• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Terbaik : Laptop bawah RM2,500 mesra poket dan berbaloi beli!

  • OLEH Mas Idayu
  • 8:22 pm
  • 08/09/2026
  • Komen
5 Terbaik : Laptop bawah RM2,500 mesra poket dan berbaloi beli!
Share on FacebookShare on Twitter

Pening kepala mencari laptop yang berprestasi padu, skrin jernih, ringan, dan yang paling penting mesra poket?

Khusus buat anda dengan bajet di bawah RM2,500, kami himpunkan 5 pilihan laptop terbaik di pasaran lengkap berserta kelebihan dan kekurangannya untuk membantu anda membuat keputusan tepat!



1. Acer Aspire Lite 15 – RM2394

Kalau anda sedang mencari laptop bajet yang jenis ringan untuk kegunaan harian, Acer Aspire Lite 15 model jenis 46P-R8LD ini, boleh jadi salah satu pilihan yang menarik. Acer Aspire Lite 15 dari siri 46P-R8LD ini dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen 3 berserta grafik AMD Radeon, menjadikannya ideal untuk tugasan harian seperti urusan dokumentasi, melayari laman web, dan mesyuarat dalam talian. 

Laptop ini menampilkan skrin 15.6 inci Full HD, berasaskan panel Active Matrix TFT LCD, untuk paparan luas yang selesa bagi kerja multitasking. Untuk prestasi harian pula, laptop ini menggunakan RAM 8GB dan storan 512GB. Tambah pula dengan ketahanan bateri sehingga 10 jam, beserta reka bentuk yang ringkas dengan berat 1.45 kg sahaja ia amat mudah dibawa ke mana-mana.



Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu di mana gandingan cip AMD Ryzen 3 dan grafik terbina Radeon mengehadkan prestasinya, jadi ia memang tak sesuai untuk tugasan berat macam main permainan moden, edit video 4K, atau rekaan 3D. Selain itu, RAM 8GB yang disediakan agak kecil jadi ia akan menyebabkan laptop ini beroperasi perlahan kalau anda jenis yang suka buat multitasking berat.

Bagi yang berminat dengan laptop model ini anda boleh dapatkannya menerusi kedai dalam talian di Shopee.

2. Honor MagicBook X 15 – RM2499

HONOR MagicBook X 15 ini antara model yang cukup menarik dimana ia dapat memberikan keselesaan pada mata! Laptop ini tampil dengan reka bentuk menawan berasaskan binaan aluminium berkualiti tinggi yang kekal ringan dengan berat 1.56 kg sahaja.

Ia dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i5-10210U dan digandingkan dengan grafik Intel® UHD serta disokong oleh RAM 8GB dan pilihan storan 256GB atau 512GB untuk kelancaran tugasan produktiviti harian. Pengalaman visual pula disajikan menerusi skrin IPS 15.6 inci Full HD, Anti-Pantulan (Anti-glare) yang dilengkapi mod keselesaan mata yang beriktiraf TÜV Rheinland.

Tambahan lagi,  skrin ini juga bebas daripada fenomena kelipan pantas bagi mengurangkan keletihan mata semasa penggunaan berpanjangan. Di samping itu, kemudahan pengguna dipertingkatkan menerusi papan kekunci saiz penuh, pad sentuh 4-point multi-touch, dan butang kuasa bersepadu pengimbas cap jari untuk kelajuan log masuk yang selamat. 

Tambahan lagi, laptop ini juga mempunyai ciri multi-screen collaboration dengan telefon pintar dari jenama yang sama, dimana anda boleh pindahkan gambar, dokumen, atau video dari telefon ke laptop dan kawal aplikasi di telefon menggunakan papan kekunci dan tetikus laptop sahaja.

Dari segi kekurangan, HONOR MagicBook X 15 terletak pada prestasinya yang terhad, membuatkan ia tidak sesuai untuk tugasan berat seperti permainan video triple A, suntingan video 4K, atau rekaan 3D. Selain itu, RAM 8GB yang tidak boleh dinaik taraf boleh mengehadkan kelancaran multitasking. Manakala kapasiti bateri 42Wh agak kecil untuk skrin bersaiz 15.6 inci, menyebabkan anda perlu lebih kerap mengecas laptop apabila melakukan tugasan.

Bagi yang berminat dengan laptop model ini anda boleh dapatkannya menerusi kedai dalam talian Lazada.

3. Asus Vivobook Go 15 – RM2299

ASUS Vivobook Go 15 model E1504F ialah sebuah laptop harian yang dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen™ 3 serta kad grafik terbina AMD Radeon. Ia juga dilengkapkan dengan RAM 8GB dan storan pantas 512GB.

Laptop ini juga menampilkan skrin 15.6-inci Full HD dan memiliki lapisan anti-pantulan dengan pensijilan dari TÜV Rheinland bagi mengurangkan keletihan mata. Tambahan lagi, peranti ini direka serba boleh dimana engsel laptop boleh dibuka rata sehingga 180 darjah dan memiliki kelebihan papan kekunci yang dilengkapi lampu LED di bawah setiap kekunci.

Selain itu, peranti ini dibina nipis dengan ketebalan 1.79 cm dan berat hanya 1.63 kg, di samping melepasi ujian ketahanan standard ketenteraan. 

Kelemahan utamanya ialah RAM 8GB jenis terbina yang tidak boleh dinaik taraf. Ini memang mengehadkan multitasking berat untuk jangka masa panjang. Tambahan pula, cip pemproses AMD Ryzen 3 hanya berada pada tahap asas, jadi ia lebih sesuai untuk tugasan ringan. 

Bagi yang berminat dengan laptop model ini anda boleh dapatkannya di Lazada.

4. Asus Vivobook 15 – RM2359

Selepas tengok Vivobook Go 15 tadi, laptop seterusnya yang wajib anda pertimbangkan ialah ASUS Vivobook 15 yang juga bertaraf gred ketenteraan dengan pengecasan yang pantas!

Laptop ini dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i5 yang digandingkan bersama RAM 8GB serta storan pantas 512GB. Laptop ini juga miliki paparan skrin bersaiz 15.6 inci, peranti ini direka serba boleh dimana engsel laptop boleh dibuka rata sehingga 180 darjah dan

Asus Vivobook 15 turut dilengkapi 5 port komprehensif iaitu USB 2.0, USB 3.2, USB-C, bicu audio, dan port HDMI bagi memudahkan sambungan pelbagai aksesori. Tambahan lagi, Vivobook 15 ini juga mempunyai kelebihan papan kekunci yang dilengkapi lampu LED di bawah setiap kekunci.

Tambahan lagi, laptop ini menggunakan butang kuasa bersepadu pengimbas cap jari untuk kelajuan log masuk yang selamat bagi menyokong produktiviti tanpa gangguan. Disamping itu, peranti ini hadir dengan keupayaan pengecasan pantas yang mampu mengisi bateri sehingga 60% dalam tempoh 49 minit.

Antara kelemahan utama peranti ini ialah kapasiti RAM 8GB yang berada pada tahap minimum dan dari segi paparan pula, skrin peranti ini secara umumnya menggunakan panel liputan warna yang sederhana jadi kurang ideal untuk kerja-kerja penyuntingan profesional. Tambahan lagi, walaupun memiliki ketahanan tahan lasak bertaraf gred tentera, laptop ini agak berat berbanding laptop lain iaitu dengan berat 1.7 kg.

Bagi yang berminat dengan laptop model ini anda boleh dapatkannya di Shopee.

5. MSI Modern 14 – RM2383

Laptop MSI Modern 14 model jenis F13MG hadir sebagai komputer riba nipis dan ringan yang direka khas bagi memenuhi keperluan produktiviti harian. Dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1334U yang cekap dan dijana oleh sistem operasi Windows 11 Home. Dalam pada itu, laptop ini tampil dengan kad grafik terbina dari Intel Iris Xe yang ideal untuk tugasan harian.

Dari segi keupayaan memori, model ini dilengkapi konfigurasi dua slot memori RAM yang boleh dinaik taraf sehingga 64GB untuk kecekapan multitasking yang lebih tinggi. Untuk storan pula laptop ini didatangi dengan ruang storan sebanyak 512GB. Pengalaman visual disajikan melalui skrin 14 inci Full HD berpanel IPS-Level yang menawarkan paparan tajam serta sudut pandangan yang selesa untuk kegunaan berpanjangan. 

Ketersambungan tanpa wayar juga turut dioptimumkan dengan teknologi Intel Wi-Fi 6E bagi kelajuan internet yang lebih stabil dan pantas. Ke semua prestasi ini dikuasakan oleh bateri 3-Cell 46.8Wh dan dimuatkan di dalam binaan kompak berasaskan berat hanya 1.5kg, menjadikannya mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Walaupun laptop MSI Modern 14 ni sesuai untuk tugasan harian dan pejabat, anda perlu mempertimbangkan dua kekangan utamanya. Pertama, storan 512GB sedia ada tidak boleh ditambah dengan storan baharu kerana ia hanya mempunyai satu slot fizikal. Tetapi jika anda ingin menaik taraf storan anda hanya perlu menggantikan storan asal.

Kedua, skrin IPS-Level dengan liputan warna 45 peratus NTSC, membuatkan paparan warnanya agak pudar dan kurang tepat, sekali gus berisiko menyebabkan hasil rekaan untuk kerja grafik atau editor foto mengalami color mismatch. 

Bagi yang berminat dengan laptop model ini anda boleh dapatkannya di Shopee.

Sekadar perkongsian, setiap harga laptop yang dinyatakan di atas boleh berubah berdasarkan promosi semasa dan kupon diskaun yang dimiliki di akaun platform kedai dalam talian masing-masing.

Jadi jika anda sedang mencari laptop ini antara lima pilihan laptop bawah RM2,500 yang berbaloi untuk anda pertimbangkan. Apa pandangan anda tentang senarai laptop ini, kongsikan komen bersama kami dibawah!

Tags: Acer Aspire Lite 15Asus VivoBook 15Asus VivoBook GO 15Honor MagicBook X 15laptoplaptop bawah RM2500MSI Modern 14
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

5 Terbaik : Laptop bawah RM2,500 mesra poket dan berbaloi beli!

5 Terbaik : Laptop bawah RM2,500 mesra poket dan berbaloi beli!

8 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN