• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 17 Pro Max 5G & Pro 5G Malaysia: Bateri 10,000mAh, Snapdragon 6 Gen 5, dari RM1,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:03 pm
  • 02/09/2026
  • Komen
Redmi Note 17 Pro Max 5G & Pro 5G Malaysia: Bateri 10,000mAh, Snapdragon 6 Gen 5, dari RM1,299
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pengenalannya di pentas global baru-baru ini, siri Redmi Note 17 kini rasmi tiba ke pasaran Malaysia.

Siri baharu ini hadir dengan pembaharuan menarik termasuk kapasiti bateri gergasi sehingga 10,000mAh dan ketahanan IP69K. Ia tampil dalam empat model iaitu Redmi Note 17 Pro Max 5G, Redmi Note 17 Pro 5G, Redmi Note 17 5G, dan RedmiI Note 17.



Untuk artikel ini, ia akan memfokuskan kepada dua model tertinggi iaitu Redmi Note 17 Pro 5G dan Redmi Note 17 Pro Max 5G.

Harga Redmi Note 17 Pro Max dan Note 17 Pro

Berikut adalah harga jualan Redmi Note 17 Pro Max dan Note 17 Pro di Malaysia ketika promosi yang berlangsung 5- 30 September:



Redmi Note 17 Pro Max

  • 8GB+256GB – RM1,999 RM1,799
  • 8GB+512GB – RM2,299 RM2,099

Redmi Note 17 Pro

  • 6GB+128GB – RM1,399 RM1,299 (ekslusif online)
  • 8GB+256GB – RM1,599 RM1,499
  • 8GB+512GB – RM1,899 RM1,799

Selain diskaun RM200, pembeli awal dalam tempoh tersebut turut akan menerima hadiah bernilai sehingga RM4,192.

Sementara itu, promosi tempahan awal masih berjalan sehingga 4 September. Dengan meletakkan deposit sebanyak RM300, mereka yang membeli Redmi Note 17 Pro Max akan menerima hadiah Redmi Headphones Neo, manakala pembelian model Pro pula akan disertakan dengan Xiaomi Band 9 Active.

Sekiranya berminat dengan siri Redmi Note 17, anda boleh membuat pembelian menerusi mi.com, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Redmi Note 17 Pro Max 5G

Dari segi skrin, Redmi Note 17 Pro Max dilengkapi panel CrystalRes AMOLED 6.83″ beresolusi 1.5K yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3,500 nits. Dari segi ketahanan, telefon ini turut memiliki penarafan IP66, IP68, IP69 dan IP69K, selain dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2. 

Dari segi reka bentuk, model ini menampilkan kemasan eksklusif Cloud Blush dengan panel belakang photochromic yang bertukar daripada putih awan kepada tona pink-oren apabila di bawah cahaya UV. Selain itu, ia turut tersedia dalam warna ungu dan hitam.

Untuk prestasi, Redmi Note 17 Pro Max  dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 5 (4nm), dipadankan RAM LPDDR5X sehingga 12GB, serta storan 256GB atau 512GB jenis UFS 4.1.

Tarikan utama Redmi Note 17 Pro Max terletak pada kapasiti baterinya yang gergasi iaitu 10,000mAh. Menggunakan teknologi silikon-karbon dengan kandungan silikon 16%, bateri ini menyokong pengecasan pantas 100W HyperCharge serta pengecasan terbalik 27W. Xiaomi mendakwa peranti ini mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas, manakala pengecasan selama 20 minit sahaja sudah memadai untuk penggunaan seharian.

Bagi keupayaan fotografi, ia dilengkapi sistem dwikamera belakang yang menggabungkan kamera utama 50MP dan lensa sudut lebar 8MP, manakala kamera hadapannya menggunakan sensor 32MP. Bagi rakaman video, siri ini menyokong fungsi dual-video, rakaman 4K 30fps, mod Professional Video, serta ciri Live Moment.

Untuk audio, telefon ini menggunakan speaker stereo dengan sokongan Dolby Atmos dan Hi-Res, serta kelantangan kuat sehingga 400%. Ia turut menyokong Wi-Fi 6, NFC dan Bluetooth 6.0.

Spesifikasi Redmi Note 17 Pro 5G

Redmi Note 17 Pro 5G berkongsi beberapa ciri dengan model Pro Max termasuklah skrin 6.83″ beresolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz, serta kecerahan sehingga 3,500 nits. Pilihan warna yang tersedia untuk Redmi Note 17 Pro 5G termasuk hitam, ungu, serta warna eksklusif Sky Blue, serta

Atas papan utama, ia dikuasakan Snapdragon 6 Gen 4s dengan RAM LPDDR4X sehingga 6GB, serta storan dalaman jenis UFS 3.1 bersaiz 256GB/512GB. Saiz bateri yang dimuatkan juga sedikit lebih kecil berkapasiti 8,340mAh yang menyokong pengecasan 67W HyperCharge di samping pengecasan terbalik 27W.

Perkakasan kamera belakang pula adalah sama seperti model Pro Max, menggunakan kamera utama 50MP dan ultralebar 8MP, tetapi menggunakan kamera depan menampilkan sensor lebih kecil 16MP.

Dari segi ketahanan, model Pro turut menerima penarafan IP66, IP68, IP69 dan IP69K, selain dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2. Untuk bahagian audio, ia turut menggunakan speaker stereo dengan Dolby Atmos, tetapi dengan kelantangan sehingga 300%. Dan untuk sambungan pula, ia menyokong Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.1.

Sebarang maklumat lanjut boleh anda dapatkan menerusi laman produk Redmi Note 17 Pro Max 5G dan Note 17 Pro 5G.

Tags: Redmiredmi malaysiaRedmi Note 17 Proxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Redmi Note 17 Pro Max 5G & Pro 5G Malaysia: Bateri 10,000mAh, Snapdragon 6 Gen 5, dari RM1,299

Redmi Note 17 Pro Max 5G & Pro 5G Malaysia: Bateri 10,000mAh, Snapdragon 6 Gen 5, dari RM1,299

2 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN