• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pendaftaran EV Malaysia naik 68% pada Feb 2026 walau TIV menurun

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:51 pm
  • 11/03/2026
  • Komen
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan pada Februari 2026, walaupun jumlah pendaftaran kenderaan keseluruhan merosot. Berdasarkan data JPJ terkini, sebanyak 3,635 unit EV telah didaftarkan pada Februari 2026, peningkatan 68% berbanding 2,160 unit yang dicatatkan pada Februari 2025.

Walaupun penggunaan EV semakin meningkat, jumlah pendaftaran kenderaan secara keseluruhan menurun dengan ketara. Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) jatuh 15.8% berbanding tahun lepas, daripada 67,327 unit pada Februari 2025 kepada 56,690 unit pada Februari 2026. Dengan angka ini, EV kini menyumbang 6.4% daripada semua kenderaan baharu yang didaftarkan pada bulan tersebut.



Hampir 10,000 EV didaftarkan dalam dua bulan

Jika melihat angka setakat tahun ini, pendaftaran EV di Malaysia mencecah 9,874 unit dalam tempoh Januari hingga Februari 2026, lebih 2.5 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dengan jumlah keseluruhan pendaftaran kenderaan baharu mencecah 124,685 unit setakat tahun ini, EV kini menyumbang 7.9% daripada jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan sejak awal 2026. Ini menunjukkan momentum penggunaan EV di Malaysia masih kukuh, walaupun insentif cukai untuk EV import penuh telah tamat pada penghujung 2025.



Walaupun begitu, kenderaan petrol masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dengan 83.9% daripada semua pendaftaran kenderaan baharu dalam dua bulan pertama 2026, walaupun menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 2.17%. Kenderaan hibrid petrol pula mencatatkan pertumbuhan sederhana sebanyak 4.55% pada Februari, manakala pendaftaran kenderaan diesel merosot dengan ketara. Walau bagaimanapun, Green Diesel menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 48.97% berbanding tahun lepas.

30 model EV paling popular di Malaysia – Februari 2026

Dari segi model, Proton terus mendominasi pasaran EV pada Februari 2026 dengan barisan e.MAS mereka menguasai dua tempat teratas. Proton e.MAS 5 mencatat 1,562 unit mengekalkan kedudukan pertama, diikuti Proton e.MAS 7 dengan 240 unit di tempat kedua.

Chery iCaur V23 menduduki tempat ketiga dengan 179 unit, diikuti BYD Atto 3 dengan 169 unit di tempat keempat, dan MG4 di tempat kelima dengan 144 unit. Zeekr 7X pula kekal sebagai model premium paling popular dalam senarai 10 teratas, menduduki tempat keenam dengan 142 unit.

Beberapa nama menarik turut tersenarai, TQ Wuling Bingo naik ke tempat ke-11 dengan 66 unit, manakala Perodua QV-E berjaya mendaftarkan satu unit pada bulan lepas, menjadi pendaftaran pertama mereka bagi 2026. Kia EV9 juga muncul dalam senarai dengan 7 pendaftaran.

30 model EV paling popular di Malaysia – Januari hingga Februari 2026

Bagi dua bulan pertama 2026, Proton e.MAS 5 kekal sebagai EV paling popular di Malaysia dengan 4,630 unit didaftarkan. Zeekr 7X berada di tempat kedua dengan 568 unit, diikuti BYD Atto 3 di tempat ketiga dengan 558 unit. Proton e.MAS 7 pula di tempat keempat dengan 448 unit, manakala iCaur V23 di tempat kelima dengan 447 unit.

Tesla pula masih mencatatkan prestasi yang agak perlahan. Model 3 hanya 195 pendaftaran dan Model Y 125 pendaftaran setakat ini, walaupun tiada kenaikan

20 jenama EV paling popular di Malaysia – Februari 2026

Untuk bulan Februari 2026, Proton kekal sebagai jenama EV nombor satu di Malaysia untuk dua bulan berturut-turut dengan jumlah 1,802 unit didaftarkan pada bulan tersebut. BYD mengikuti di tempat kedua dengan 469 unit, manakala Chery di tempat ketiga dengan 303 unit.

Dalam segmen premium pula, Zeekr mengekalkan kedudukan pertama dengan 191 unit, diikuti Volvo di tempat ke-10 dengan 46 unit dan BMW di tempat ke-11 dengan 32 unit.

Tags: BYDBYD Atto 3CheryEVJPJkenderaan elektrikpendaftaran EVprotonProton e.MAS 5proton e.mas 7Tesla
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Pendaftaran EV Malaysia naik 68% pada Feb 2026 walau TIV menurun

11 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN