• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:07 pm
  • 31/05/2026
  • Komen
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Predator Helios 18 AI, Acer turut mengumumkan dua peranti gaming baharu dalam barisan Nitro, iaitu laptop Acer Nitro 16 yang dikemas kini dan sebuah peranti konsol baharu dikenali sebagai Nitro Blaze Link.

Nitro 16 hadir sebagai naik taraf kepada model sebelumnya dengan cip lebih baharu, paparan lebih pantas dan GPU lebih berkuasa. Sementara itu, Nitro Blaze Link pula membawa pendekatan berbeza sebagai peranti penstriman gaming, seakan konsep yang digunakan oleh PlayStation Portal, dan sama sekali berbeza daripada konsol mudah alih Nitro Blaze 7 yang dilancarkan sebelum ini.



Acer Nitro 16

Nitro 16 baharu ini dikuasakan cip AMD Ryzen 9 9955HX3D, dan menurut Acer, ini menjadikannya laptop gaming pertama mereka yang menggunakan cip tersebut. Cip ini menggunakan teknologi generasi kedua AMD 3D V-Cache untuk prestasi gaming mudah alih yang lebih tinggi. Selain tu, ia juga tersedia dalam pilihan AMD Ryzen 9 9955HX untuk konfigurasi yang lebih rendah.

Dari segi GPU, laptop ini hadir dengan pilihan sehingga NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti Laptop dengan VRAM GDDR7 12GB. Ia turut menyokong RAM sehingga 32GB serta dua slot SSD PCIe Gen 4 yang boleh memuatkan storan sehingga 2TB.



Skrin laptop ini menggunakan panel berukuran 16″ WQXGA (2560×1600), dengan kadar segar semula pantas sehingga 240Hz, masa tindak balas serendah 3ms dan cakupan warna 100% DCI-P3. Sokongan NVIDIA Advanced Optimus dan G-SYNC turut disertakan untuk pengalaman gaming lebih lancar.

Untuk pastikan suhu terjaga semasa sesi gaming berat, Nitro 16 hadir dengan sistem penyejukan dwikipas dengan empat saluran udara ditambah vector heat pipe. Sambungan pada laptop merangkumi:

  • 1x USB-C (USB4)
  • 2x USB-A (USB 3.2 Gen 2)
  • HDMI 2.1
  • Slot mikroSD
  • Jek audio
  • RJ-45
  • WiFi 6E, Bluetooth 5.3, Intel Killer Ethernet E3100G

Laptop ini turut hadir dengan papan kekunci RGB dengan 4-zon dan kamera FHD IR dengan sokongan Acer PurifiedView untuk panggilan video yang lebih jelas. Pengguna juga boleh mengawal prestasi dan sistem melalui perisian Acer NitroSense. Bateri dimuatkan dalam laptop berkapasiti 92Wh dan berat keseluruhan 2.5kg.

Acer Nitro Blaze Link

Nitro Blaze Llink mungkin kelihatan seperti konsol gaming biasa. Tetapi sebenarnya ia merupakan peranti yang direka untuk menstrim permainan terus dari laptop atau PC gaming.

Disebabkan itu, ia tidak dilengkapi cip pemproses berkuasa seperti konsol biasa. sebaliknya hanya dilengkapi RAM 1GB LPDDR4 dan storan eMMC 8GB. Ia menjalankan sistem operasi Linux (Debian) dan menurut Acer, direka untuk berpasangan terus dengan Predator Helios 18 AI atau Nitro 16 melalui sambungan WiFi 6.

Skrin hadapannya berukuran 7″ WUXGA (1920×1200) dengan sokongan sentuhan 5 titik. Dari segi kawalan, ia lengkap dengan semua butang yang anda boleh jangka ada pada sebuah konsol pegang, seperti butang ABXY, D-Pad, joystick kiri dan kanan, butang trigger, bumper, serta butang tambahan sepert Home, Start, Back dan Overlay widget.

Beratnya hanya 464g, dan direka dengan grip ergonomik dan agihan berat yang seimbang untuk penggunaan lebih selesa. Ia menggunakan bateri 18Wh dan dilengkapi dua pembesar suara 2W.

Ketersediaan Acer Nitro 16 dan Nitro Blaze Link

Buat masa ini, harga rasmi untuk Acer Nitro 16 dan Nitro Blaze Link masih belum diumumkan.

Namun, Acer Nitro 16 dijangka mula ditawarkan di Amerika Utara dan EMEA pada Ogos 2026, manakala Nitro Blaze Link pula akan tersedia di Amerika Utara pada suku keempat 2026.

Maklumat mengenai ketersediaan di Malaysia masih belum diumumkan setakat ini

Tags: AcerAcer Malaysiaacer nitro 16Acer Nitro Blaze Link
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN