• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:26 pm
  • 22/07/2026
  • Komen
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Selain siri Galaxy Z Fold 8, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Z Flip 8, iaitu telefon lipat jenis clamshell generasi terbaharu mereka. Hadir dalam satu model sahaja tanpa varian FE seperti sebelum ini, model pengganti Galaxy Z Flip 7 ini tampil dengan rekaan yang lebih nipis, lebih ringan, serta cip pemproses baharu.

Walaupun tiada perubahan drastik pada fizikaliti luarnya, Samsung memfokuskan kepada peningkatan pengalaman penggunaan yang lebih pintar menerusi paparan skrin luar (FlexWindow) dan integrasi Galaxy AI.



Binaan lebih nipis dan ringan

Melihat dari luar, tiada perubahan yang dapat dicerap pada fizikaliti Galaxy Z Flip 8 ini berbanding pendahulunya. Tetapi model baharu ini lkini lebih nipis dengan ketebalan hanya 6.1mm apabila dibuka, berbanding 6.5mm pada Galaxy Z Flip 7. Beratnya juga dikurangkan kepada 180 gram, berbanding 188 gram sebelum ini. Samsung turut memperhalusi reka bentuknya dengan bezel skrin yang lebih nipis untuk paparan yang kelihatan lebih luas.

Bahagian penutup belakang peranti ini menggunakan kemasan GFRP (Glass Fiber Reinforced Polymer), manakala bahagian lensa kamera dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3. Peranti ini turut kekal dengan penarafan rintangan air dan debu IP48.



Di bahagian skrin luar, Galaxy Z Flip 8 kekal menggunakan panel Super AMOLED 4.1″ 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 2,600 nits serta dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2. Apabila dibuka, peranti ini menampilkan skrin utama Foldable Dynamic LTPO AMOLED 2X 6.9″ (120Hz adaptif) dengan sokongan HDR10+.

Galaxy Z Flip 8 menjalankan Android 17 bersama One UI 9, dan Samsung turut mengintegrasikan lebih banyak fungsi Galaxy AI terus pada skrin FlexWindow tanpa perlu pengguna membuka peranti:

  • Gemini Intelligence: Boleh diakses dengan lebih mudah melalui butang sisi (side-key) atau arahan suara untuk menjalankan pelbagai tugasan automasi.
  • Now Brief: Memaparkan ringkasan maklumat harian seperti jadual, peringatan, serta cadangan tindakan yang diperibadikan terus pada skrin luar.

Prestasi dan bateri

Berbeza daripada siri Fold 8 yang menggunakan pemproses Snapdragon, Galaxy Z Flip 8 untuk pasaran tempatan dikuasakan oleh cipset Exynos 2600 (naik taraf daripada Exynos 2500 pada generasi terdahulu). Cipset ini dipadankan bersama pilihan memori 12GB RAM dengan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Peranti ini dibekalkan bateri berkapasiti 4,300 mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 25W serta pengecasan tanpa wayar 15W.

Sensor kamera sama, ciri rakaman lebih banyak

Dari segi kamera, Galaxy Z Flip 8 masih mengekalkan konfigurasi yang sama seperti Galaxy Z Flip 7, iaitu kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12MP serta kamera swafoto 10MP. Kamera utamanya dipadankan dengan ProVisual Engine bagi menghasilkan gambar yang lebih tajam, tona kulit yang lebih semula jadi serta kesan bokeh yang lebih kemas.

Ciri seperti Flex Mode, Camcoder Grip masih turut tersedia pada Flip 8. Tapi apa yang barunya, ia hadir denganSuper Steady dengan Horizontal Lock, yang pertama kali diperkenalkan pada siri Galaxy S26. Ciri ini membantu memastikan rakaman kekal lurus walaupun telefon dipegang pada sudut yang senget atau diletakkan di atas permukaan yang tidak rata.

Samsung turut memperkenalkan My FanCam, yang boleh mengesan beberapa individu dalam satu rakaman secara automatik. Selepas video dirakam, pengguna boleh memilih individu tertentu dan menghasilkan video baharu yang hanya memfokuskan kepada subjek tersebut mengikut nisbah paparan yang pengguna mahukan.

Turut disertakan ialah FlipShot, yang membolehkan pengguna memperibadikan paparan FlexWindow ketika mengambil swafoto, serta Mirror View yang memaparkan pratonton seperti cermin sebenar sebelum mengambil gambar

Galaxy Z Flip 8 akan ditawarkan dalam beberapa pilihan warna Pink, Graphite, Cream, serta Mint.

Tags: Galaxy Z Flip 8samsungSamsung Galaxy Z Flip 8samsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN