• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MSI Prestige N16 Flip AI+ dengan RTX Spark, RAM sehingga 128GB boleh ditempah di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:21 pm
  • 08/10/2026
  • Komen
MSI Prestige N16 Flip AI+ dengan RTX Spark, RAM sehingga 128GB boleh ditempah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

MSI Malaysia mengumumkan bahawa mereka membuka tempahan awal untuk Prestige N16 Flip AI+, laptop 2-dalam-1 terbaharu mereka yang menggabungkan keupayaan AI, kerja kreatif dan gaming dalam satu peranti.

Apa yang menarik, Prestige N16 Flip AI+ dikuasakan cip pemproses Nvidia RTX Spark N1X, yang menggabungkan CPU NVIDIA Grace dan GPU NVIDIA Blackwell RTX bersama memori bersatu sehingga 128GB. Ini turut menjadikannya antara laptop Windows terawal yang dikuasakan platform RTX Spark.



MSI berkata ia direka untuk menjalankan model AI besar secara tempatan, jadi pengguna tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan awan untuk tugasan AI tertentu. Selain prestasi AI, Prestige N16 Flip AI+ hadir dengan skrin sentuh OLED 16″ yang boleh dipusing 360 darjah untuk digunakan dalam beberapa mod tertentu.

Spesifikasi MSI Prestige N16 Flip AI+

Prestige N16 Flip AI+ dikuasakan supercip Nvidia RTX Spark N1X yang menggabungkan CPU 20-teras NVIDIA Grace, serta GPU 6,144-teras NVIDIA Blackwell RTX. MSI menyatakan RTX Spark mampu memberikan sehingga 1 petaflop prestasi AI FP4, selain menyokong platform NVIDIA CUDA yang digunakan secara meluas untuk pembangunan AI.



Untuk kerja kreatif dan gaming pula, ia turut menyokong teknologi NVIDIA seperti ray tracing, DLSS dan Reflex. Cip pemproses ini juga dikatakan pemproses RTX paling efiesien yang pernah dihasilkan.

Selain itu, Prestige N16 Flip AI+ turut dilengkapi memori bersatu (unified memory), iaitu memori yang dikongsi antara CPU dan GPU. Konfigurasi RAM ditawarkan sehingga 128GB jenis LPDDR5X, yang menurut MSI membolehkan laptop ini mengendalikan model AI lebih besar, projek 3D yang kompleks serta kandungan media beresolusi tinggi sambil menjalankan beberapa aplikasi berat pada masa yang sama.

Storan pula menggunakan SSD M.2 PCIe Gen 4 berkapasiti 1TB, dengan satu slot M.2 disediakan.

Dari bahagian luaran, Prestige N16 Flip AI+ menggunakan reka bentuk 2-dalam-1 dengan engsel 360 darjah. Pengguna boleh menukarnya antara mod laptop, tablet, tent atau pembentangan mengikut keperluan.

Ia hadir dengan skrin sentuh 16″, dengan dua pilihan panel sama ada Tandem OLED beresolusi UHD+ 3840 x 2400 atau panel OLED bersolusi 2.8K (2880 x 1800). Kedua-dua skrin ini menyokong kadar segar semula berubah antara 30Hz hingga 120Hz, liputan warna 100% DCI-P3 dan VESA DisplayHDR True Black 1000. MSI turut menyertakan MSI Nano Pen untuk kegunaan seperti mencatat nota dan melukis terus pada skrin.

Selain itu, pad sesentuh pada laptop ini mempunyai permukaan yang 53% lebih besar berbanding generasi sebelumnya untuk memudahkan navigasi dan penggunaan. Untuk menaip, papan kekunci turut dilengkapi pencahayaan RGB empat zon.

Laptop ini menggunakan bateri berkapasiti 99.9Wh dan menyokong pengecasan pantas menggunakan pengecas USB-C PD 3.1 berkuasa 140W. Meskipun membawa perkakasan berkuasa, Prestige N16 Flip AI+ masih ada rekaan cukup mudah alih dengan berat sekitar 1.9kg dengan ketebalan antara 13.9mm hingga 16.9mm.

Untuk sambungan, laptop ini menyediakan dua port USB4 Type-C, dua USB 3.2 Gen 2 Type-A, HDMI 2.1 yang menyokong sehingga 8K 120Hz dan pembaca kad SD. Ia juga menyokong Wi-Fi 7 serta Bluetooth 5.4. Untuk mesyuarat dalam talian, Prestige N16 Flip AI+ mempunyai kamera IR Full HD 1080p dengan HDR dan 3D Noise Reduction+.

Ia turut mempunyai pembaca cap jari dan sokongan Windows Hello, selain webcam shutter untuk privasi tambahan. Dari segi audio, laptop ini menggunakan sistem empat pembesar suara (2 speaker 2W + 2 woofer 2W) yang menyokong DTS Virtual dan Hi-Res Audio Ready.

Prestige N16 Flip AI+ boleh ditempah di Malaysia

Di Malaysia, Prestige N16 Flip AI+ ditawarkan dalam dua konfigurasi utama:

  • Prestige N16 Flip AI+ C1XMT-211MY — RAM 128GB, skrin 16″ UHD+ Tandem OLED
  • Prestige N16 Flip AI+ C1XMT-212MY — RAM 64GB, skrin 16″ 2.8K OLED

Kedua-dua model menggunakan NVIDIA RTX Spark N1X, Windows 11 Pro dan storan SSD PCIe Gen 4 seluas 1TB.

MSI Prestige N16 Flip AI+ kini dibuka untuk tempahan awal melalui MSI e-store dan rakan niaga yang diperakui MSI.

Tempahan yang dibuat dari 8 hingga 23 Oktober 2026 akan menerima hadiah bernilai RM1,220. Ini termasuk pakej MSI Care Plus yang memberikan tambahan waranti selama satu tahun serta perlindungan kerosakan tidak sengaja selama satu tahun. Pembeli juga akan menerima pendrive MSI Dual Drive 128GB secara percuma.

MSI bagaimanapun masih belum mendedahkan harga jualan Prestige N16 Flip AI+. Untuk maklumat harga dan tempahan, pengguna boleh merujuk MSI e-store atau laman rasmi MSI.

Maklumat lanjut tentang spesifikasi boleh anda dapatkan menerusi laman produk MSI Prestige N16 Flip AI+.

Tags: MSIMSI Prestige N16 Flip AI+Prestige N16 Flip AI+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ dengan RTX Spark, RAM sehingga 128GB boleh ditempah di Malaysia

MSI Prestige N16 Flip AI+ dengan RTX Spark, RAM sehingga 128GB boleh ditempah di Malaysia

8 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN