• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Honor dengan bateri 4000mAh akan datang

  • OLEH Najib
  • 8:31 pm
  • 12/03/2019
  • Komen
Telefon Honor dengan bateri 4000mAh akan datang
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini berkongsi satu petunjuk tentang telefon pintar baru yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Telefon ini memiliki bateri besar 4,000mAh.

Perkara ini dengan mudah ditafsirkan. Ia adalah Honor 8C, menerusi huruf C besar di dalam gambar tersebut. Ia juga serupa dengan yang terdapat di laman web Honor Global.



Honor 8C merupakan telefon pintar kelas pertengahan. Ia telah dilancarkan di India pada bulan November tahun lepas. Ia diperkasa dengan cip pemproses Snapdragon 632, bersama RAM antara 3GB dan 4GB, serta storan dalaman 32GB atau 64GB.

Skrin Honor 8C berukuran 6.26-inci dengan takuk besar di dahi dan resolusi HD+ sahaja. Bateri yang besar, 4,000mAh dimuatkan di dalamnya dan dikatakan boleh bertahan selama dua hari. Ia menggunakan sambungan mikroUSB untuk mengecas.



Untuk kamera, ia menggunakan dua lensa di belakang. Lensa utama 13MP F1.8 dan lensa kedua 2MP untuk mengesan tahap kedalaman. Kamera hadapan pula 8MP.

Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang badan. Jek audio 3.5mm juga masih dikekalkan. Honor 8C memiliki ruang untuk tiga kad fizikal, dua kad sim nano dan satu kad mikroSD berasingan. Telefon ini memiliki standard WiFi 802.11ac dan boleh menggunakan jalur 2.4GHz dan 5Ghz.

Honor 8C datang dalam empat warna iaitu biru, hitam, emas dan ungu. Masih belum boleh dijangka warna yang mana akan tiba ke Malaysia nanti.

Untuk perbandingan, Honor 8C dijual di India pada harga berikut:

  • RAM 4GB + Storan 32GB – IDR11,999 (~RM704)
  • RAM 4GB + Storan 64GB – IDR12,999 (~RM762)

Tarikh pelancarannya di Malaysia masih belum diberitahu tetapi ia pasti tidak lama lagi. Rasanya dalam bulan Mac ini juga. Tunggu pengumuman lanjut dari Honor Malaysia nanti.

[Sumber: Honor, GSMarena]

Tags: honorHonor 8C
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Telefon Honor dengan bateri 4000mAh akan datang

Telefon Honor dengan bateri 4000mAh akan datang

12 March 2019
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER