• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Plat khas untuk EV Malaysia selepas 9 September 2024, ini info yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:33 am
  • 09/09/2024
  • Komen
Plat khas untuk EV Malaysia selepas 9 September 2024, ini info yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan standard nombor kendaraan baharu yang diberi nama JPJePlate. JPJePlate akan digunakan di semua kenderaan motor tiada pelepasan gas pencemaran (free emission vehicles, FEV) yang didaftarkan selepas 9 September 2024. Itu adalah fasa pelaksaan setakat ini kerana matlamat akhir JPJePlate adalah semua kenderaan bermotor di Malaysia menggunakannya.

Harga JPJePlate untuk EV di Malaysia

JPJePlate boleh didapatkan pada harga RM98 seunit, namun buat masa ini ia hanya dijual melalui saluran http://jpjeplate.jpj.gov.my/ dan hanya penjual kenderaan sahaja boleh mendapatkannya.



Contohnya, siri BYD Seal Premium yang baru saja dilancarkan minggu sudah memasukkan kos nombor plat RM80 di dalam sebut harganya. Tidaklah diketahui sama ada pengedar akan menyerap kos tambahan ini sebagai nilai tambah kepada pengguna ataupun tidak.

Dalam satu set pendaftaran JPJePlate terkandung:



  • JPJePlate depan
  • JPJePlate belakang
  • Pelekat pengenalan berkuasa RFID
  • Skru keselamatan

Buat masa ini, proses pemasangan JPJePlate akan diselesaikan sepenuhnya oleh penjual kenderaan dan bayaran RM98 itu sudah termasuk semuanya. Buat masa ini, pemasangan pelekat pengenalan berkuasa RFID dan skru keselamatan adalah optional sehingga diberitahu kemudian.

Apa itu JPJePlate?

JPJePlate adalah inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jbatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Matlamat utama JPJePlate adalah untuk menyeragamkan reka bentuk nombor plat kepada semua populasi kenderaan motor dan meningkatkan keselamtan di jalan raya.

Menurut MOT, Malaysia berada dalam kategori 5% negara yang masih menggunakan plat akrilik sebagai nombor pendaftaran kenderaan. Ramai yang bersetuju yang plat sedia ada sukar dilihat pada waktu malam dan menyukarkan proses penguatkuasaan dijalankan.

Tambahan pula, plat akrilik terdedah kepada penipuan kerana tidak mengandungi ciri-ciri keselamatan. Jadi, orang yang tidak bertanggungjawab boleh menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk lakukan kesalahan undang-undang.

Itu belum kita ambil kira rekaan nombor plat fancy yang menjadi barah dalam penggunaan motokar di Malaysia.

9 ciri-ciri JPJePlate untuk EV Malaysia

Terdapat sembilan (9) ciri-ciri yang ada pada JPJePlate iaitu:

  • Bendera Malaysia
  • Kod nombor pendaftaran kenderaan antarabangsa dan singkatan untuk negara Malaysia (MAL) yang dicetak timbul (embossed)
  • Warna disebelah kiri plat yang membezakan penggunaan bahan bakar kenderaan. Contoh: warna hijau untuk FEV
  • Jalur holografik
  • Foil anti pemalsuan
  • Tandatangan digital (Kod QR)
  • Nombor siri yang diukir dengan laser
  • RFID terbenam
  • Skru keselamatan untuk pemasangan

Bacaan berkaitan

Data JPJ: Pendaftaran EV lebih banyak daripada hibrid dalam Mei 2024

Cukai jalan motorsikal elektrik dikekalkan, hanya RM2 untuk enjin berkuasa kecil

Tags: automotifautomotiveEVJPJMOT
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Plat khas untuk EV Malaysia selepas 9 September 2024, ini info yang perlu anda tahu

Plat khas untuk EV Malaysia selepas 9 September 2024, ini info yang perlu anda tahu

9 September 2024
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN