• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri vivo X500 rasmi diumumkan, dilengkapi telefoto ZEISS 200MP dan cip Dimensity 9600 Pro 2nm

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:40 pm
  • 21/09/2026
  • Komen
Siri vivo X500 rasmi diumumkan, dilengkapi telefoto ZEISS 200MP dan cip Dimensity 9600 Pro 2nm
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila bercakap tentang kamera telefon pintar, Vivo merupakan antara jenama yang terkenal dengan siri flagship X mereka. Kini, syarikat gergasi China itu telah melancarkan siri vivo X500 generasi terbaharu dalam sebuah acara di Shanghai, China.

Barisan flagship baharu ini hadir dalam tiga model Vivo X500, X500 Pro serta model tertinggi X500 Pro Max, menggantikan siri Vivo X300 tahun lalu. Siri baharu ini juga menerima peningkatan besar dari segi kamera, prestasi dan bateri, selain menjadi antara telefon terawal yang menggunakan cip flagship MediaTek Dimensity 9600 Pro.



Untuk generasi kali ini, Vivo turut memberi tumpuan besar kepada pengalaman fotografi dan videografi dengan sistem kamera yang dibangunkan bersama ZEISS, termasuk kamera telefoto APO sehingga 200MP pada X500 Pro Max.

Vivo X500 Pro Max

Dilihat sebagai pengganti kepada Vivo X300 Pro tahun lalu, Vivo X500 Pro Max merupakan model tertinggi dalam barisan ini, dan ia turut menampilkan skrin lebih besar, malah terbesar dalam keluarga X500, menggunakan panel ZEISS Master Color Display bersaiz 6.85″ jenis LTPO.



Panel ini menyokong kadar segar semula adaptif 1Hz hingga 144Hz, dengan resolusi 1440 × 3168 piksel. Ia turut menawarkan kecerahan puncak sehingga 4,400 nits, selain menyokong Dolby Vision, Ultra XDR dan pensijilan SGS Low Blue Light. Skrin ini dilindungi Armor Glass.

Dari segi kamera, X500 Pro Max dilengkapi sistem tiga kamera belakang yang merangkumi kamera telefoto 200MP ZEISS APO (sensor 1/1.4″ HPO) dengan penstabilan CIPA 7.0 OIS dan jarak fokus setara 85mm. Kamera utama pula memanfaatkan sensor 50MP vivo x Sony LYTIA L910 (1/1.28″) dengan apertur f/1.57, penstabilan OIS bertaraf gimbal 3 darjah. Ia ditemani kamera ultralebar 50MP ZEISS berasaskan sensor JN5.

Di bahagian hadapan, kamera swafoto 50MP ZEISS ultralebar menggunakan sensor Sony JN1 dengan sudut pandangan 92 darjah dan fungsi autofokus.

Peningkatan ketara kali ini adalah pada bahagian video, di mana X500 Pro menyokong 17 EV TrueDynamic Log Video. Ia turut hadir dengan rakaman sinematik 4K 240fps, 8K Native Live, serta 4K Cinematic Portrait Video. Fungsi lain termasuk 4K Dual-View Video, Auto Framing Video, Stage Mode 3.0, 30x Long-Range Motion Snapshot, dan AI Creative Camer

Dari segi prestasi, ia dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 9600 Pro (2nm) yang dipadankan bersama dwi-cip imej rasmi vivo V3+ dan VS1+, RAM 12GB, serta storan sehingga 1TB. Bekalan tenaganya dibekalkan bateri 7,800mAh BlueVolt dengan pengecasan berwayar FlashCharge 90W dan pengecasan wayarles 40W.

Selain itu, X500 Pro Max turut dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin, penarafan kalis air/debu IP68/IP69, pembesar suara stereo, serta empat mikrofon bagi rakaman audio. Ketebalannya cuma 8.12mm dan berat 229g bagi warna putih, kelabu, dan oren dengan kemasan AG Glass, manakala versi hitam lebih nipis pada 7.95mm dengan berat 225g menggunakan kemasan Glass Fiber.

Siri ini juga menyokong aksesori lensa tambahan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra yang menawarkan jarak fokal sehingga 400mm.

Vivo X500 Pro

Bagi Vivo X500 Pro, ia merupakan model pengganti kepada vivo X300 yang hadir dalam saiz fizikal lebih kompak. Ia dilengkapi skrin ZEISS Master Color Display jenis LTPO AMOLED 1.5K bersaiz 6.36″ dengan kadar segar semula 1Hz hingga 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 4,500 nits.

Untuk bahagian dalaman, X500 Pro turut dijana oleh cip MediaTek Dimensity 9600 Pro, dipadankan bersama RAM 12GB dan storan sehingga 512GB. Baterinya bersaiz 6,510mAh BlueVolt dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 90W dan wayarles 40W.

Tetapan kamera belakangnya merangkumi kamera utama 50MP vivo x Sony LYTIA L910 (OIS gimbal 1.5°), kamera ultralebar 50MP JN5, dan kamera telefoto 64MP ZEISS APO berasaskan sensor Sony LYTIA 610 dengan penstabilan CIPA 7.0 OIS. Kamera hadapannya menggunakan sensor 50MP ZEISS ultralebar.

Sama seperti varian Pro Max, model Pro turut menyokong rakaman 17 EV TrueDynamic Log Video, 4K Cinematic Portrait Video, 4K 240fps slow-motion, 8K Native Live, serta penarafan IP68/IP69 dan pengimbas cap jari ultrasonik. Beratnya cuma 197g untuk model berwarna oren, putih, dan kelabu, manakala192g untuk versi hitam.

Kedua-dua model menjalankan OriginOS 7 berasakan Android 17 baharu yang membawa ciri seperti Origin Workbench, Origin Smooth Engine, Snap & Go, Snap Note, AI Recorder, vivo Office Kit, Quick Share dan Shake & Share.

Vivo X500

Akhir sekali, Vivo X500 hadir sebagai model asas dalam barisan ini. Berbeza daripada dua model Pro, ia hadir dengan rekaan sedikit berbeza yang mana pepulau kameranya berbentuk segi empat yang menempatkan modul kamera bulat yang dengan saiz lebih kecil.

Skrinnya menggunakan panel ZEISS Master Color Display bersaiz 6.59″ dengat kadar semula 144Hz. Atas papan utama, peranti ini dijana oleh cip pemproses berbeza, MediaTek Dimensity 9600M yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan berkapasiti seluas 512GB. Bateri BlueVolt berkapasiti 7,500mAh dimuatkan dalam telefon yang menyokong pengecasan berwayar 90W FlashCharge dan wayarles 40W.

Kamera utamanya memanfaatkan sensor vivo x Sony LYTIA 828 (1/1.28″) dengan OIS bertaraf gimbal, ditemani kamera telefoto 64MP Sony LYTIA 610 menyokong penstabilan CIPA 5.5 OIS. Menariknya, biarpun merupakan model asas, ekosistem pengimejan siri Pro turut dibawakan kepada peranti ini menerusi sokongan aksesori vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 dengan jarak fokus 200mm.

Model asas ini juga menyokong rakaman 4K 120fps slow-motion, 4K 60fps Cinematic Portrait Video, serta 8K Native Live. Pilihan warna yang ditawarkan ialah kelabu, putih, merah jambu dan hitam.

Bakal datang ke Malaysia

Buat masa ini, siri vivo X500 baru sahaja diperkenalkan untuk pasaran China. Meskipun tarikh rasmi belum diumumkan, berita baiknya pihak vivo Malaysia mengesahkan ketiga-tiga model dalam siri flagship terbaharu ini bakal tiba pasaran tempatan pada hujung Oktober 2026.

Tags: vivoVivo X500
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri vivo X500 rasmi diumumkan, dilengkapi telefoto ZEISS 200MP dan cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Siri vivo X500 rasmi diumumkan, dilengkapi telefoto ZEISS 200MP dan cip Dimensity 9600 Pro 2nm

21 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN