• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:10 pm
  • 09/09/2026
  • Komen
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dijangka bakal melancarkan barisan iPhone terbaharu pada 10 September ini menerusi acara “Surprise and Shine”, yang berlangsung jam 1 pagi waktu Malaysia. Antara peranti yang bakal diperkenalkan termasuklah iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max, serta iPhone lipat pertama Apple yang dipercayai bernama iPhone Ultra.

Namun, kita nampaknya tidak perlu menunggu sehingga acara pelancaran untuk melihat reka bentuk peranti-peranti ini. Beberapa pengeluar sarung seperti dbrand dan Spigen telah mula mempromosikan aksesori untuk iPhone baharu, sekali gus memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai reka bentuk peranti Apple akan datang.



Bagaimanapun, pendedahan ini tidaklah begitu mengejutkan kerana reka bentuk yang ditunjukkan juga tidak jauh berbeza daripada beberapa leak render yang telah muncul dalam talian sebelum ini.

dbrand sudah senaraikan sarung untuk iPhone Ultra, iPhone 18 Pro dan Pro Max

Melihat di laman web dbrand, mereka sudah mula menyenaraikan sarung untuk iPhone Ultra, iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max di laman webnya.



Untuk iPhone Ultra, dbrand memaparkan Grip Case bersama beberapa imej render yang menunjukkan rupa telefon tersebut dari pelbagai sudut.

Senarai produk dbrand turut disertakan dengan imej render peranti dari beberapa sudut apabila dipasang dengan sarung.

Melihat kepada imej render iPhone Ultra memang kelihatan seperti yang telah didedahkan menerusi leak sebelum ini. Ia menggunakan reka bentuk lipat gaya buku dengan pulau kamera berbentuk bujur dengan terdapat dua kamera di bahagian belakang, serta bucu melengkung.

Untuk perlindungan lebih menyeluruh, sarung yang ditawarkan bukan sahaja melindungi panel depan dan belakang, malah turut melitupi bahagian engsel untuk perlindungan tambahan sekiranya peranti terjatuh.

dbrand turut menyenaraikan sarung Grip, Ghost dan Tank untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max. Daripada imej yang dipaparkan, kedua-dua model Pro kelihatan dalam kemasan warna merah gelap seperti mana leak render yang muncul sebelum ini. Bahagian belakangnya pula masih mengekalkan susunan kamera yang hampir sama seperti iPhone 17 Pro, dengan tiga kamera dalam modul berbentuk petak dan lampu flash di sebelah kiri.

Spigen turut mengacah sarung untuk iPhone lipat Apple

dbrand bukan satu-satunya pengeluar aksesori yang sudah mula menunjukkan sarung untuk iPhone lipat. Spigen turut mengacah sarung lutsinar mereka untuk menerusi hantaran di laman X mereka.

Walaupun tidak menyatakan nama produk untuk sarung tersebut, tapi sarung ini jelas ditujukan kepada peranti lipat Apple yang bakal dilancarkan. Sama seperti dbrand, sarung ini turut menawarkan perlindungan pada bahagian depan, belakang dan sisi.

hello pic.twitter.com/Rv5JYVv8qF

— Spigen (@spigen) September 4, 2026

Menariknya, sarung ini mempunyai mekanisme besi pada bahagian engsel yang menghubungkan penutup panel hadapan dan belakang. Mekanisme tersebut membolehkan kedua-dua bahagian sarung kekal bersambung ketika telefon dibuka atau dilipat. Namun, tidak seperti dbrand, tiada sarung yang diberikan untuk iPhone 18 Pro oleh Spigen.

Sudah tentu, perhatian terbesar akan diberikan kepada iPhone Ultra, memandangkan ia bakal menjadi telefon lipat pertama Apple. Harga rasmi hanya akan didedahkan pada pelancaran malam ini, namun terdapat laporan yang menjangkakan iPhone Ultra akan ditawarkan pada harga bermula USD2,000 (~RM8,136) untuk varian asas.

Sementara itu, iPhone 18 Pro dijangka berharga dari USD1,200 (~RM4,881), manakala iPhone 18 Pro Max pula dijangka bermula pada USD1,320 (~RM5,369).

Acara kali ini turut istimewa kerana ia merupakan ucaptama iPhone pertama Apple di bawah kepimpinan CEO baharu, John Ternus, susulan Tim Cook meninggalkan jawatan tersebut.

Memandangkan Malaysia antara negara gelombang pertama Apple, iPhone 18 Pro berkemungkinan tiba di pasaran tempatan seawal hujung minggu depan, dengan tempahan awal dijangka dibuka seawal Jumaat ini. Nantikan butiran penuh pada awal esok pagi semasa ucaptama rasmi Apple.

Tags: appleiPhone 18 ProiPhone 18 Pro MaxiPhone UltraSpigen
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN