• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung mula jual Galaxy Buds dan Galaxy Watch Active minggu depan

  • OLEH Najib
  • 4:59 pm
  • 29/03/2019
  • Komen
Samsung mula jual Galaxy Buds dan Galaxy Watch Active minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Fon telinga Galaxy Buds dan jam pintar Galaxy Watch Active telah dilancarkan di samping siri Galaxy S10 di San Francisco bulan lepas. Tetapi ia masih belum dijual di Malaysia, walaupun diberikan sebagai hadiah percuma untuk pembeli terawal Galaxy S10 di Malaysia.

Samsung Malaysia kini menyatakan, kedua-dua peranti ini akan boleh dibeli bermula hari Selasa depan, 2 April 2019 di semua pengedar sah Samsung di Malaysia.



Introducing the Galaxy Watch Active and Galaxy Buds. Available at all Samsung Authorized Stores starting 2nd April 2019.

Galaxy Buds: https://t.co/rhe7dKiDLh
Galaxy Watch Active: https://t.co/NuD9hWul0B pic.twitter.com/38EE2dXZcN

— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) March 28, 2019

Galaxy Watch Active (RM799)

Jam pintar dengan fungsi kecergasan ini berharga RM799. Ia memiliki skrin Super AMOLED berukuran 1.1-inci dengan resolusi 360×360. Skrin ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 3.

Tali jamnya berukuran 20mm dan boleh ditukar sendiri. Kepala jam pula mempunyai ketebalan 10.5mm dan bateri 230mAh di dalam boleh memberi kuasa sehingga 90 jam penggunaan minima dan 45 jam penggunaan biasa.



Kuasa di dalamnya menggunakan cip Exynos 9110 dengan RAM 768MB dan storan 4GB. Ia menjalankan sistem operasi Tizen OS 4.0.

Sebagai peranti kecergasan, ia boleh memantau aktiviti, mengesan degupan jantung, tahap stress, kualiti tidur serta notifikasi dari telefon pintar.

Jam pintar ini memiliki sambungan Bluetotth 4.2, WiFi 802.11n, NFC dan A-GPS terbina di dalam. Ia juga kalis air sehingga 5ATM dan diikitraf tahan lasak MIL-STD-810G.

Menurut laman produk Samsung Malaysia, Galaxy Watch Active terdapat dalam tiga warna iaitu Eose Gold, Black dan Silver.

https://youtu.be/LRTqadjEkiQ

Galaxy Buds (RM499)

Mirip Apple AirPods, Galaxy Buds dijual dengan harga lebih murah, hanya RM499. Pengecasan penuhnya membolehkan ia digunakan bermain muzik sehingga 6 jam dan membuat panggilan sehingga 5 jam. Kotak penyimpannya pula boleh memberikan tenaga tambahan sehingga 7 jam. Mengecas selama 15 minit pula boleh memberikan tenaga sehingga 1.7 jam.

Galaxy Buds ialah fon telinga yang ditala oleh pakar bunyi, AKG. Ia menggunakan teknologi dua mikrofon untuk memberikan tahap bunyi yang rendah sambil masih mendegar bunyi sekeliling tanpa mencabutnya keluar dari telinga.

Kotak penyimpan Galaxy Buds boleh dicas wayarles, seperti di belakang Galaxy S10. Ia juga mudah dipadankan dengan Galaxy S10. Hanya buka kotak berhampiran Galaxy S10 dan notifikasi akan terpapar di skrin. Ikut langkah padanan di skrin dan ia boleh mula idigunakan.

Di Malaysia, Galaxy Buds ditawarkan dalam dua warna, Hitam dan Putih.

Tags: Galaxy BudsGalaxy Watch Activesamsung
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Samsung mula jual Galaxy Buds dan Galaxy Watch Active minggu depan

Samsung mula jual Galaxy Buds dan Galaxy Watch Active minggu depan

29 March 2019
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER