• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Portal MySalam dibuka untuk khidmat pendaftaran dan tuntutan

  • OLEH Najib
  • 7:52 pm
  • 27/02/2019
  • Komen
Portal MySalam dibuka untuk khidmat pendaftaran dan tuntutan
Share on FacebookShare on Twitter

MySalam adalah inisiatif Kerajaan Malaysia yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.69 juta golongan berpendapatan rendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berumur antara 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Ia direalisasikan dengan kerjasama syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam.

Skim ini telah dilancarkan bulan lepas, tetapi kini laman rasminya telah dibuka untuk membolehkan rakyat Malaysia yang layak untuk mendaftar dan membuat tuntutan.



Tuntutan boleh dibuat bermula dari 1 Mac 2019 menerusi laman web www.mysalam.com.my yang baru sahaja dilancarkan semalam. Pemohon yang layak, boleh menghantar tuntutan menerusi portal MySalam dan ia haruslah disertakan dengan dokumen berkaitan yang disahkan oleh doktor di Hospital Kerajaan.

Skim ini melindungi pengguna dari 36 jenis penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, distrofi otot, Alzheimer, dan lain-lain dengan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidap penyakit tersebut.



Selain itu, skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setahun, kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.

Buat masa ini, skim ini tidak melindungi pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Persendirian jadi sila ambil maklum tentang perkara ini.

Tags: MySalam
Najib

Najib

POPULAR

Portal MySalam dibuka untuk khidmat pendaftaran dan tuntutan

Portal MySalam dibuka untuk khidmat pendaftaran dan tuntutan

27 February 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN