Apple perkenal Airpods 5 yang mengurangkan kebisingan luar (noise) dengan teknologi Pembatalan Hingar Aktif (ANC) sebanyak 50 peratus yang lebih berkesan, berbanding Airpods 4 generasi terdahulu dan ini sekaligus membuktikan rekaan jenis ‘open-ear’ jenama terkenal dunia ini mampu menghasilkan kualiti bunyi yang lebih imersif dan terasing dari suara sekeliling.
Dengan fitur yang lebih padu dari generasi terdahulu menjadikan Airpods 5 bukan sekadar fon telinga biasa, apatah lagi ia gandingkan dengan Siri AI dan iPhone yang dapat memberi manfaat yang jitu kepada pengguna tegar jenama Apple di seantero dunia.
Fitur ANC terbaik kelasnya

Seperti fon telinga generasi terdahulu, Airpods keluaran baru Apple ini juga memiliki fungsi ‘Active Noise Cancellation’ (ANC) atau Pembatalan Hingar Aktif. Namun apa yang menjadikan Airpods 5 lebih unik adalah, Apple menyatakan teknologi ANC pada keluaran Airpods terbaru ini adalah yang terbaik dalam kelasnya.
Dimana ia dapat memberikan pengalaman mendengar muzik atau suara lebih tenang dan fokus dengan pengurangan bunyi bising sekeliling sehingga 50 peratus. Prestasi airpods 5 juga boleh dilihat menerusi mod ketelusan (Transparency mode), yang membantu pengguna untuk kekal terhubung dengan persekitaran mereka.

Untuk Airpods 5, Apple hadirkan ciri ANC pada kedua-dua model yang dikeluarkannya. Jom lihat perbandingan antara kedua-dua jenis Airpods 5 ini di bawah:
Airpods 5 dengan ANC
- Masa pendengaran sehingga 6 jam
- Masa pendengaran dengan ANC sehingga 4 jam
- Jumlah masa pendengaran dengan ANC yang dipadankan bersama bekas pengecasan sehingga 20 jam
- Hadir dengan teknologi ‘force sensor’ yang mengurus main balik (playback) dan juga panggilan
- Bekas pengecasan dengan penyambung USB‑C
Airpods 5 dengan ANC bersama bekas pengecasan tanpa wayar
- Masa pendengaran sehingga 7 jam
- Masa pendengaran dengan ANC sehingga 5 jam
- Jumlah masa pendengaran dengan ANC yang dipadan bersama bekas pengecasan tanpa wayar sehingga 22 jam
- Hadir dengan teknologi ‘force sensor’ yang mengurus main balik (playback) dan juga panggilan
- Bekas pengecasan tanpa wayar USB-C dengan pembesar suara untuk Find My Apple
Berbanding kedua-dua Airpods 5 memiliki fungsi ANC, untuk varian Airpods 4 terdahulu hadir dengan satu tanpa ciri ANC dan satu lagi memiliki fungsi ANC.
Fungsi ‘live translation’ yang gempak
Bayangkan kamus alih bahasa dan alat penerjemah bahasa disatukan dalam satu medium pastinya menarik bukan?
Nampaknya Apple merialisasikan idea tersebut dalam Airpods 5 terbarunya, dimana fon telinga ini tampil dengan ciri terjemahan suara secara langsung (Live Translation), membolehkan pengguna mendengar terjemahan bahasa apabila berkomunikasi secara lintas dengan individu berbahasa asing.
Inspirasi kualiti bunyi daripada Airpods Pro 3

Untuk Airpods 5 ini, Apple tingkatkan kualiti bunyi bertaraf pro dengan mengambil inspirasi daripada Airpods Pro 3 yang berupaya menghadirkan bunyi lebih kaya dan terperinci merentasi pelbagai bentuk telinga menerusi Adaptive EQ. Tambahan lagi, dengan ciri ‘Personalized Spatial Audio’ ia membuatkan penghasilan bunyi yang lebih imersif dan sekaligus memberi pengalaman pendengaran yang dinamik umpama bunyi berada di sekeliling pengguna.
Siri AI akses aplikasi dengan ciri pintar ‘hands-free’

Terkejut dengan yang satu ini? Ya, menerusi Airpods 5 pengguna kini boleh mengakses ciri-ciri pintar seperti kecerdasan buatan (AI) Siri di mana-mana sahaja (hands-free). Melalui ciptaan Siri AI versi beta iOS 27, ia berkemampuan berinteraktif dengan pengguna dan menawarkan pemahaman menerusi mesej, e-mel, foto dan pengetahuan dunia yang luas.
Seperti contoh, pengguna boleh meminta Siri memainkan lagu yang disyorkan kawan dalam mesej atau meminta panduan navigasi untuk ke lokasi tempahan makan malam berdasarkan pengesahan jemputan dalam e-mel.
Selain itu, Siri AI juga berfungsi lancar dengan aplikasi dari pihak ketiga yang menyokong ekosistem pembangun Apple seperti contoh aplikasi WhatsApp dan Audible, yang mana pengguna hanya beri arahan kepada Siri untuk menghantar mesej di WhatsApp atau pun memainkan buku audio dari aplikasi Audible.

Airpods 5 juga hadir dengan interaksi gestur kepala, dimana pengguna boleh menjawab respon Siri secara senyap hanya dengan mengangguk kepala sebagai tanda (Ya) dan menggeleng kepala sebagai tanda (Tidak). Tambahan lagi, dengan ciri terjemahan secara langsung (live translation) yang dikuasai oleh Apple Intelligence, ia membolehkan pengguna fon telinga berkomunikasi merentasi bahasa.
Pengguna airpods hanya perlu menetapkan ‘Live Translation’ dalam aplikasi ‘Translate’, dan memuat turun bahasa pilihan di peranti iPhone. Manakala melalui Airpods 5 pula, pengguna boleh mengakses ciri ini dengan menekan kedua-dua tangkai airpods secara serentak dan menyebut “Siri, start Live Translation.” atau menggunakan butang ‘Action’ pada iPhone.
Sekadar info, menerusi sokongan ANC dan audio komputasi Apple, keupayaan ini tersedia di seluruh produk Airpods.
Pengecasan tanpa wayar yang unggul

Keluaran Airpods 5 kali ini menawarkan pengalaman pengecasan tanpa wayar dengan teknologi ‘force sencor’ untuk pengguna Apple buat pertama kali bagi rekaan airponds jenis ‘open-ear’ ini.
Selain itu jangka hayat bateri Airpods juga dipertingkatkan dengan ketahanan sehingga 5 jam masa main semula dengan ANC, bagi sekali pengecasan yang mana ia satu jam lebih lama berbanding Airpods 4 dengan ANC terdahulu.
Tambahan lagi, bateri Airpods 5 akan meningkat sehingga 22 jam jumlah masa mendengar dengan ANC apabila menggunakan bekas pengecasan. Disamping itu Airpods ini juga menyokong jenis pengecasan tanpa wayar Apple Watch, pengecas serasi Qi dan juga jenis USB-C.
Airpods 5 dari bahan dikitar semula?
Nampak gaya Apple memilih langkah berani dengan menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula, dimana untuk Airpods 5 ini ia diperbuat 40 peratus bahan dikitar semula secara keseluruhan dan 70 peratus plastik yang dikitar semula untuk bekas pengecasan tanpa wayar serta 100 peratus kobalt yang dikitar semula untuk baterinya.
Dalam pada itu, Airpods 5 ini dihasilkan dengan mengguna 35 peratus tenaga boleh baharu seperti angin dan solar untuk seluruh rantai bekalan serta memenuhi piawaian tinggi Apple terhadap kecekapan tenaga dan bahan kimia yang selamat.
Harga dan ketersediaan Airpods 5
Untuk harga pula, Airpods 5 dengan ANC di jual pada harga RM599 manakala untuk Airpods 5 dengan ANC bersama bekas pengecas tanpa wayar pula di jual pada harga RM699, pra tempah boleh boleh dibuat menerusi laman sesawang Apple pada 11 September 2026 bermula 9 pagi.

Melihat harga Airpods untuk kedua-dua model Airpods 5 ini jauh lebih murah berbanding harga kedua-dua varian Airpods 4 yang dijual pada tiga tahun lalu di mana Airpods 4 tanpa ANC di jual pada harga RM599 dan Airpods 4 dengan ANC di jual pada harga RM829.
Apa pandangan anda, ada yang berminat nak dapatkan Airpods 5 ini? Kongsikan pandangan anda diruangan komen kami!






