• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:16 pm
  • 25/06/2026
  • Komen
YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes
Share on FacebookShare on Twitter

Chatbot AI daripada YTL AI Labs, ILMUchat sebenarnya sudah pun boleh digunakan orang ramai sejak beberapa bulan lepas. Tetapi hari ini, syarikat tersebut melancarkannya secara rasmi, di samping memperkenalkan pelan berbayar Pro baharu serta beberapa fungsi tambahan yang menarik.

Sempena pelancaran rasmi ini, YTL AI Labs turut mengumumkan kerjasama strategik dengan syarikat telekomunikasi di bawah naungan mereka, Yes. Melalui kolaborasi ini, akses kepada pelan Pro akan diberikan secara percuma kepada lebih tiga juta pelanggan Yes di seluruh negara.



Bagi mereka yang tidak tahu, ILMUchat merupakan chatbot AI yang dibangunkan khusus untuk pengguna Malaysia. Berbeza dengan chatbot AI lain, ia dibangunkan dengan pemahaman mendalam tentang bahasa, budaya, dan konteks harian. Ia menggunakan model bahasa besar (LLM) mereka sendiri yang dikenali sebagai ILMU.

Dari segi bahasa, chatbot AI ini menyokong Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, termasuk bahasa rojak atau Manglish, dan ia boleh memberikan respons suara dengan loghat tempatan seperti anda berborak dengan kawan. Malah, ILMUchat turut menampilkan antaramuka yang mengutamakan Bahasa Melayu.



Dalam kemas kini terbaharu yang diumumkan, keupayaan ILMUchat telah diperluaskan dengan beberapa ciri baharu. Selain menjana teks untuk menjawab soalan pengguna, ILMUchat kini boleh digunakan untuk menghasilkan slaid pembentangan, poster, serta membangunkan aplikasi ringkas dan game terus chatbot.

Satu lagi fungsi praktikal yang ditambah ialah integrasi perkongsian pantas. Menurut YTL AI Labs, mesej, surat atau dokumen yang dijana boleh terus dihantar ke WhatsApp atau e-mel dengan mudah.

Seperti yang dikatakan awal tadi,ILMUchat kini ditawarkan dalam dua pelan, iaitu pelan percuma Basic dan pelan berbayar Pro yang berharga RM50 sebulan. Pelan Pro menawarkan penggunaan tanpa had untuk ciri seperti penjanaan slaid, poster dan pengaturcaraan, selain akses awal kepada ciri-ciri baharu. Pengguna pelan Basic masih boleh menggunakan ciri-ciri tersebut, namun dengan had penggunaan.

Tetapi yang menariknya, jika anda adalah pelanggan telco Yes, anda boleh menikmati akses pelan ILMUchat Pro secara percuma. Terdapat juga integrasi Single Sign-On (SSO) dalam aplikasi MyYes yang membolehkan pelanggan mengakses ILMUchat menggunakan akaun log masuk yang sama. Bagi orang ramai yang belum menjadi pelanggan Yes tetapi mahu mencuba rangkaian 5G bersama AI tempatan ini, Yes ada menawarkan pek permulaar prabayar Yes 5G Advanced pada harga bermula RM10.

ILMUchat kini sudah boleh diakses secara rasmi melalui pelayar web, atau dengan memuat turun aplikasinya di Apple App Store, Google Play Store, serta menerusi aplikasi MyYes.

Tags: ILMUchatYESyes 5gytlYTL AI Labs
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

25 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN