• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MSI Prestige N16 Flip AI+ dengan RTX Spark, RAM sehingga 128GB boleh ditempah di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:21 pm
  • 08/10/2026
  • Komen
MSI Prestige N16 Flip AI+ dengan RTX Spark, RAM sehingga 128GB boleh ditempah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

MSI Malaysia mengumumkan bahawa mereka membuka tempahan awal untuk Prestige N16 Flip AI+. Ia merupakan laptop 2-dalam-1 terbaharu yang dikuasakan platform Nvidia RTX Spark baharu.

Ini menjadikan Prestige N16 Flip AI+ antara laptop Windows terawal yang dikuasakan RTX Spark. Cip pemproses tersebut menggabungkan CPU Nvidia Grace dan GPU Nvidia Blackwell RTX, bersama sokongan RAM sangat besar sehingga 128GB.



Dengan perkakasan tersebut, laptop ini direka untuk menjalankan model AI berskala besar secara tempatan, tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan awan untuk tugasan AI. Ia turut menyasarkan pengguna yang memerlukan prestasi untuk kerja kreatif, pembangunan perisian dan gaming.

Selain prestasi AI, Prestige N16 Flip AI+ hadir dengan skrin sentuh OLED 16″ yang boleh dipusing 360 darjah untuk kegunaan dalam pelbagai mod, serta bateri besar 99.9Wh.



Spesifikasi MSI Prestige N16 Flip AI+

Prestige N16 Flip AI+ dikuasakan supercip Nvidia RTX Spark N1X yang menggabungkan CPU 20-teras NVIDIA Grace, serta GPU 6,144-teras NVIDIA Blackwell RTX. MSI menyatakan RTX Spark mampu memberikan sehingga 1 petaflop prestasi AI FP4, selain menyokong platform NVIDIA CUDA yang digunakan secara meluas untuk pembangunan AI.

Untuk kerja kreatif dan gaming pula, ia turut menyokong teknologi NVIDIA seperti ray tracing, DLSS dan Reflex. Cip pemproses ini juga dikatakan pemproses RTX paling efiesien yang pernah dihasilkan.

Selain itu, Prestige N16 Flip AI+ turut dilengkapi memori bersatu (unified memory), iaitu memori yang dikongsi antara CPU dan GPU. Konfigurasi RAM ditawarkan sehingga 128GB jenis LPDDR5X, yang menurut MSI membolehkan laptop ini mengendalikan model AI lebih besar, projek 3D yang kompleks serta kandungan media beresolusi tinggi sambil menjalankan beberapa aplikasi berat pada masa yang sama.

Storan pula menggunakan SSD M.2 PCIe Gen 4 berkapasiti 1TB, dengan satu slot M.2 disediakan.

Dari bahagian luaran, Prestige N16 Flip AI+ menggunakan reka bentuk 2-dalam-1 dengan engsel 360 darjah. Pengguna boleh menukarnya antara mod laptop, tablet, tent atau pembentangan mengikut keperluan.

Ia hadir dengan skrin sentuh 16″, dengan dua pilihan panel sama ada Tandem OLED beresolusi UHD+ 3840 x 2400 atau panel OLED bersolusi 2.8K (2880 x 1800). Kedua-dua skrin ini menyokong kadar segar semula berubah antara 30Hz hingga 120Hz, liputan warna 100% DCI-P3 dan VESA DisplayHDR True Black 1000. MSI turut menyertakan MSI Nano Pen untuk kegunaan seperti mencatat nota dan melukis terus pada skrin.

Selain itu, pad sesentuh pada laptop ini mempunyai permukaan yang 53% lebih besar berbanding generasi sebelumnya untuk memudahkan navigasi dan penggunaan. Untuk menaip, papan kekunci turut dilengkapi pencahayaan RGB empat zon.

Laptop ini menggunakan bateri berkapasiti 99.9Wh dan menyokong pengecasan pantas menggunakan pengecas USB-C PD 3.1 berkuasa 140W. Meskipun membawa perkakasan berkuasa, Prestige N16 Flip AI+ masih ada rekaan cukup mudah alih dengan berat sekitar 1.9kg dengan ketebalan antara 13.9mm hingga 16.9mm.

Untuk sambungan, laptop ini menyediakan dua port USB4 Type-C, dua USB 3.2 Gen 2 Type-A, HDMI 2.1 yang menyokong sehingga 8K 120Hz dan pembaca kad SD. Ia juga menyokong Wi-Fi 7 serta Bluetooth 5.4. Untuk mesyuarat dalam talian, Prestige N16 Flip AI+ mempunyai kamera IR Full HD 1080p dengan HDR dan 3D Noise Reduction+.

Ia turut mempunyai pembaca cap jari dan sokongan Windows Hello, selain webcam shutter untuk privasi tambahan. Dari segi audio, laptop ini menggunakan sistem empat pembesar suara (2 speaker 2W + 2 woofer 2W) yang menyokong DTS Virtual dan Hi-Res Audio Ready.

Prestige N16 Flip AI+ boleh ditempah di Malaysia

Di Malaysia, Prestige N16 Flip AI+ ditawarkan dalam dua konfigurasi pada harga seperti berikut:

  • Prestige N16 Flip AI+ RAM 128GB, skrin 16″ UHD+ Tandem OLED – RM30,699
  • Prestige N16 Flip AI+ RAM 64GB, skrin 16″ 2.8K OLED – RM19,699

MSI Prestige N16 Flip AI+ kini dibuka untuk tempahan awal melalui MSI e-store dan rakan niaga yang diperakui MSI.

Tempahan yang dibuat dari 8 hingga 23 Oktober 2026 akan menerima hadiah bernilai RM1,220. Ini termasuk pakej MSI Care Plus yang memberikan tambahan waranti selama satu tahun serta perlindungan kerosakan tidak sengaja selama satu tahun. Pembeli juga akan menerima pendrive MSI Dual Drive 128GB secara percuma.

Maklumat lanjut tentang spesifikasi boleh anda dapatkan menerusi laman produk MSI Prestige N16 Flip AI+.

Tags: MSIMSI Prestige N16 Flip AI+Prestige N16 Flip AI+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

MSI Prestige N16 Flip AI+ dengan RTX Spark, RAM sehingga 128GB boleh ditempah di Malaysia

MSI Prestige N16 Flip AI+ dengan RTX Spark, RAM sehingga 128GB boleh ditempah di Malaysia

8 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN