• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max Akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:46 pm
  • 06/07/2026
  • Komen
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max Akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah mengesahkan bahawa barisan telefon pintar flagship terbaharu mereka, siri Huawei Pura 90, bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada 14 Julai 2026.

Seperti biasa, Malaysia sekali lagi menjadi antara pasaran terawal di luar China yang menerima siri peranti premium ini. Bagaimanapun, untuk pasaran global termasuk Malaysia, siri ini akan menggunakan nama Huawei Pura 90s.



Untuk pasaran tempatan, Huawei mengesahkan dua model akan ditawarkan iaitu Huawei Pura 90s Pro dan Huawei Pura 90s Pro Max, yang bakal menggantikan siri Pura 80 yang dilancarkan tahun lalu.

Promosi tempahan awal Huawei Pura 90s

Sebelum pelancaran rasmi, Huawei Malaysia sudah mula menerima tempahan awal untuk kedua-dua model melalui stor dalam talian mereka. Pelanggan yang membuat deposit RM100 akan menerima rebat sehingga RM300 untuk Huawei Pura 90s Pro, manakala pembeli Huawei Pura 90s Pro Max pula akan menikmati rebat sehingga RM400.



Kedua-dua model buat masa ini disenaraikan dengan satu konfigurasi sahaja dengan RAM 12GB + storan 512GB.

Harga penuh dan butiran promosi lengkap hanya akan didedahkan semasa acara pelancaran pada 14 Julai. Selepas tempahan dibuat, baki bayaran perlu diselesaikan bermula pukul 3 petang pada 14 Julai hingga 11:59 malam pada 31 Julai 2026.

Huawei turut mengesahkan pilihan warna yang akan tersedia. Huawei Pura 90s Pro ditawarkan dalam empat warna iaitu Guava Soda, Orange Soda, Coconut White dan Mulberry Black. Sementara itu, Huawei Pura 90s Pro Max hadir dalam pilihan warna Orange Ocean, Blush Gold, Blaze Purple dan Graphite Black.

Harga rasmi dan butiran penuh promosi hanya akan diumumkan pada majlis pelancaran 14 Julai nanti. Pelanggan yang membuat tempahan awal perlu membayar baki harga peranti bermula jam 3 petang pada 14 Julai hingga 11.59 malam, 31 Julai 2026.

Apa yang boleh dijangka dari siri Pura 90s?

Buat masa ini, Huawei Malaysia masih belum mendedahkan spesifikasi penuh untuk Huawei Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max.

Bagaimanapun, berdasarkan model Huawei Pura 90 Pro dan Pura 90 Pro Max yang telah dilancarkan di China, kita boleh mendapat gambaran awal mengenai perkakasan yang mungkin ditawarkan pada versi Malaysia.

Huawei Pura 90s Pro

Huawei Pura 90 Pro di China dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.6-inci dengan resolusi 2760 × 1256 piksel. Skrin ini menggunakan panel LTPO dengan kadar penyegaran adaptif sehingga 120Hz serta dilindungi kaca Kunlun generasi kedua. Ia dikuasakan cip Kirin 9030S dan menjalankan HarmonyOS 6.1. Di China, ia ditawarkan dengan pilihan RAM 12GB atau 16GB serta storan 256GB, 512GB atau 1TB.

Untuk fotografi, Huawei Pura 90 Pro dilengkapi kamera utama 50MP dengan apertur boleh laras antara F1.4 hingga F4.0 dan OIS. Ia turut mempunyai kamera ultralebar 12.5MP, kamera telephoto 50MP dengan OIS dan zum optikal 4x. Di bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto ultralebar 13MP dengan sokongan autofokus.

Untuk bateri, Pura 90 Pro dilengkapi kapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar Huawei SuperCharge 66W dan pengecasan tanpa wayar 55W.

Huawei Pura 90s Pro Max

Pro Max pula hadir dengan skrin yang lebih besar OLED 6.9″ beresolusi 2880×1360 piksel, dengan kadar segar semula adaptif LTPO yang sama iaitu 1Hz hingga 120Hz. Ia turut dikuasakan cip Kirin 9030S dan menjalankan HarmonyOS 6.1.

Perbezaan paling ketara ada pada sistem kamera kamera utama 50MP dengan bukaan f/1.6–f/4.0 dan OIS, kamera ultralebar 40MP, kamera telefoto makro 200MP dengan zum optikal 4x dan OIS, serta kamera depan ultralebar 13MP dengan autofokus.

Baterinya sama pada 6,000mAh, tapi menyokong pengecasan yang lebih laju, berwayar 100W dan tanpa wayar 80W.

Perlu diingat bahawa spesifikasi di atas adalah berdasarkan model China, dan Huawei Malaysia mungkin akan buat beberapa penyesuaian untuk pasaran tempatan. Kita tunggu pendedahan penuh pada 14 Julai untuk kepastian.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Pura 90sHuawei Pura 90s Pro Max
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max Akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max Akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN