• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:43 pm
  • 03/07/2026
  • Komen
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan Proton S70 1.5T i-GT Premium sebagai kenderaan rasmi di bawah Program Reformasi Teksi Madani (IMTP). Model ini sebelum ini telah dilancarkan pada Februari lalu dan kini ditawarkan khusus untuk pemandu teksi individu.

Tampil sebagai versi teksi, Proton S70 ini membawa beberapa perubahan ketara yang membezakannya secara total daripada imej teksi tradisional yang biasa kita lihat di jalan raya.



Proton S70 teksi vs teksi sedia ada

Antara kelainan paling utama ialah tiada lagi papan tanda teksi di atas bumbung. Fungsi tersebut kini digantikan dengan paparan digital LED yang diletakkan pada cermin hadapan dan cermin belakang kenderaan. Malah, berbeza dengan teksi tradisional yang sinonim dengan warna merah-putih, pihak kerajaan memutuskan untuk mengekalkan warna rasmi Ruby Red untuk teksi S70 ini.

Selain itu, teksi S70 baharu ini turut menggunakan plat JPJePlate. Sebelum ini, JPJePlate hanya dikhaskan untuk kenderaan sifar emisi seperti kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan sel bahan api hidrogen. Walau bagaimanapun, versi pada teksi S70 ini sedikit berbeza kerana hadir dengan warna kelabu pada bahagian kiri plat berbanding warna hijau, bersama dengan tulisan berwarna merah.



Pada masa yang sama, teksi S70 ini juga menerima siri nombor pendaftaran khas “GET”, yang difahamkan membawa maksud Gabungan E-Hailing dan Teksi. Di bahagian dalam, ia turut dilengkapi dengan sistem meter teksi digital yang lebih moden.

Harga Proton S70 Teksi dan manfaat untuk pemandu

Melalui peruntukan yang ditetapkan dalam Belanjawan 2026, pemandu teksi yang layak bakal menikmati pengecualian duti eksais dan cukai jualan untuk pembelian teksi S70 ini. Ini membolehkan mereka memiliki Proton S70 pada harga yang jauh lebih murah, iaitu sekitar RM64,500 berbanding harga jualan biasa RM74,800 (termasuk rebat pelancaran RM5,000).

Bukan itu sahaja, pemandu teksi juga boleh menikmati sokongan trade-in sehingga RM4,000 menerusi skim Penggantian Kenderaan Lama. Program Transformasi Teksi Madani turut menawarkan beberapa pilihan pembiayaan (pinjaman). Menariknya, tidak kira apa jua pilihan yang diambil, pemandu teksi akan memiliki kenderaan tersebut sepenuhnya, satu perubahan besar berbanding sistem pajak teksi sebelum ini.

Bagi pemandu teksi di luar sana yang berminat untuk menyertai program IMTP atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh menyemak butiran penuh di laman web rasmi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Tags: Anwar IbrahimKerajaan MalaysiaProton S70teksTeksi Madani
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN