• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:15 pm
  • 24/08/2026
  • Komen
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan pengumuman awal sebelum ini, Honor secara rasminya melancarkan siri Honor Pad 20 untuk pasaran Malaysia. Siri terbaharu ini menawarkan dua pilihan model iaitu Honor Pad 20 dan Honor Pad 20 Pro.

Menariknya, ini merupakan penampilan pertama model Pro di pasaran tempatan, yang hadir dengan skrin Paperlike Display menggunakan kemasan matte anti-silau untuk memberikan pengalaman membaca dan menulis menyerupai kertas sebenar.



Bukan setakat itu, Honor turut menawarkan diskaun pendidikan eksklusif 15% kepada pelajar yang layak.

Harga dan ketersediaan di Malaysia

Jika anda berminat dengan siri Honor Pad 20, ia kini sedia didapatkan di seluruh negara. Terdapat tiga varian yang ditawarkan secara keseluruhan, dan berikut adalah harganya:



  • Honor Pad 20 Wi-Fi (12GB + 256GB) – RM1,999
  • Honor Pad 20 5G (16GB + 256GB) – RM2,299
  • Honor Pad 20 Pro (16GB + 256GB) – RM2,499

Bagi pelajar yang layak, Honor turut menawarkan diskaun pendidikan eksklusif 15%, menjadikan harga permulaan serendah RM1,699.15.

Setiap pembelian turut disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM898, termasuk papan kekunci Bluetooth pintar dan pen stylus Honor Magic-Pencil 4S. Untuk Honor Pad 20, stylus yang disertakan menggunakan sambungan USB-C, manakala model Pro menggunakan versi magnetik yang lebih mudah dipasang dan dicas.

Anda boleh mendapatkan siri Honor Pad 20 ini menerusi kedai dalam talian rasmi Honor Malaysia, kedai rasmi Honor di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta rakan pengedar sah seperti Senheng, senQ, Harvey Norman, dan Urban Republic.

Khusus untuk Honor Pad 20 5G, ia turut tersedia menerusi rakan kongsi telco CelcomDigi dan Maxis.

Spesifikasi Honor Pad 20

Kedua-dua model dibekalkan dengan skrin LCD berukuran 12.1″ beresolusi 3K (3000×1872) serta kecerahan puncak sehingga 700 nits. Model Pad 20 mempunyai kadar segar semula 120Hz, manakala Pad 20 Pro menawarkan kadar lebih tinggi sehingga 165Hz. Siri honor Pad 20 dilengkapi enam teknologi berkaitan keselesaan mata, skrin ini turut diperakui TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) dan Flicker-Free.

Khusus untuk Honor Pad 20 Pro, ia membawa Paperlike Display dengan permukaan matte anti-silau yang bertujuan mengurangkan silauan dan pantulan semasa digunakan dalam tempoh lama. Untuk audio pula, kedua-dua model dilengkapi sistem enam pembesar suara.

Atas papan utama, model Pad 20 dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3, manakala model Pad 20 Pro diperkasa cip Snapdragon 8s Gen 4.

Siri ini dilengkapi bateri 10,100mAh. Menurut Honor, bateri ini boleh menawarkan sehingga 71 hari dalam mod standby, 9 jam menonton video, 7 jam bermain game dan sehingga 14 jam membaca. Pad 20 menyokong pengecasan berwayar 45W, manakala HONOR Pad 20 Pro menyokong pengecasan 66W, manakala Pad 20 Pro menyokong pengecasan lebih pantas sehingga 66W.

Honor Pad 20

Sistem kamera pula menggunakan penawaran sensor 13MP di belakang dan 8MP di hadapan bagi varian 5G dan Pro, manakala varian Wi-Fi membawakan gabungan sensor 8MP untuk kedua-dua bahagian depan dan belakang.

Honor Pad 20 Series turut direka untuk menjadi lebih daripada sekadar tablet hiburan. Siri ini turut menawarkan PC Mode, membolehkan pengguna menyambungkan papan kekunci dan tetikus untuk mengakses antara muka gaya desktop. Ia menyokong sehingga 15 tetingkap dibuka serentak, serta susun atur Split-Screen 3 hala dan 4 hala.

Honor Pad 20 Pro

Siri Honor Pad 20 ini turut membawa alat AI yang sebelum ini hanya tersedia pada tablet flagship Honor Magic iaitu Honor Notes dan AI Memo. AI Memo membolehkan pengguna merakam perbualan dan menukar pertuturan kepada teks secara masa nyata semasa kuliah, kelas dalam talian, atau mesyuarat. Ia turut ada ciri AI Translation untuk menterjemah transkripsi ke bahasa pilihan, serta AI Summary untuk meringkaskan perbincangan panjang kepada poin utama.

Sementara itu, Honor Notes pula menawarkan AI Reading, yang boleh meringkaskan nota bertulis, menjana ringkasan audio, dan mengubah kandungan kepada peta minda. AI Creation pula membantu pengguna memperhalusi penulisan, melaraskan panjang teks, dan menyemak kandungan.

Tablet ini turut menyokong ekosistem Honor Connect bagi membolehkan pemindahan fail merentasi peranti iOS, macOS, Android, dan Windows dengan pantas. Tablet ini juga boleh digunakan sebagai skrin kedua untuk Mac, selain ia menyokong sambungan paparan secara tanpa wayar ke skrin yang lebih besar untuk pembentangan, mesyuarat atau hiburan.

Siri Honor Pad 20 menyokong sambungan Wi-Fi 6 untuk model standard, Wi-Fi 7 untuk model Pro, Bluetooth 6, serta menjalankan sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android 16 sejurus keluar kotak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor Pad 20 dan Honor Pad 20 Pro.

Tags: honorHonor Pad 20Honor Pad 20 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN