• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:50 pm
  • 05/03/2026
  • Komen
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Apple nampaknya tidak berhenti melancarkan produk baru minggu ini. Selepas iPhone 17e, MacBook Air dan MacBook Pro baharu, Apple memperkenalkan sebuah lagi peranti baru iaitu MacBook Neo. Ia menjadi model MacBook paling mampu milik setakat ini.

Dengan harga bermula hanya RM2,499, MacBook Neo dijual lebih RM2,000 lebih murah berbanding MacBook Air yang dikuasakan cip M5. Ia juga hadir dalam empat pilihan warna menarik.



Walaupun berada dalam kategori lebih mampu milik, MacBook Neo masih menjalankan macOS dan mengekalkan beberapa ciri utama MacBook seperti paparan Liquid Retina, Magic Keyboard dan hayat bateri sepanjang hari.

Harga MacBook Neo di Malaysia

Berikut adalah harga rasmi MacBook Neo di Malaysia:



  • MacBook Neo (8GB RAM + 256GB storan) – RM2,499
  • MacBook Neo (8GB RAM + 512GB storan + Touch ID) – RM2,899

MacBook Neo juga boleh didapatkan dengan harga pendidikan, dengan model 256GB dijual pada RM2,099, manakala versi 512GB pula berharga RM2,499.

MacBook Neo ditawarkan dalam empat warna iaitu Silver, Blush, Citrus dan Indigo. Dalam kotak, Apple menyertakan kabel USB-C dan pengecas USB-C 20W.

Spesifikasi dan ciri MacBook Neo

Dari segi reka bentuk, MacBook Neo menggunakan binaan aluminium dengan bucu membulat. Beratnya sekitar 1.23kg, iaitu sama seperti MacBook Air 13 inci.

Ia dilengkapi skrin Liquid Retina 13″ dengan resolusi 2408×1506 serta kecerahan sehingga 500 nits. Namun, memandangkan ia model lebih mampu milik, paparan ini hanya menyokong cakupan warna sRGB dan tidak menawarkan Wide Colour P3 atau True Tone seperti yang terdapat pada MacBook Air.

MacBook Neo dikuasakan cip Apple A18 Pro, iaitu cip yang sama digunakan pada iPhone 16 Pro. Cip ini hadir dengan CPU 6-teras dan GPU 5-teras. MacBook Neo hanya ditawarkan dengan RAM 8GB dengan bandwidth memori sekitar 60GB/s, yang lebih rendah berbanding MacBook Air dengan cip M5. Untuk storan pula, pengguna boleh memilih antara 256GB atau 512GB SSD.

Untuk panggilan video, MacBook Neo dilengkapi kamera FaceTime HD 1080p. Dari segi audio, ia menggunakan pembesar suara stereo dengan sokongan Spatial Audio, dua mikrofon dan bicu audio 3.5mm. Namun berbeza dengan model MacBook yang lebih premium, Neo tidak menyokong Spatial Audio dengan dynamic head tracking apabila menggunakan AirPods yang serasi.

Papan kekunci yang digunakan ialah Magic Keyboard dengan warna sepadan dengan badan laptop, tetapi ia tidak mempunyai lampu latar. Touch ID juga ada, tapi hanya tersedia pada model 512GB. Pad sesentuhnya pula menyokong pelbagai gerakan sentuhan, namun tidak menawarkan maklum balas haptik seperti model MacBook yang lebih mahal.

MacBook Neo menggunakan bateri 36.5Wh, yang menurut Apple mampu menawarkan sehingga 16 jam penstriman video dan sekitar 11 jam pelayaran web tanpa wayar. Dari segi sambungan tanpa wayar, MacBook Neo menyokong WiFi 6E dan Bluetooth 6, manakala port fizikalnya terdiri daripada dua port USB-C api hanya satu menyokong USB 3, manakala satu lagi hanya USB 2.

MacBook Neo menggunakan bateri 36.5Wh, yang menurut Apple mampu menawarkan sehingga 16 jam penstriman video dan sekitar 11 jam pelayaran web tanpa wayar. Ia boleh dicas menggunakan pengecas USB-C 20W, bermakna pengguna juga boleh menggunakan pengecas yang sama seperti yang digunakan untuk mengecas iPhone.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Apple MacBook Neo.

Tags: appleApple MacBook Neoapple malaysiaMacBookMacBook Neo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN