• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 3 Perkemas Tawaran Telefon Midrange Dengan CPU Baru

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:08 pm
  • 21/03/2019
  • Komen
Realme 3 Perkemas Tawaran Telefon Midrange Dengan CPU Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan tahun lepas, Realme 2 kini telah dikemaskini kepada Realme 3 baik daripada fizikal mahupun spesifikasi teknikal. Pada sudut fizikaliti, Realme ingin mengetengahkan rekaan plastik unibodi untuk memberikan lebih keutuhan serta tahap ergonomik yang baik.

Tak seperti edisi terdahulu, kali ini mereka hanya lancarkan 1 model telefon. Versi “Pro” yang lebih berkuasa dikhabarkan akan diperkenal di India sekitar April ini.



Pada bahagian muka, panel paparan 6.2″ bertakuk titisan air diguna. Ia memberikan nisbah paparan ke badan setinggi 88.3%. Resolusi pula hanyalah HD+.

Pada papan utama telefon ini, berbanding CPU Helio P70 yang digunakan sewaktu pelancarannya di India, pasaran Malaysia menerima versi yang diperkasa Helio P60. Tak tahulah sejauh manakah kesan CPU model lama ini kepada telefon.



Bergandingan bersama-samanya adalah RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB yang boleh diperluas menggunakan slot SIM hibrid.

Seperti ibu jenamanya, OPPO, telefon Realme 3 menggunakan sistem operasi Color OS 6 dan ia menjalankan Android 9 Pie sejurus keluar kotak.

Bateri yang agak besar turut dibekalkan kepada Realme 3. Semua kelengkapan elektroniknya mengambil kuasa dari sekeping bateri berkapasiti 4,230mAh. Pengecasan dibuat melalui port mikroUSB.

Pada jabatan pengimejan, anda beroleh dwikamera belakang 12MP dan 2MP. Selfie boleh diambil dengan kamera 13MP.

Satu pujian perlu diberikan pada Realme pada bahagian kamera. Sekiranya anda berminat untuk gunakan APP pihak ketiga seperti GCam yang perlukan anda menggodek di tahap root, di Realme 3 ia tidak diperlukan kerana Camera2API memang tersedia aktif.

Akan ada 2 varian Realme 3 ditawarkan untuk pasaran Malaysia, mereka adalah:

  • RAM 3GB + Storan 32GB – RM599
  • RAM 4GB + Storan 64GB – RM699

Anda boleh dapatkannya sama ada di pengedar sah seluruh negara ataupun secara dalam talian bermula 27 Mac 2019.

Tetapi khas untuk jualan awal, orang ramai boleh membeli Realme 3 (3GB/32GB) dengan diskaun RM50. Pada 27 Mac 2019, ia akan dijual di jualan kilat di Lazada pada harga RM549 sahaja. Bagaimanapun stoknya terhad, siapa cepat dia dapat.

Realme turut mengumum kerjasama dengan pelukis tempatan, Joee Cheong untuk mereka casing Realme 3 eksklusif dan terhad, bertemakan Galaksi. 50 pembeli Realme 3 bertuah akan menerima casing eksklusif ini secara percuma.

Tags: Realmerealme 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme 3 Perkemas Tawaran Telefon Midrange Dengan CPU Baru

Realme 3 Perkemas Tawaran Telefon Midrange Dengan CPU Baru

21 March 2019
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN