke mana-mana, menjadikannya sesuai untuk kegunaan ketika travel. Untuk menggunakannya, anda hanya perlukan TV atau monitor dengan port HDMI, sambungan WiFi, dan sumber kuasa USB.

Harga Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 di Malaysia

Xiaomi TV Stick 4K generasi kedua ditawarkan pada harga rasmi RM219 di Malaysia dan kini sudah boleh didapati di Malaysia. Anda boleh membuat pembelian menerusi kedai rasmi di Shopee, Lazada dan Mi.com.



Spesifikasi Xiaomi TV Stick 4K Gen-2

Xiaomi TV Stick 4K generasi kedua menjalankan sistem operasi Google TV, dan menyokong output resolusi sehingga 4K, lengkap dengan sokongan format visual premium seperti Dolby Vision dan HDR10+ untuk pengalaman tontonan yang lebih jelas dan imersif.

Dari segi prestasi, ia dikuasakan cip baharu berasaskan proses 6nm, dengan CPU empat teras Cortex-A55 berkelajuan 2.5GHz serta GPU ARM G310 V2. Sama seperti model sebelumnya, ia dilengkapi dengan RAM 2GB dan storan dalaman 8GB.

Menurut Xiaomi, model generasi kedua ini menawarkan peningkatan prestasi yang ketara, dengan prestasi CPU sehingga 80% lebih pantas dan prestasi GPU sehingga 150% lebih baik berbanding Xiaomi TV Stick 4K generasi pertama.

Sejurus keluar dari kotak, peranti ini sudah diprapasang dengan beberapa aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Amazon Prime Video dan YouTube. Pengguna juga boleh memuat turun lebih banyak aplikasi dan platform penstriman lain melalui tab Apps di Google TV.

Dari segi sambungan tanpa wayar, ia menyokong WiFi 6 dan Bluetooth 5.2 untuk sambungan yang lebih stabil dan pantas. Selain itu, ia juga menyokong Google Cast, membolehkan anda menstrim kandungan terus dari telefon pintar, tablet atau komputer ke TV dengan mudah.

Xiaomi turut menyertakan alat kawalan jauh Bluetooth, lengkap dengan butang pintasan khas untuk Netflix, Prime Video dan YouTube, bagi memudahkan akses pantas ke aplikasi penstriman kegemaran anda.

Tags: Googlegoogle tvxiaomixiaomi malaysiaXiaomi Stick 4KXiaomi Stick 4K 2026
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN