• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM lanjutkan kuota tanpa had untuk Unifi Basic

  • OLEH Najib
  • 10:11 am
  • 06/03/2019
  • Komen
TM lanjutkan kuota tanpa had untuk Unifi Basic
Share on FacebookShare on Twitter

Pelan Unifi Basic ialah pelan jalur lebar tetap di rumah paling murah disediakan oleh Telekom Malaysia (TM), dengan kadar RM79/bulan. Berbeza dengan pelan jalur lebar tetap lain yang tiada had kuota, pelan Unifi Basic memiliki kuota penggunaan sebanyak 60GB untuk tempoh sebulan.

Dalam diam-diam sejak akhir tahun lepas, TM tidak mengenakan kuota buat pelanggan Unifi Basic. Promosi tanpa had kuota ini dikatakan akan berakhir pada 28 Februari 2019.



Tetapi baru-baru ini, ramai pengguna TM menerima emel yang menyatakan, promosi tanpa had kuota Unifi Basic kini dilanjutkan untuk tempoh sebulan lagi. Kepada 31 Mac 2019.

Dalam emel yang sama, TM turut menggalakkan pengguna untuk menaik taraf ke pelan Unifi 100Mbps berharga RM129/bulan, untuk peluang memenangi pelancongan untuk 2 orang ke United Kingdom.



Adakah TM akan cuba melanjutkan lagi promosi tanpa had untuk Unifi Basic selepas 31 Mac nanti? Ini kerana pengguna di Malaysia mempunyai pilihan lain untuk internet tanpa had kuota dengan kadar rendah.

Dengan MaxisONE Home Fibre Broadband, orang ramai boleh melanggan pelan 30Mbps tanpa had kuota pada harga RM89/bulan. Time Broadband pula, menyediakan pelan jalur lebar termurah berharga RM99/bulan dengan kelajuan 100Mbps.

Rasanya tiada masalah untuk TM menjadikan pelan 30Mbps mereka kekal dengan kuota tanpa had. Tambahan lagi, TM telah berhenti memberikan set-top-box Unifi TV dan panggilan percuma kepada pengguna baru Unifi. Kos telah dikurangkan dan ia boleh diterjemahkan kepada tambah nilai lain untuk pengguna.

Tags: TMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TM lanjutkan kuota tanpa had untuk Unifi Basic

TM lanjutkan kuota tanpa had untuk Unifi Basic

6 March 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN