• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close

[REVIU] CMF Speaker S dan M: Tak sangka speaker pertama CMF ini sebegitu bagus

Putra Aziz Oleh Putra Aziz
29 November 2026
in CMF, Feature, Jenama, Menarik, Reviu Produk
0
0
BERKONGSI
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bila bercakap tentang speaker Bluetooth, CMF mungkin bukan salah satu jenama yang muncul dalam fikiran anda, betul tak? Ini kerana CMF, sub-jenama kepada Nothing, lebih dikenali dengan telefon pintar dan fon putik yang ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

Tetapi sedikit demi sedikit, CMF mula mengembangkan penawaran audio mereka, dan kali ini memperkenalkan barisan speaker Bluetooth pertama mereka, iaitu CMF Speaker S dan CMF Speaker M.



Perkara pertama yang membuatkan kedua-dua speaker ini menonjol ialah reka bentuknya yang unik, seakan kotak susu. Tetapi, selain reka bentuk yang lain daripada biasa, sejauh mana kualiti audio yang ditawarkan? Adakah kedua-duanya cukup bagus untuk dipertimbangkan?

CMF Speaker S dijual pada harga RM259, manakala Speaker M pula berharga RM459. Selepas menggunakannya, ini apa yang saya suka dan kurang gemar tentang kedua-dua speaker ini.



Spesifikasi Speaker S dan Speaker M

Sebelum kita pergi lebih jauh, berikut ialah spesifikasi utama kedua-dua speaker ini:

CMF Speaker M

  • Dimensi: 220 × 85 × 54mm
  • Berat: 602g
  • Pemacu: woofer 70mm 25W dan tweeter 16mm 10W
  • Output audio: 35W RMS
  • Bateri: 4,900mAh
  • Sambungan: Bluetooth 6.0, USB-C
  • Penarafan kalis air dan habuk: IP68

CMF Speaker S

  • Dimensi: 130 × 85 × 44mm
  • Berat: 334g
  • Pemacu: julat penuh 45mm dengan dua passive radiator
  • Output audio: 10W RMS
  • Bateri: 2,600mAh
  • Sambungan: Bluetooth 6.0, USB-C
  • Penarafan kalis air dan habuk: IP68

Kualiti audio: Speaker M lebih berkuasa, Speaker S tetap padu

Mari kita mulakan terus dengan bahagian paling penting, iaitu kualiti audio kerana pada saya inilah perkara paling mengagumkan pada kedua-dua speaker ini.

Untuk Speaker S, ia menggunakan satu pemandu audio 45mm berkuasa 10W yang dipadankan dengan dua passive radiator di bahagian kiri dan kanan. Walaupun saiznya kecil, saya agak terkejut dengan bunyi yang dihasilkan bunyinya terasa padat dan penuh, dengan dentuman bass yang memuaskan serta kejelasan vokal yang baik untuk speaker sekecil ini.

Manakala CMF Speaker M pula, dengan menggunakan gabungan woofer dan tweeter pengalaman audionya memang lebih berkuasa. Berbanding Speaker S, ia mampu hasilkan bunyi lebih penuh dengan bass yang lebih terasa dan punchy. Bila tengok filem atau main game, memang terasa kesan getaran bass nya.

Paling penting, apabila kelantangan dilaras ke tahap maksimum sekalipun, bunyinya tidak pecah dan masih kekal terkawal pada kedua-dua model.

Oh lupa untuk saya sebut yang pengalaman audio yang saya kata ini adalah dalam mod default iaitu Balanced. Selain daripada itu, anda juga boleh ubah preset audio kepada EQ lain macam More Bass, More Treble, Voice atau EQ tersuai menerusi aplikasi Nothing X.

Bunyi lagi “umph” dengan Ultra Bass

Walaupun bunyi yang dihasilkan sudah cukup memuaskan, terdapat juga beberapa mod lain yang anda boleh gunakan untuk tambah baik pengalaman mendengar. 

Menerusi aplikasi Nothing X, anda boleh mengaktifkan mod Ultra Bass untuk menghasilkan bass yang lebih kuat dan berdentum. Cuma saya perasan, kesan mod ini lebih ketara pada Speaker M, manakala Speaker S tidak rasa terlalu berbeza sangat.

Pada saya, kombinasi preset EQ Balanced bersama Ultra Bass memberikan pengalaman mendengar paling sedap. Bunyi masih seimbang, tetapi dengan bass yang lebih terasa.

Selain itu, terdapat juga mod Wide Soundstage yang menjadikan bunyi lebih luas dengan pemisahan setiap instrumen yang lebih baik. Namun, saya kurang gemar mod ini kerana bunyi terasa bingit dan vokal pula tenggelam. Pada Speaker M kesannya masih boleh diterima, tetapi pada Speaker S bunyinya memang agak bingit, jadi memang saya elak daripada gunakan mod ini.

Perlu diingat juga, apabila mod Soundstage diaktifkan, Ultra Bass akan dimatikan secara automatik.

Ia turut hadir dengan Stereo Mode yang memberikan bunyi stereo kiri dan kanan untuk pengalaman mendengar lebih imersif. Cuma saya tidak berpeluang mencubanya kerana ia memerlukan dua unit daripada model yang sama 

Tetapi, kalau anda ada Speaker S dan Speaker M, kedua-duanya masih boleh digunakan bersama menerusi Party Mode berasaskan Auracast. Cuma, mod ini memainkan audio yang sama pada kedua-dua speaker, bukannya hasilkan bunyi stereo kiri dan kanan. Anda juga boleh sambungkan speaker CMF ini dengan speaker jenama lain yang turut menyokong Auracast.

Bentuk kotak susu yang boleh dikustomkan

Dari segi luaran, saya agak suka dengan rekaan speaker ini yang seakan kotak susu. Bukan sahaja unik, ia juga praktikal. Speaker M mempunyai pemegang terbina dalam yang memudahkannya dibawa ke mana-mana, manakala Speaker S pula mempunyai pemegang kecil dengan lubang yang boleh digunakan untuk menyangkutnya pada tali atau aksesori seperti carabiner.

Walaupun kedua-duanya mudah dibawa, saya lebih suka Speaker S kerana saiznya lebih kompak dan mudah dimasukkan ke dalam beg.

Satu lagi perkara menarik ialah panel depan dan tombol kelantangan pada speaker ini boleh ditanggalkan dan ditukar. Untuk menanggalkan panel depan, seret butang nyahkunci di bahagian belakang, kemudian tarik panel ke atas. Tombolnya pula boleh ditanggalkan secara terus.

Cuma yang agak mengecewakan ialah CMF tidak jual panel dan tombol ini secara berasingan. Anda hanya boleh menukarnya dengan pengguna CMF Speaker lain, atau mencetaknya sendiri menggunakan 3D printer. Nothing ada menyediakan fail 3D di laman Nothing Community.

Kedua-duanya juga mempunyai penarafan IP68, jadi anda tak perlu risau jika mahu membawanya keluar dan terkena hujan.

Selain warna oren dan biru seperti yang unit pada kami ini, kedua-duanya turut tersedia dalam warna hitam dan putih.

Kawalan dan sambungan

Dari segi kawalan, terdapat butang kuasa dan tombol di bahagian atas. Anda boleh memusing tombol untuk melaraskan kelantangan, menekannya sekali untuk main atau henti lagu, dua kali untuk lagu seterusnya, atau tiga kali untuk kembali ke lagu sebelumnya. Manakala tekan lama pula akan hidup atau matikan Ultra Bass.

Di belakang terdapat butang pairing Bluetooth, butang Auracast dan port USB-C.

Untuk sambungan, kedua-dua speaker menggunakan Bluetooth 6.0 dan menyokong sambungan dua peranti serentak. Ia juga menyokong Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair untuk pairing yang lebih pantas.

Selain itu, terdapat juga ciri NFC Fast Pair yang membolehkan anda memautkan peranti hanya dengan menyentuhkan (tap) telefon pada bahagian kanan speaker. Berdasarkan cubaan saya, fungsi ini hanya berjaya digunakan pada telefon Android, manakala pada iPhone ia tidak menjadi.

Kalau nak main game, terdapat juga Low Lag Mode yang boleh diaktifkan dalam aplikasi. Tapi jika anda mahukan latensi yang lebih rendah lagi, anda boleh sambung terus telefon dan Speaker dengan USB-C di belakang speaker untuk menggunakannya secara berwayar.

Hayat bateri panjang

Hayat bateri pada kedua-dua speaker ini sebenarnya tak mengecewakan. Dalam ujian saya pada kedua-dua model, bateri turun sekitar 10% selepas tiga jam penggunaan dengan kelantangan sekitar 40%. Ini tidak jauh berbeza dengan apa yang Nothing dakwa mampu bertahan sehingga 18 jam dengan sekali cas penuh. 

Sebelum
Selepas

Namun, angka ini pasti bergantung pada tahap kelantangan, mod audio dan jenis kandungan yang dimainkan. Tapi berdasarkan penggunaan tersebut, saya tak merasakan perlu mengecas speaker ini terlalu kerap.

Tetapi apa yang saya perasan tahap baterinya berubah dalam sela 5%. Jadi mungkin sukar untuk mendapatkan gambaran penggunaan bateri yang benar-benar tepat. Kedua-duanya turut boleh dicas menerusi port USB-C di bahagian belakang.

Patut beli CMF Speaker S atau Speaker M?

Dengan harga RM259 untuk CMF Speaker S dan RM459 untuk CMF Speaker M, saya rasa kedua-dua speaker ini menawarkan pakej yang menarik, terutamanya kalau anda mahukan speaker Bluetooth yang mudah dibawa dengan reka bentuk berbeza daripada kebanyakan model di pasaran.

Antara perkara paling saya suka ialah reka bentuknya yang unik, kualiti binaan yang praktikal, perlindungan IP68 dan kualiti audio yang sangat baik untuk harganya.

Namun, jika anda mempunyai bajet lebih, saya lebih mengesyorkan CMF Speaker M kerana bunyinya lebih penuh dengan bass lebih dalam. Tetapi itu bukanlah untuk katakan CMF Speaker S tidak bagus, kerana kualiti audio yang ditawarkan cukup baik untuk saiznya yang kecil, dan ada reka bentuk kompak lebih mudha dibawa ke mana-mana.

Pada akhirnya, pilihan antara kedua-duanya bergantung pada keperluan dan bajet anda. Dan yang pasti anda tidak akan kecewa dengan kedua-duanya. Kalau mahukan audio lebih berkuasa, pilih Speaker M. Tetapi jika keutamaan anda ialah saiz kompak dan kemudahan dibawa, Speaker S sudah memadai.

Kalau anda berminat, anda boleh beli CMF Speaker M dan S melalui Lazada dan Shopee.

Tags: CMFcmf by nothingCMF Speaker MCMF Speaker SNothing
Artikel Sebelumnya

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

POPULAR

[REVIU] CMF Speaker S dan M: Tak sangka speaker pertama CMF ini sebegitu bagus

[REVIU] CMF Speaker S dan M: Tak sangka speaker pertama CMF ini sebegitu bagus

29 November 2026
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

26 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN