• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Langgan Spotify Premium setahun pada harga 10 bulan sahaja.

  • OLEH Najib
  • 7:51 pm
  • 02/12/2017
  • Komen
Langgan Spotify Premium setahun pada harga 10 bulan sahaja.
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda pengguna tegar Spotify? Jika anda pelanggan premium Spotify yang membayar RM14.90 sebulan, anda harus mendapatkan tawaran hujung tahun Spotify ini.

Sehingga 31 Disember 2017, Spotify kini menawarkan langganan premium selama setahun, pada kadar 10 bulan sahaja iaitu RM149. Tawaran ini terbuka kepada semua pengguna baru dan lama.



Tetapi pengguna pelan Premium Family tidak layak melanggan. Malah mereka yang melanggan pelan tahunan ini mempunyai hanya 14 hari tempoh untuk membatalkan langganan.

Dengan Spotify Premium, pengguna tidak akan mendengar sebarang iklan semasa perubahan lagu. Malah boleh melangkau lagu tanpa had. Pengguna juga mendapat fungsi muat turun untuk digunakan di luar talian. Semua fungsi di atas tidak terdapat di dalam langganan percuma.



Jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan serumah yang menggunakan Spotify, lebih jimat untuk melanggan pelan Spotify Family. Ia hanya RM22.40 sebulan tetapi boleh digunakan sehingga 6 akaun berbeza. Syaratnya, semua akaun harus memiliki alamat rumah yang sama.

Kalau anda tidak pernah menggunakan Spotify atau belum lagi melanggan Spotify Premium, boleh dapatkan tawaran 3 bulan Spotify Premium berharga RM2. Selepas 3 bulan, anda akan dicaj RM14.90 sebulan bersamaan RM136.10 setahun. Tetapi ia masih lebih murah dari tawaran RM149 setahun.

Tidak dapat dinafikan, Spotify adalah platform penstriman muzik paling popular di dunia, jauh meninggalkan Apple Music dan lain-lain dalam jumlah pengguna. Adakah anda salah seorang penggunanya?

Ingat, tawaran RM149 setahun Spotify Premium ini akan tamat pada 31 Disember 2017. Jangan ketinggalan untuk melanggannya.

Tags: SpotifySpotify murahSpotify Premium
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Langgan Spotify Premium setahun pada harga 10 bulan sahaja.

Langgan Spotify Premium setahun pada harga 10 bulan sahaja.

2 December 2017
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER