• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GXBank kini tawar eSIM Firsty, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:47 pm
  • 13/07/2026
  • Komen
GXBank kini tawar eSIM Firsty, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%
Share on FacebookShare on Twitter

GXBank kini menjalin kerjasama dengan penyedia eSIM global, Firsty, membolehkan pelanggan membeli eSIM perjalanan terus melalui aplikasi GXBank.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan tidak lagi perlu memuat turun aplikasi Firsty secara berasingan untuk membeli eSIM. Sebaliknya, semuanya boleh dilakukan menerusi aplikasi GXBank.



Sebenarnya, kerjasama ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Firsty sebelum ini telah bekerjasama dengan Grab, yang juga syarikat induk kepada GXBank. Perkhidmatan eSIM tersebut mula ditawarkan menerusi ciri Partner Apps dalam aplikasi Grab sejak Oktober tahun lalu.

Bagi meraikan kerjasama ini, pelanggan GXBank turut boleh menikmati pulangan tunai 100% untuk pembelian pertama pelan Firsty.



Firsty kini menyokong penggunaan di lebih 150 negara dan menawarkan tiga jenis pelan iaitu Free, Classic dan Unlimited. Bagaimanapun, pelan Free tidak ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

Cara beli eSIM Firsty melalui aplikasi GXBank

Berdasarkan semakan kami, integrasi antara GXBank dan Firsty dilihat masih belum menyeluruh. Malah, tiada butang khas untuk Firsty dipaparkan pada halaman utama aplikasi GXBank buat masa ini, tidak seperti perkhidmatan pihak ketiga sedia ada seperti insurans kereta, insurans perjalanan, dan Cyber Fraud Protect.

Untuk membeli pelan Firsty melalui aplikasi GXBank sekarang, anda perlu mengikut langkah ini:

  1. Masuk ke bahagian Rewards (Ganjaran) di dalam aplikasi.
  2. Cari bahagian misi dan tekan “Get Your eSIM”. Halaman ini akan memaparkan pautan khas untuk pembelian eSIM Firsty.
  3. Tekan butang “Buy now” dan anda akan dibawa ke laman web khas Firsty untuk pelanggan GXBank.
  4. Anda akan diminta untuk memasukkan alamat e-mel. Pastikan anda menggunakan alamat e-mel yang sama dengan akaun GXBank anda untuk melayakkan diri menerima tawaran pulangan tunai 100% tersebut.
  5. Masukkan kod keselamatan yang dihantar ke e-mel anda untuk proses pendaftaran akaun Firsty. Proses ini hanya mengambil masa beberapa minit sebelum anda boleh mula membeli pelan yang dimahukan.

Harga pelan Firsty eSIM di Malaysia

Firsty menawarkan dua pilihan pelan utama untuk pasaran Malaysia, iaitu pelan Classic dan pelan Unlimited.

1. Pelan Firsty Classic

Pelan Classic menggunakan kuota data dengan tempoh sah selama 30 hari. Pengguna boleh memilih kuota daripada 0.5GB sehingga 50GB.

Berikut ialah harga yang ditawarkan dengan diskaun:

  • 0.5GB – RM12.50
  • 1GB – RM22.50 (harga biasa RM25)
  • 3GB – RM37.50 (harga biasa RM75)
  • 5GB – RM47.50 (harga biasa RM125)
  • 10GB – RM85 (harga biasa RM250)
  • 20GB – RM132 (harga biasa RM500)
  • 50GB – RM245 (harga biasa RM1,250)

2. Pelan Firsty Unlimited

Bagi mereka yang mahukan data tanpa had, Firsty turut menawarkan pelan Unlimited.

Pelan ini menyediakan kuota 5GB/hari pada kelajuan maksimum yang disokong oleh rangkaian rakan telekomunikasi di negara destinasi. Selepas kuota harian habis digunakan, kelajuan internet akan diturunkan kepada 512Kbps sehingga kuota diperbaharui pada hari berikutnya.

Tempoh langganan boleh dipilih antara 1 hingga 60 hari. Firsty turut menawarkan diskaun berdasarkan tempoh langganan:

  • 3 hingga 5 hari – Diskaun 10%
  • 6 hingga 15 hari – Diskaun 16%
  • 16 hari ke atas – Diskaun 20%

Dari segi harga, pelan Unlimited bermula pada RM12.50 untuk langganan sehari dan boleh mencecah sehingga RM600 bagi langganan 60 hari, termasuk diskaun 20% yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut atau ingin mencuba sendiri, anda boleh menyemak bahagian ganjaran di dalam aplikasi GXBank anda sekarang.

Tags: Bank DigitaleSimFirstygxbankGXBank Firsty
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

GXBank kini tawar eSIM Firsty, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN