• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile dan Razer bergandingan majukan E-payment, Esport dan 5G

  • OLEH Najib
  • 6:15 pm
  • 20/03/2019
  • Komen
U Mobile dan Razer bergandingan majukan E-payment, Esport dan 5G
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Razer Inc, dalam beberapa perkara. Ia termasuk platform pembayaran elektronik (E-Payment), sukan elektronik (Esport) dan ujian 5G.

Tidak lama lagi, U Mobile akan memperkenalkan dompet elektronik (e-wallet) mereka sendiri, dipanggil sebagai GoPayz. U Mobile akan bekerjasama dengan Razer untuk membentuk keserasian dengan eWallet Razer Pay.



Ini akan membolehkan pengguna GoPayz membuat bayaran di rangkaian Razer Pay yang telah tersedia di lebih 10,000 lokasi di seluruh Malaysia. Menurut U Mobile, mereka memiliki 6.5 juta pengguna dan eWallet GoPayz akan diperkenalkan pada pertengahan kedua tahun 2019.

Di samping itu, Razer dan U Mobile turut berganding tangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab Esport. Kedua-dua syarikat akan bersama-sama menyediakan platform dan peluang untuk melahirkan bakat baru, mengadakan acara berkaitan Esport serta membangunkan infrastruktur yang diperlukan.



Razer merupakan rakan rasmi Esport untuk Sukan SEA 2019 yang akan datang dan mereka akan menggunakan peluang ini untuk membuat pemasaran dan penjenamaan bersama U Mobile.

U Mobile merupakan salah satu yang terlibat dalam membuat ujian dan memberi cadangan pelaksanaan 5G di Malaysia. Untuk itu, U Mobile dan Razer sedang berusaha untuk mempergunakan acara Esport bagi ujian 5G di Malaysia.

Menurut U Mobile, Razer merupakan rakan terbaik mereka untuk ujian 5G kerana ia boleh meningkatkan tahap Esport ke peringkat lebih tinggi dengan rangkaian berkelajuan tinggi serta rendah latensi. U Mobile turut menambah, Esport selalu menjadi tumpuan utama mereka.

Tags: EsportGopayzrazerrazer payu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
U Mobile dan Razer bergandingan majukan E-payment, Esport dan 5G

U Mobile dan Razer bergandingan majukan E-payment, Esport dan 5G

20 March 2019
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER