• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia kini menawarkan 5 juta tempat duduk promosi, diskaun hotel dan banyak lagi

  • OLEH Najib
  • 9:06 am
  • 11/03/2019
  • Komen
Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula hari ini, AirAsia memulakan kempen tempat duduk percuma dengan 5 juta tempat duduk promosi, diskaun hotel, serta pelbagai tawaran hebat untuk produk tambahan dan produk bebas cukai untuk melengkapi perjalanan para penumpang.

Promosi ini berjalan dari 11 Mac sehingga 17 Mac 2019, untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2019 sehinggga 2 Jun 2020. Tempahan promosi ini boleh dibuat menerusi laman web www.airasia.com serta aplikasi mudah alih AirAsia.



Tambang promosi untuk ahli disediakan bermula dari serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang, serta dari RM36 untuk penerbangan ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh dan banyak lagi.

Untuk penerbangan lebih jauh, terbang bersama AirAsia X dengan tambang serendah RM199 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu dan lain-lain.



Untuk menikmati lebih keselesaan serta pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju dari hanya RM699.

Istimewa untuk ahli AirAsia BIG, mereka boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman www.airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Selain tiket penerbangan, AirAsia turut menawarkan penjimatan hebat untuk produk dan perkhidmatan lain. Antaranya 1 juta promosi bilik hotel di laman web AirAsiaGo.com dengan diskaun 5% menggunakan kod promosi HOTEL5. Lebih banyak penjimatan boleh dinikmati apabila menempah penerbangan bersama hotel.

Selain itu, AirAsia turut memberikan diskaun 20% untuk semua hidangan Kombo Santan, menu hidangan dalam pesawat. Diskaun tersedia untuk pra-tempah dan tempahan penerbangan baharu sahaja.

AirAsia turut menyediakan diskaun 20% untuk memilih tempat duduk popular dengan ruang kaki  tambahan, serta keutamaan menaiki pesawat terlebih dahulu.

Untuk produk bebas cukai dan barangan AirAsia di laman web www.ourshop.com, diskaun sebanyak 30% diberikan semasa tempoh promosi ini. Bagi aktiviti menari semasa percutian, dapatkan diskaun 15% menggunakan kod AADEALS15 di laman web deals.airasia.com.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, ikuti Twitter @AirAsia, Facebook AirAsia dan Instagram @AirAsia.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Sistem tempahan AirAsia ditutup hujung minggu untuk kerja naik taraf

AirAsia kini menawarkan 5 juta tempat duduk promosi, diskaun hotel dan banyak lagi

11 March 2019

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER