• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:20 pm
  • 16/11/2026
  • Komen
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna KTM Komuter kini boleh menikmati kemudahan perjalanan tanpa had sepertimana pengguna perkhidmatan bas dan rel di bawah MyRapid.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan pas MyKomuter50, menawarkan perjalanan tanpa had pada harga RM50 untk tempoh 30 hari. Ia bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan, khususnya bagi pengguna yang menaiki KTM Komuter setiap hari.



Pas ini merupakan antara inisiatif yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober lalu. Pendaftaran dan pengaktifannya telah pun mula dibuka bermula hari ini, 16 November 2026. Walau bagaimanpun, pas hanya boleh mula digunakan untuk perjalanan bermula 1 Disember 2026.

Pas MyKomuter50 meliputi tiga perkhidmatan KTM Komuter, KTM Komuter Utara, KTM Komuter Lembah Klang dan Shuttle Selatan. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu mengenainya.



Laluan yang diliputi untuk MyKomuter50

Pas MyKomuter50 ditawarkan untuk tiga perkhidmatan KTM Komuter, iaitu KTM Komuter Utara, KTM Komuter Lembah Klang dan Shuttle Selatan. Setiap jenis pas berharga RM50 untuk tempoh sah laku 30 hari. Berikut ialah senarai laluan yang diliputi:

KTM Komuter Utara

  • Laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar
  • Laluan Butterworth – Ipoh – Butterworth

KTM Komuter Lembah Klang

  • Laluan Tanjung Malim – Pelabuhan Klang – Tanjung Malim
  • Laluan Batu Caves – Pulau Sebang/Tampin – Batu Caves

Shuttle Selatan

  • Laluan Paloh – JB Sentral – Paloh
  • Laluan Kempas Baru – Pasir Gudang – Kempas Baru

KTMB turut menyatakan bahawa laluan baharu mungkin akan ditambah ke dalam senarai ini dari semasa ke semasa.

Berdasarkan terma dan syarat, pengguna yang layak juga dibenarkan mempunyai satu pas aktif bagi setiap jenis perkhidmatan pada masa yang sama. Ini bermakna mereka boleh memiliki sehingga tiga pas aktif, masing-masing untuk KTM Komuter Utara, KTM Komuter Lembah Klang dan Shuttle Selatan.

Pas ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 7 tahun dan ke atas serta lulus proses pengaktifan pas MyKomuter50. Individu yang sedang menggunakan pas MyRailLife tidak layak untuk memohon.

Cara daftar dan aktifkan Pas MyKomuter50

Sebelum membeli pas MyKomuter50, pengguna perlu membuat pengaktifan bagi mengesahkan kelayakan terlebih dahulu. Terdapat tiga cara untuk mengaktifkan pas, dan berikut adalah cara-caranya:

  • Aplikasi KTMB Mobile (KITS): Muat naik salinan MyKad, MyKid, atau Sijil Lahir. Kelulusan akan mengambil masa dalam tiga hari bekerja.
  • Mesin Kios Tiket: Masukkan kad pengenalan ke dalam slot pengimbas di stesen untuk kelulusan serta-merta.
  • Kaunter Stesen: Tunjukkan kad pengenalan asal kepada kakitangan bertugas untuk kelulusan serta-merta.

Selepas status pengaktifan diluluskan, Pas MyKomuter50 boleh dibeli dalam dua bentuk medium: tiket digital (Kod QR) melalui aplikasi/laman web KITS, atau kad fizikal Komuter Link di kaunter stesen.

Pas boleh ditetapkan pada Kad Komuter Link yang dibeli di kaunter, atau pengguna juga boleh menggunakan Kad Komuter Link sedia ada untuk membeli pas.

Bagi pembelian menggunakan kad Komuter Link, ia hanya boleh dibuat di 34 buah stesen terpilih, termasuk 10 stesen di KTM Komuter Utara, 20 stesen di KTM Komuter Lembah Klang dan 4 stesen di Shuttle Selatan. Anda boleh rujuk stesen terpilih tersebut menerusi gambar di bawah.

Walaupun pembelian melalui kad hanya tersedia di stesen terpilih, pengguna masih boleh membuat pengaktifan Pas MyKomuter50 di semua mesin kios tiket di stesen KTM Komuter. Namun, dengan syarat tiada pas mingguan, pas bulanan, atau pas MyRailLife yang masih aktif di dalamnya.

Perlu diingatkan pengguna hanya dibenarkan menggunakan satu medium tiket pada satu-satu masa. Sekiranya pengguna sudah membeli pas dalam bentuk QR Code melalui aplikasi tetapi kemudian membuat pembelian menggunakan Kad Komuter Link, tiket QR Code tersebut akan terbatal secara automatik.ink, pas kod qr dalam aplikasi akan terbatal secara automatik.

Pengguna boleh menyemak tempoh sah laku pas yang ditetapkan pada Kad Komuter Link melalui aplikasi KTMB Mobile atau KITS Style, ataupun di mesin kios tiket stesen KTM Komuter.

Syarat penggunaan dan tindakan jika pas disalahgunakan

Pas MyKomuter50 hanya boleh digunakan oleh pemilik yang berdaftar dan sepanjang tempoh sah lakunya. Selain itu, pas yang telah dibeli tidak boleh dibatalkan, dipindahkan kepada orang lain atau dituntut bayaran balik.

Sekiranya Kad Komuter Link yang mengandungi Pas MyKomuter50 hilang atau rosak, pengguna perlu membuat laporan di mana-mana stesen KTM Komuter. Kad tersebut akan disenaraihitamkan dan tidak boleh digunakan semula. Kemudian pengguna perlu membuat pembelian pas dengan kad komuter link baharu.

KTMB juga menetapkan tindakan terhadap pengguna yang menyalahgunakan pas, termasuk menggunakan Pas MyKomuter50 milik orang lain. Mereka boleh dikenakan denda RM30 berserta tambang perjalanan. Jika gagal menjelaskan bayaran denda, mereka boleh dikeluarkan dari tren di stesen berikutnya.

Pengguna yang tidak layak juga boleh dikenakan tindakan senarai hitam terhadap pengaktifan dan medium tiket Pas MyKomuter50 mereka.

Pas MyKomuter50 tawarkan penjimatan ketara

Dengan harga RM50 untuk 30 hari, Pas MyKomuter50 berpotensi memberikan penjimatan kepada pengguna yang kerap menggunakan KTM Komuter, terutamanya mereka yang berulang-alik untuk bekerja atau belajar.

Untuk perspektif anda, dengan pas ini, pengguna laluan Tanjung Malim-Kuala Lumpur boleh jimat sehingga RM366 berbanding kos tambang asal yang biasanya mencecah RM416 untuk tempoh 30 hari, iaitu penjimatan sekitar 88%. Manakala bagi pengguna laluan Alor Setar-Butterworth pula, mereka boleh jimat sehingga RM234, iaitu kira-kira 82% lebih rendah berbanding harga asal RM284.

Maklumat lanjut mengenai pas MyKomuter50 ini boleh anda dapatkan melalui laman web rasmi KTMB atau terma dan syarat Pas MyKomuter50.

[Sumber: KTM Berhad]

Tags: KTMKTM KomuterKTMBMyKomuter50Pas MyKomuter50
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN