• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:10 pm
  • 22/07/2026
  • Komen
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung akhirnya secara rasmi melancarkan siri telefon lipat terbaharu mereka, Galaxy Z Fold 8. Berbeza dengan generasi sebelum ini, Samsung kini menawarkan dua model dalam siri Fold, iaitu Galaxy Z Fold 8 Ultra sebagai model paling premium menggantikan Galaxy Z Fold 7, dan Galaxy Z Fold 8, model baharu dengan rekaan lebih lebar untuk pengalaman penggunaan yang lebih semula jadi.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan daripada segi rekaan peranti, ketahanan skrin, sistem kamera, serta pemproses berkuasa tinggi Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa siri Galaxy Z Fold 8 masih tidak menyokong fungsi S Pen.



Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra: Lebih nipis dan kamera dipertingkat

Galaxy Z Fold 8 Ultra tampil sebagai model paling premium dalam keluarga Fold. Ia kini hanya setebal 4.1mm apabila dibuka dan 8.9mm apabila dilipat, menjadikannya telefon Fold paling nipis pernah dihasilkan Samsung. Walaupun lebih nipis, beratnya masih dikekalkan pada 215 gram.

Untuk memastikan reka bentuk yang lebih nipis ini kekal tahan lasak, Samsung memperkenalkan Flex Titanium Technology, yang menggabungkan lapisan titanium ultra nipis bersama Titanium Plate baharu di bawah panel OLED. Struktur ini membantu mengukuhkan paparan, mengurangkan kesan lipatan pada skrin dan menjadikan proses buka tutup telefon rasa lebih lancar.



Samsung turut menambah baik reka bentuk engsel dan struktur dalaman telefon supaya proses membuka skrin terasa lebih ringan dan selesa berbanding generasi sebelumnya.

Galaxy Z Fold 8 Ultra masih menggunakan skrin utama Dynamic AMOLED 2X bersaiz 8″ dengan kadar segar semula 120Hz, manakala skrin luar kekal bersaiz 6.5″. Walaupun saiznya tidak berubah, Samsung meningkatkan tahap kecerahan maksimum kepada 3,000 nits, kira-kira 15% lebih cerah berbanding Galaxy Z Fold 7. Paparan ini turut dipadankan dengan Vision Booster dan kemasan Anti-Reflective Display untuk memastikan kandungan kekal jelas walaupun digunakan di bawah cahaya matahari.

Untuk perlindungan, skrin luar menggunakan Corning Gorilla Glass Ceramic 3, manakala bahagian belakang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus.

Bahagian kamera turut menerima naik taraf. Galaxy Z Fold 8 Ultra masih mengekalkan kamera utama 200MP bersama kamera telefoto 10MP, tetapi kamera ultralebarnya kini dinaik taraf daripada 12MP kepada 50MP untuk tangkapan makro dan pemandangan yang lebih jelas. Kamera hadapannya menggunakan sensor 10MP pada skrin luar dan skrin dalam.

Selain itu, Samsung turut menambah baik ciri Nightography bagi menghasilkan gambar dan video yang lebih terang dalam keadaan cahaya malap. Ia juga menyokong rakaman 8K menerusi codec APV baharu serta ciri Cine LUT untuk kawalan ton warna sinematik.

Galaxy Z Fold 8 Ultra dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy, dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB. Telefon ini dibekalkan bateri 5,000mAh, iaitu 800mAh lebih besar berbanding model sebelumnya. Menurut Samsung, ia mampu menawarkan sehingga 27 jam tontonan video.

Model Ultra dibekalkan bateri berkapasiti 5,000 mAh, 600mAh lebih besar dari Z Fold 7 dan menawarkan masa tontonan video sehingga 27 jam. Bateri ini menyokong pengecasan pantas berwayar 45W yang boleh mengecas sehingga 67 peratus dalam masa 30 minit, serta pengecasan tanpa wayar 20W.

Samsung Galaxy Z Fold 8: Lebih ringan dengan nisbah skrin baharu

Selain model Ultra, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Z Fold 8, model baharu dengan reka bentuk lebih lebar yang memberi pengalaman penggunaan berbeza daripada siri Fold sebelum ini. Ia menggunakan skrin utama Dynamic AMOLED 2X bersaiz 7.6″ dengan nisbah 4:3, manakala skrin luar pula bersaiz 5.5″ dengan nisbah 16:10.

Menurut Samsung, nisbah baharu ini direka supaya kandungan dipaparkan dengan lebih semula jadi, sama ada ketika menonton video, membaca artikel atau melayari laman web. Dalam mod melintang, ruang paparan juga menjadi lebih luas dengan garisan hitam yang lebih kecil. Seperti model Ultra, Fold 8 turut menawarkan kecerahan maksimum 3,000 nits, bersama Vision Booster dan kemasan anti-pantulan.

Untuk perlindungan, skrin luarnya dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Ceramic 3, manakala skrin belakang menggunakan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2.

Satu lagi kelebihan Fold 8 ialah beratnya yang hanya 201 gram, menjadikannya Galaxy Z Fold paling ringan pernah dihasilkan Samsung. Dari segi dimensi, ia berukuran tebal 4.9mm apabila lipatan dibuka dan 9.8mm dengan lipatan ditutup.

Sama seperti abangnya, Galaxy Z Fold 8 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy, dipadankan dengan pilihan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Bateri 4,800mAh yang dimuatkan dikatakan mampu menawarkan sehingga 26 jam tontonan video. Ia turut menyokong pengecasan berwayar 45W dan pengecasan tanpa wayar 20W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi kamera utama 50MP bersama kamera ultralebar 50MP. Manakala untuk selfie, model standard ini turut menggunakan dua kamera depan 10MP pada skrin dalam dan luar.

Samsung turut membawakan ciri Dual Recording, yang membolehkan pengguna merakam menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak, serta My FanCam, ciri AI yang boleh mengekori subjek secara automatik dan melaras semula rakaman mengikut nisbah video yang sesuai untuk media sosial.

Ciri baharu Galaxy AI dan pilihan warna

Siri Galaxy Z Fold 8 hadir dengan One UI 9 berasaskan Android 17, bersama beberapa ciri Galaxy AI baharu. Antara yang diperkenalkan ialah Now Brief, yang memaparkan ringkasan maklumat harian berdasarkan rutin pengguna, termasuk cadangan yang lebih diperibadikan serta amaran keselamatan dan privasi.

Turut diperkenalkan ialah Now Nudge, yang membantu menukar perbualan kepada tindakan. Sebagai contoh, jika pengguna sedang berbincang mengenai percutian, AI boleh mencadangkan langkah seterusnya seperti menyemak jadual, mencari lokasi atau membuat tempahan tanpa perlu bertukar aplikasi.

Samsung turut menambah baik integrasi Gemini, yang kini menyokong automasi merentas lebih 40 aplikasi dan perkhidmatan. Pengguna juga boleh menggabungkan nota, gambar, rakaman suara dan dokumen dalam Gemini Notebook, selain memanfaatkan fungsi drag-and-drop dalam mod Split View untuk memudahkan kerja multitugas.

Dari segi pilihan warna, Galaxy Z Fold 8 Ultra ditawarkan dalam warna Violet Shadow sebagai warna wira, bersama pilihan Graphite, Cream, dan Green Shadow. Manakala Galaxy Z Fold 8 standard hadir dengan warna wira Lavender, di samping pilihan warna Graphite, Cream, dan Pistachio.

Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy Z Fold 8Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultrasamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN